Thursday, January 22, 2015

BENGKEL PENYELARASAN JURULATIH SUKAN TENIS PELAPIS NEGERI 2015

Salam 1 Malaysia

Bengkel Penyelarasan Jurulatih Sukan Tenis Pelapis Negeri telah memasuki hari kedua di mana bengkel dimulakan seawal jam 8.30 pagi. Bengkel pada hari kedua ini telah dijalankan di kawasan gelanggang latihan yang dikendalikan oleh Mr Taisto iaitu Ketua Jurulatih Pelapis Negeri dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih pelapis kebangsaan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah teknik-teknik latihan dan ujian kecergasan yang perlu dilakukan oleh jurulatih untuk memberi latihan kepada atlet di negeri masing-masing.

Pada sebelah petang aktiviti telah bersambung dengan sesi soal jawab di antara jurulatih-jurulatih pelapis negeri dan jurulatih pelapis kebangsaan. Banyak isu-isu yang telah diketengahkan oleh jurulatih pelapis negeri diantaranya ialah kaedah pemilihan atlet ke program yang lebih tinggi dan masalah kewangan yang dihadapi oleh sesetengah negeri bagi melahirkan atlet yang berkualiti.

Setelah selesai sesi soal jawab, program latihan telah bersambung sekitar jam 4.30 petang yang dikendalikan oleh Mr Taisto. Dalam sesi ini Mr Taisto cuba mengenal pasti masalah atau kekurangan yang terdapat pada seseorang jurulatih terutamanya cara seseorang jurulatih mengendalikan latihan. Segala teguran dan tunjuk ajar diterima dengan baik dan ini merupakan satu langkah positif bagi tahun 2015 demi melahirkan atlet yang bertaraf dunia pada satu hari nanti. Aktiviti tamat pada jam 6.30 petang dan akan bersambung pada keesokan hari.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, January 21, 2015

BENGKEL PENYELARASAN JURULATIH SUKAN TENIS 2015

20 Disember 2015, Kuala Lumpur - Satu Bengkel Penyelarasan Jurulatih Sukan Tenis Program Pelapis Negeri diadakan pada 20 - 22 Januari 2015 bertempat di Kompleks Tenis Tun Razak, Jalan Duta, K. Lumpur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyelaraskan program sukan tenis di peringkat pelapis negeri dimana kursus ini diketuai oleh jurulatih akademi pelapis kebangsaan serta ketua jurulatih pelapis negeri. Seramai 20 orang jurulatih yang hadir iaitu dari negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Sarawak dan Sabah. 

Pengisian bengkel ini adalah pembentangan program latihan (teori dan praktikal) daripada jurulatih akademi pelapis kebangsaan dan ketua jurulatih pelapis negeri. Bengkel ini juga diterapkan dengan elemen sains sukan oleh jurulatih akademi pelapis kebangsaan.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

Wednesday, January 7, 2015

MISI PASCA BANJIR PROGRAM ATLET PRIHATIN -- TERIMA KASIH SEMUA..

PROGRAM PASCA BANJIR MAJLIS SUKAN NEGARA

Tarikh : 5 Januari 2015
Tempat : Kota Bharu, Kelantan

Banjir bah yang melanda 4 negeri di Semenanjung merupakan yang paling teruk pernah dialami oleh mangsa mangsa banjir.  Paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan dengan mencatatkan lebih 10 kes kematian dan kehilangan ahli rumah serta kemusnahan harta benda akibat banjir yang disifatkan oleh penduduk sebagai tsunami kecil.

Mengambil iktibar dan rasa terpanggil untuk menabur bakti pada masyarakat, Majlis Sukan Negara telah mengambil inisiatif melancarkan Program Atlet Prihatin dan salah satu langkah dalam program ini merupakan Program  Pasca Banjir yang digerakkan oleh Cawangan Pelapis.

Melalui program ini, pihak Cawangan telah mengumpulkan sebilangan pegawai, jurulatih dan atlet bagi bersama sama membantu membersihkan kawasan kemudahan pusat latihan sukan dan telah memilih pusat latihan negeri di  Kota Bharu dan Kemaman sebagai target spot kawasan pembersihan.

Di Kota Bharu, kemudahan sukan yang dibersihkan adalah di Wakaf Mek Zainab untuk sukan Gimnastik dan SMK Tiang Chandi untuk sukan Memanah. Aktiviti sukarelawan ini disertai oleh 30 pegawai, 16 atlet Memanah Pelapis Kebangsaan dan 20 orang atlet Angkat Berat Pelapis Serantau dan negeri selain 20 orang sukarelawan yang lain.

Pada sebelah petang pula setelah selesai urusan pembersihan, kesemua pegawai dan atlet telah pergi melawat dan mengagihkan sumbangan di sekitar kawasan pedalaman Pasir Gajah Kuala Krai.

