Sunday, August 14, 2011

UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIPS 2011 MOSCOW RUSSIA





Salam Tuan-tuan

Pasukan Remaja Malaysia telah selamat sampai di Airport Domodedovo Moscow pada jam 3.00 pm( waktu Russia) iaitu bersamaan 7.00 pm waktu Malaysia. Pihak penganjur telah menjemput pasukan menggunakan van dan sampai di hotel Astrus di Moscow pada jam 5.00 pm yang mana jarak perjalanan airport dan tempat penginapan mengambil masa 1 jam. Keseluruhan masa yang diambil dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Moscow kira-kira 17 jam..

Kedua-dua atlet berkenaan amat baik dan bersemangat.

Keadaan cuaca disini juga baik iaitu suhu 25 darjah celcius pada siang hari dan malam pada suhu 17 darjah celcius. Waktu berbuka disini amat pendek dimana pada jam 9.30 malam dan imsyak pada jam 3.00 pagi. (waktu siang panjang dan malam pendek)

Bilik penginapan hanya menyediakan hitter di bilik tetapi tidak mempunyai penyaman udara. suhu dibilik amat panas terpaksa menunggu waktu malam untuk keselesaan..

Program bagi esok akan ke velodrome bagi membawa peralatan basikal di tempat stor yang telah disediakan dan akan menjalani latihan ringan di velodrome.

Sekian laporan ringkas dari Moscow


--
AZRAIN MOHAMED YUSOF

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.