Monday, January 21, 2013

AYOF 2013 - Hari Ketujuh

Kilauan pingat emas yang diharapkan oleh kontinjen negara hadir pada hari terakhir festival ini melalui sukan badminton. Lee Meng Yean  dan Chow Mei Kuan telah berjaya memecahkan monopoli negara China bagi sukan ini dimana beregu ini telah berjaya menewaskan lawan mereka 24-22, 21-16. Manakala beregu lelaki, perseorangan lelaki dan wanita gagal menewaskan lawan masing-masih di State Sports Hall Olympic Park Sydney.

Sukan berbasikal pula telah berjaya menambahkan koleksi pingat gangsa negara melalui Nor Farina dan Nurul Alissa dalam acara Team Sprint. Skuad projek 2017 hoki negara pula telah gagal menewaskan pasukan USA pada perlawanan penentuan tempat ke 3 an ke 4 pagi semalam setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 sebelum masa tambahan diberikan. Melalui pukulan penalti stroke, pasukan negara telah tewas 2-3 kepada USA. Keputusan lengkap semalam adalah seperti berikut :

Emas
1. Badminton Double Girls - MAS (Lee Meng Yean / Chow Mei Kuan) vs CHINA, MAS won 24-22,21-16

3 Perak
1. Badminton Double Boys - MAS (Tai Ah Khang/Tan Wee Gieen) vs CHINA, MAS lost 21-18, 16-
21, 12-21
2. Badminton Single Girls - MAS (Lim Yin Fun) vs CHINA, MAS lost 12-21, 16-21
3. Badminton Single Boys - MAS (Soong Joo Ven) vs CHINA, MAS lost 17-21, 18-21

2 Gangsa
1. Badminton Mixed Double - MAS (Tai Ah Khang / Lee Meng Yean) vs MAS (Tan Wee Gieen /
Chow Mei Kuan) 21-10, 21-11
2. Cycling Team Sprint Girls - MAS (Farina Shawati/Nurul Alissa) 40:324 

Jumlah keseluruhan pungutan pingat negara adalah 3 Emas , 6 Perak dan 11 Gangsa.

Kontinjen negara akan pulang pada 20 dan 21 Januari 2013 dan semoga betemu lagi pada festival akan datang pada 2015! Tahniah kepada penganjur ( Australia Olympic Committe ) dan kontinjen negara.

MALAYSIA BOLEHH!!












Saturday, January 19, 2013

AYOF 2013 - Hari Keenam

Khabar gembira terus diterima dari Shooting Centre Cecil Park dimana 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa telah dipungut oleh atlet-atlet remaja negara. Pingat emas tersebut telah diperoleh melalui Joseph Lee Joon Kit dalam acara skeet 50m lelaki manakala perak pula melalui acara 25m pistol wanita, Nurzunaira Zakaria, 50m pistol lelaki, Choo Wen Yan.

Skuad hoki negara juga telah gagal untuk menewaskan tuan rumah pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan pagi tadi di Padang 1 dengan jaringan 1-3. Beberapa peluang yang terhidang termasuk penalti stroke yang gagal disempurnakan oleh penyerang negara dilihat antara beberapa faktor pasukan negara gagal  memberi tentangan yang lebih hebat. Esok, pasukan negara akan bertemu USA bagi penentuan tempat ke 3 dan ke 4.

Sebanyak 4 daripada 6 perlawanan akhir bagi sukan badminton esok akan membabitkan atlet-atlet negara dan China adalah merupakan halangan terakhir negara bagi sukan ini. Sukan gimrama juga turut menyumbangkan pingat gangsa kepada negara melalui atlet Iman Iskandar Chan.

Pusat akuatik hari ini gagal menyumbangkan sebarang pingat dimana taruhan kepada Jasmine Lai, Loh Zhiayi dan Mohd Nazreen tidak dapat memberi persembahan terbaik mereka.