Semoga dengan program sebegini dapat  membantu dari segi sokongan moral meringankan sedikit sebanyak beban mangsa mangsa banjir dan ini merupakan program kemanusiaan dan sumbangan atlet kepada masyarakat

Sekian, terima kasih

LAPORAN OLEH,
NUR EHSAN HASAN
KETUA UNIT KHIDMAT SOKONGAN

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI KELAPAN

Hari terakhir kejohanan berlangsung di Velodrom Burnie yang terletak kira2 40km dari penginapan pasukan. Perlumbaan bermula pada jam 12.00pm dimana sebanyak 106 acara dipertandingkan termasuk sukan olahraga dan woodchopping.

Pelumba pelumba negara menghasilkan pencapaian yang baik pada hari terakhir perlumbaan. Berikut adalah keputusan pada hari ini :-

Junior 1A Grade Scratch Race
Muhammad Aiman Rosli - 2nd ($50)

Junior 1 1000m Handicap
Muhammad Aiman Rosli  - 1st ($100)

Junior 1 2000m Wheelrace
Muhammad Aiman Rosli - 2nd ($110)

Mens C Grade Scratch Race
Eiman Firdaus - 3rd ($50)
Khairil Rasol - Final
Azli Najmi - Final
Muhammad Syazrin - Final
Shahriz Affendi - Final
Muhammad Daniel - Final
Fadhil Zonis - Final

Mens Handicap 1000m
Eiman Firdaus - Final
Khairil Rasol - 3rd ($100)
Azli Najmi - Final
Muhammad Syazrin - Heat
Shahriz Affendi - Final
Muhammad Daniel - Final
Fadhil Zonis - Heat

Mens Handicap 2000m
Eiman Firdaus - 3rd ($150)
Khairil Rasol - Heat
Azli Najmi - Final
Muhammad Syazrin - Final
Shahriz Affendi - Final
Muhammad Daniel - Final
Fadhil Zonis - Heat

Mens Handicap Wheel Race 3000m
Eiman Firdaus - Final
Khairil Rasol - Heat
Azli Najmi - Heat
Muhammad Syazrin - Heat
Shahriz Affendi - Heat
Muhammad Daniel - Heat
Fadhil Zonis - Heat

Women B Grade Scratch Race
Azrenna Jumry - 3rd ($25)
Anis Amirah - Final

Women Handicap 1000m
Azrenna Jumry - 3rd ($50)
Anis Amirah - Heat

Women Wheel Race 2000m
Azrenna Jumry - Final
Anis Amirah - Heat

Jumlah wang kemenangan yang dimenangi pada hari terakhir adalah sebanyak $685. Keseluruhan wang yang berjaya dibawa pulang oleh pasukan adalah sebanyak $1975.

Esok adalah hari terakhir pasukan di Tasmania dan pasukan akan bergerak ke Melbourne pada jam 5.00pm sebelum pulang ke Kuala Lumpur jam 1245am.

Pencapaian keseluruhan pasukan sepanjang perlumbaan adalah sangat baik dan pelumba memberi persaingan yang sengit kepada pelumba pelumba yang mengambil bahagian disamping menimba pengalaman yang berguna  berlumba di luar negara.

Semoga pasukan selamat sampai ke Kuala Lumpur tanpa sebarang masalah.

Laporan oleh
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL 2014 : HARI KETUJUH

Hari ketujuh pasukan berbasikal pelapis telah berada di Tasmania dalam keadaan yang baik. Hari ini hanya aktiviti bebas dilakukan oleh pasukan. Pada sebelah pagi ,pasukan bergerak ke Burnie dan Penguin untuk memberi peluang kepada pelumba membeli cenderahati dan bersiar siar di sekitar kawasan.

Sebelah petang, pasukan telah dijemput oleh Bike Ride Tasmania ke majlis sambutan tahun baru 2015. Aktiviti bebas seperti kriket dan barbeque selain bertukar idea berkenaan sukan berbasikal.

Esok adalah hari terakhir kejohanan yang akan diadakan di Burnie. Perlumbaan akan bermula pada jam 1.00pm dan pasukan akan bergerak ke venue pada jam 930pg. Semoga pelumba meraih keputusan yang baik.

Sekian

Laporan oleh
AHAMAD NORZAHIN BIN MOHAMED ZAIN

Pengurus Sukan Pelapis Serantau

TASMANIAN CHRISTMAS CYCLING 2014 : HARI KEENAM

Hari keenam kejohanan berlangsung di Velodrom yang sama iaitu di Devonport. Seperti yang diketahui, perlumbaan semalam terpaksa dibatalkan oleh pihak penganjur  kerana hujan dan semua acara di bawa ke hari ini.

Pergerakan pasukan sedikit awal ke venue perlumbaan kerana waktu dianjak lebih awal iai tu pada jam 130pm. Cuaca yang pada mulanya agak mendung bertukar cerah pada waktu tengahari dan akhirnya semua acara dapat dihabiskan pada waktu yang dirancang.

