Friday, January 4, 2013

AAF JOINT TRAINING PROGRAM 2012


Laporan Ringkas

ASIAN ARCHERY FEDERATION JOINT TRAINING PROGRAM 2012

Program Latihan Bersama ini telah dianjurkan oleh Persekutuan Memanah Asia (AAF) dengan tujuan untuk memberi pendedahan latihan kepada atlet-atlet serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada jurulatih-jurulatih melalui taklimat dan sesi perbincangan serta penerangan bagi meningkatkan mutu pemanah-pemanah di Rantau Asia. Program ini meniti berat kepada elemen-elemen berikut :

1. Psychological and Mental Training
2. Mental Preparations for Archery Competition
3. Archery Teaching and Skills
4. Physical Fitness Training
5. Match Competition

Program ini berjalan selama 6 hari mulai dari 21-26 Disember 2012 bertempat di World Archery Training Centre, Huamark, Bangkok, Thailand dan negara-negara yang telah dijemput oleh AAF untuk menyertai program kali ini ialah Thailand, Malaysia, Hong Kong, Filipina, Laos, Sri Lanka dan Bangladesh. Seramai 30 orang pemanah Asia berserta 15 orang jurulatih telah menyertai program ini.

Malaysia menyertai program ini dengan menghantar 2 orang jurulatih dan 6 orang pemanah (3 lelaki & 3 wanita) acara recurve daripada Program Pelapis. Atlet-atlet dan jurulatih adalah berikut :

1. En. Zainuddin Talib (JPM Melaka)
2. En. Jaffery Low Wei Loon (JPM P. Pinang)
3. En. Norhairul Nizam Rosdi (Pelapis Serantau)
4. En. Ahmad Afiq Akhiroman (PLN Sabah)
5. En. Ariffuddinnur Zakaria (PLN Selangor)
6. Cik Loke Shin Hui (Pelapis Serantau)
7. Cik Teoh Wen Zhing (Pelapis Serantau)
8. Cik Nurul Ain Husin (Pelapis Serantau)

Walaupun program ini lebih kepada corak latihan bersama namun pada hari-hari terakhir diadakan juga satu ujian atau pertandingan yang melibatkan semua peserta kategori recurve dan compound.Pemanah akan bertanding pada pusingan kelayakan Double 70meter dan jumlah mata akan menentukan kedudukan  untuk acara ranking perseorangan di Pusingan Olimpik.(Kalah Mati).


Bagi kategori wanita recurve, Nurul Ain Husin berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 548 mata, Loke Shi Hui ditempat ketiga dengan 526 manakala Teoh Wen Zhing dikedudukan ketujuh dengan jumlah 458 mata.


Bagi kategori Lelaki pula Muhd Norhairulnizam berada dikedudukan ketujuh dengan 577 mata, Ahmad Afiq dikedudukan kesebelas dengan 560 mata manakala Arriffuddunur dikedudukan kedua belas dengan jumlah 550 mata.


                Bagi kedudukan keseluruhan berpasukan pula pasukan wanita berjaya berada dikedudukan pertama dengan sejumlah 1532 mata dan diikuti oleh pasukan Bangladesh dengan 1335 mata. Pasukan lelaki pula ditempat kedua dengan skor 1687 belakang juara Thailand (1774) manakala Bangladesh ditempat ketiga dengan 1227 mata.


                Untuk acara Pusingan Olimpik Round, Nurul Ain Husin telah berjaya kepusingan Akhir setelah menewaskan lawan masing-masing iaitu kedua-dua dari Hong Kong dengan  6-2,6-4 untuk bertemu seorang lagi pemanah negara iaitu Loke Shin Hui yang juga turut cemerlang menewaskan pemanah dari Laos 6-0 dan Bangladesh 6-2. Mereka bertanding diperingkat akhir hingga kepenentuan Shoot Off dan telah dimenangi oleh Loke Shin Hui dengan 10-9 manakala Teoh Weng Zhing berjaya mengalahkan pemanah Bangladesh tetapi tewas kepada pemanah Laos diperingkat suku akhir.


Bagi kategori Lelaki pemanah Muhd Norhairulnizam berjaya menewaskan pemanah Laos dengan aggeregat 6-0 sebelum dikalahkan oleh pemanah Thailand dengan 7-1 manakala Ariffudinnur juga berjaya menewaskan pemanah Bangladesh 6-2 sebelum ditewaskan oleh pemanah Thailand aggeregat 2-6 dan pemanah Ahmad Affiq dikalahkan oleh pemanah Hong Kong dengan aggeregat 2-6.


Laporan oleh:

Giam FP

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.