Acara yang melibatkan atlet negara esok adalah seperti berikut :

Badminton

Mixed Double
MAS vs MAS

Men Single
MAS vs CHINA

Women Single
MAS vs CHINA

Womens Double
MAS vs CHINA

Mens Double
MAS vs CHINA

 
Hoki

MAS vs USA

Akuatik Terjun

Platform Wanita Sync
Knock Out Event

Berbasikal

7.5km Scratch Lelaki
Omnium Women 2 km Individual Pursuit, Women 7.5 km Scratch Race
Team Sprint Women 

Jumlah pungutan pingat : 2 Emas, 2 Perak , 9 Gangsa












Friday, January 18, 2013

AYOF 2013 - PINGAT

Berikut adalah imej medal-medal yang menjadi rebutan kesemua bakal-bakal olimpian di AYOF ini


Pingat Emas


 Pingat Perak


 Pingat Gangsa


AYOF 2013 - Hari Kelima


Setelah kilauan pingat emas,perak dan gangsa telah diperoleh oleh atlet-atlet remaja negara pada hari ke empat ( semalam ), atlet negara meneruskan kecerlangan tersebut dengan memperoleh 3 lagi pingat gangsa melalui sukan gimrama, akuatik terjun dan berbasikal.

Chong Lok Yi, Iman Iskandar Chan, Shak Yuki dan Shasangari Sivaneswary adalah gimnas-gimnas cilik negara yang telah membawa pulang pingat gangsa pertama bagi sukan gimrama dalam acara berpasukan. Kecemerlangan tersebut disambut pula di Aquatic Centre apabila Chew Yiwey berjaya menempatkan diri di tempat ketiga di belakang kuasa besar sukan terjun iaitu China. Yiwey telah berjaya memungut 543.40 mata dan seorang lagi atlet terjun negara, Mohd Danial Sabri hanya berada dikedudukan ke 6.











Mohd Firdaus Mohd Zonis telah berjaya melakar sejarahnya tersendiri apabila beliau menyumbangkan pingat gangsa ke tiga negara pada hari ini. Namun, kejayaan beliau masih belum mampu membakar semangat rakan-rakannya di Dunc Gray Veledrome.

Keputusan pada hari ke lima festival ini adalah seperti berikut :


Akuatik Terjun

3m Lelaki Akhir :

1- Cheng Rongquan ( CHINA ) 609.05,
2- Huan Xia ( CHINA ) 586.95.  
3- Chew Yiwei (MAS ) 543.40.
7- Mohd Danial ( MAS ) 466.35.

10m Platform Wanita Akhir

1- Xiaohulia Huang CHINA , 
2- Jiaming Zhu CHINA ( 559.55 ), 
3- Georgia Ward GBR ( 488.60 ), 
6- Loh Zhiayi MAS ( 453.25 ),
8- Kam Ling Kar MAS ( 428.05 )

Gimrama Berpasukan

1. AUS
2. CHINA
3. MAS

Berbasikal Keirin Lelaki Akhir

1. Jeremy Presbury NZL
2. Callum Saunders NZL
3. Mohd Firdaus Mohd Zonis MAS


10m Air Rifle Wanita Akhir

1. Hu Jiali (CHN) 493.9
2. Lorry Maggy (SIN) 490.2
3. Suemoto Kana (JPN) 486.7
6. Aida Natasya Md Rasip (MAS) 481.1
9. Aina Zahiran (MAS) -379

10m Air Rifle Lelaki

1. Yang Hoaran (CHN) 688.4
2. Bamsey Michael (GBR)  687.9
3. Gouw Edwin (AUS) 687.4
6. Mohd Nurrahimin Bin Abd Halim (MAS) 680.8
9. Mohamad Lutfi Bin Othman (MAS) – 576

JUMLAH PUNGUTAN PINGAT TERKINI : 1 EMAS , 1 PERAK DAN 6 GANGSA

Thursday, January 17, 2013

AYOF 2013 - Hari keempat

Berita gembira telah diterima daripada skuad menembak Pelapis negara apabila Choo Wen Yan telah menyumbangkan pingat emas pertama negara melalui acara 10m Air Pistol Lelaki. Saingan beliau daripada negara China turut membuat beberapa bidikan yang baik dan sehingga tembakan terakhir, Choo telah memungut sebanyak 10.9 mata dan dinobatkan sebagai pemenang. Turut cemerlang adalah Muhd Hadi Malek yang memenangi pingat gangsa dalam acara yang sama. Atlet Elit, Mohd Nurrahimin Abd Halim turut membantu memungut pingat gangsa dalam acara 50m Rifle 3P Lelaki petang tadi.