Berikut adalah keputusan pelumba yang mengambil bahagian pada hari ini :-

Junior U17 Boys Scratch Race
Muhammad Nur Aiman Rosli - 3rd ($10)

Junior U17 1000m
Muhammad Nur Aiman Rosli - 3rd ($10)

Junior U17 Scratch Race
Muhammad Nur Aiman Rosli - 2nd   ($ 30)

Junior U17 Wheel 2000m
Muhammad Nur Aiman Rosli - 2nd ($125)

Man C Grade Scratch Race
Muhammad Daniel - 1st ($140)
Shahriz Effendi - 2nd ($65)
Eiman Firdaus - 3rd ($30)
Azli Najmi - 4th ($15)
Fadhil Zonis - 5th
Khairil Rasol - 6th
Syazrin Shaari - Final

Lightning Handicap 2000m
Eiman Firdaus - 2nd ($200)
Muhammad Daniel - Final
Shahriz Effendi - Heat
Azli Najmi - Final
Fadhil Zonis - Final
Khairil Rasol - Final
Syazrin Shaari - Heat

Keirin
Khairil Rasol - Heat
Fadhil Zonis - Heat

Man Wheel Race 3000m
Eiman Firdaus - Heat
Muhammad Daniel - Final
Shahriz Effendi - Heat
Azli Najmi - Heat
Fadhil Zonis - Final
Khairil Rasol - Final
Syazrin Shaari - Heat

Woman Lightning Handicap 2000m
Azrenna Jumry - 6th
Anis Amirah - Heat

Woman B Grade Scratch Race
Azrenna Jumry - Final
Anis Amirah - Final

Woman Wheel Race Handicap
Azrenna Jumry - Heat
Anis Amirah - Heat

Jumlah wang kemenangan yang dimenangi pada hari keempat adalah sebanyak $725 dan merupakan satu pencapaian yang baik dari pelumba pelumba pelapis Malaysia.

Hari terakhir karnival akan bersambung pada 1 Januari 2015 di Burnie yang terletak kira kira 40km dari penginapan pasukan. Pelumba akan berehat pada esok hari dan semoga perlumbaan terakhir dapat memberikan sesuatu yang lebih baik kepada pasukan Malaysia

Laporan oleh
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
Pengurus Sukan Pelapis Serantau


TASMANIAN CHRISTMAS CYCLING : HARI KELIMA

Hari kelima kejohanan diteruskan dan berlangsung di Davenport Arena. Venue terletak kira kira 17km dari penginapan. Seperti biasa, pasukan bergerak awal pada jam 1130am ke venue bagi mendapat tempat 'warm up' dan tempat berehat.

Walaubagaimanapun, cuaca yang pada awalnya baik dan redup serta pelumba pelumba juga dapat menaiki trek utk melakukan warm up bertukar hujan 30 minit sebelum acara pertama berlangsung.

Pihak penganjur terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perlumbaan pada jam 4.00pm kerana hujan masih tidak berhenti. Semua acara yang ditangguhkan akan dibawa ke hari esok.

Perlumbaan hari esok akan bermula awal pada jam 1.00pm dan dijangkan habis pada malam hari.

Laporan oleh
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
Pengurus Sukan Pelapis Serantau

TASMANIAN CHRISTMAS CARNIVAL : HARI KEEMPAT

Hari keempat kejohanan telah diadakan di Lattrobe Recreation Ground, Latrobe yang terletak hampir 20km dari penginapan pasukan. Velodrom ini adalah velodrom jenis 'outdoor' dengan keluasan 450m sepusingan  Pasukan bergerak ke venue awal pada jam 11.30am walaupun pertandingan bermula pada 2.00pm bagi mengelak terlepas dari acara.

Semua pelumba yang bertanding sudah memahami tentang acara acara yang dipertandingkan dan menunjukkan prestasi yang baik seperti hari pertama. Berikut adalah keputusan hari kedua Tasmanian Christmas Carnival 2014:-

U17 Scratch Race
Muhammad Nur Aiman Rosli - 3rd ($20)

C Grade Scratch Race
Mohd Shahriz Affendi - 2nd ($70)
Mohd Fadhil Zonis - 3rd ($50)
Khairil Rasol - Placing
Azli Najmi - Placing
Mohd Syazrin - Placing
Eiman Firdaus - Placing

U17 Wheel Race
Muhammad Nur Aiman Rosli- 2nd ($60)

Man Handicap 2000m
Mohd Shahriz Affendi - Heat
Mohd Fadhil Zonis - Heat
Khairil Rasol - Heat
Azli Najmi - Heat
Mohd Syazrin - Final
Eiman Firdaus - Final

Womens 1000m Handicap
Anis Amirah - Heat
Azrenna Jumry- Final

Women B Scratch Race
Anis Amirah - 2nd ($60)
Azrenna Jumry - 4th

Man 3000m Handicap
Mohd Shahriz Affendi - Heat
Mohd Fadhil Zonis - Heat
Khairil Rasol - Heat
Azli Najmi - Final
Mohd Syazrin - Heat
Eiman Firdaus - Heat

Jumlah wang kemenangan yang dimenangi oleh pelumba-pelumba pada hari ini adalah sebanyak $260 dan pelumba pelumba bebas dari sebarang kecederaan.

Hari kelima kejohanan akan berlangsung di Velodrom Devonport pada jam 2.00pm.

Laporan oleh
AHMAD NORZAHIN MOHAMED ZAIN
Pengurus Sukan Pelapis Serantau