Sukan berbasikal di Dunc Gray Veledrom turut membawa berita gembira apabila Team Pursuit Wanita yang terdiri daripada Nurjeha Iwani, Nurazian Masli dan Noradila J Sam memungut pingat gangsa ke 3 negara.









Skuad projek 2017 ( Hoki ) turut memperoleh kemenangan pertama dengan pasukan USA ( 6 - 1 ) pada perlawanan petang tadi di Sydney Olympic Park. 

Pasukan badminton negara telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir bagi acara berpasukan apabila berjaya menewaskan Chinese Taipei ( 3 - 0 ) pada perlawanan separuh akhir pagi tadi. Namun, kegembiraan tersebut telah disekat oleh pasukan China apabila ditundukkan 3 - 0 pada perlawanan akhir petang tadi dan telah menyumbangkan pingat perak pertama negara. Sehingga hari ini, negara telah memungut sebanyak 1 pingat emas, 1 perak dan 3 

Semoga hari esok akan membawa berita yang lebih gembira kepada kontinjen negara terutamanya bagi sukan akuatik terjun, berbasikal dan gimrama.

Sekian

Wednesday, January 16, 2013

AYOF 2013 - Hari Ketiga

Sukan Hoki dan Badminton telah memulakan cabaran pertama bagi skuad remaja negara apabila masing-masin bertemu lawan pada jam 9.00 pagi ( hoki ) dan 10.00 pagi ( badminton ). Skuad hoki yang dibarisi oleh majoritinya pemain-pemain projek 2017 telah memulakan langkah kiri apabila telah tunduk kepada Great Britain 3 - 7. Gol negara dijaringkan oleh Aideed, Firhan dan Zulhairi.

Bagi sukan badminton pula, skuad negara tiada halangan untuk mengalahkan pasukan Australia B bagi acara berpasukan dengan kiraan mata 5 - 0.

Keputusan penuh seperti berikut :

Bergeu Campuran 
Tan wee Giean / Chow Mei Kuan 
21 -7, 21-9

Perseorangan Lelaki
Soong Joo Ven 
21 - 3, 21 - 10

Beregu Lelaki
Tan Wee Gien /  Tai Ah Khang 
21 - 10, 21 - 13

Perseorangan Wanita
Lim Yin Fun 
21 - 9, 21 - 7

Beregu Wanita
Chow Mei Kuan/ Lee Meng Yean 
21 - 7, 21 - 9

MAS 5 - AUS B 0 

Upacara perasmian akan berlangsung petang ini di Darling Harbour dan tiada pertandingan atau latihan selepas tengahari.

Sekian








  

Squash ASF Junior Rankings for the month of January 2013

Congratulation guys and good jobs SRAM

Tuesday, January 15, 2013

AYOF 2013 - Hari Kedua

Hari ini adalah merupakan sesi latihan rasmi bagi semua sukan kecuali bagi sukan menembak yang jadualnya telah dipinda ke esok hari serta sukan berbasikal yang baru tiba dari Melbourne pada jam 11 pagi tadi waktu tempatan.Pasukan berbasikal ini terdiri daripada seramai 12 atlet (5 wanita dan 7 lelaki) serta 2 jurulatih dan seorang mekanik  telah tiba di Lapangan Terbang Domestik Sydney dan bertolak terus ke Dunc Rray Valederom bagi tujuan pendaftaran serta beberapa urusan pentadbiran.

Pada hari ini juga, mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan badminton dan hoki telah diadakan dimana kedua-dua sukan ini akan memulakan cabaran seawal jam 9.00 pagi. Sehingga hari ini, semua atlet berada dalam keadaan yang baik kecuali bagi sukan bebasikal dimana seorang atlet telah mengadu demam pihak urusetia melalui pegawai perubatan telah memberikan ubat yang berkaitan. Pihak urus setia juga telah membuat lawatan ke sesi latihan yang telah didakan hari ini.

Semoga atlet hoki dan badminton dapat mempersembahkan sesuatu yang terbaik esok sebagai permulaan kepada cabaran negara.



Sekian