Tuesday, April 30, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013


28 April 2013

( Ahad )

Hari ini masuk hari keempat berlangsungnya kem bakat 2013. Pada pagi ini sesi "shooting skill" mengikut jarak telah dikendalikan. Semasa atlet melakukan "shooting skill", jurulatih-jurulatih yang bertugas akan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pemanah-pemanah .

Pada sebelah petang, hujan telah memaksa aktiviti dipadang dipindah  masuk ke dalam dewan.

Selepas memanaskan badan dan melakukan free shooting menggunakan tera band, atlet semua di arah masuk ke bilik seminar untuk menonton video bertajuk "Cool Running" dan bersambung dengan  video klip Sukan Olimpik London 2012 ( Memanah Malaysia)

Esok akan bersambung dengan "shooting skill" mengikut jarak.



KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013

29 April 2013

( Isnin )

Pada pagi hari kelima kem bakat, atlet berhimpunan seperti biasa dan menyanyikan lagu Negara Ku. Selepas itu, atlet semua dikendalikan berjogging sebanyak 5 pusingan keliling lapang sasar memanah. Sesi kemudian adalah "shooting skill" mengikut jarak iaitu 70m dan 60m. Disini ketua jurulatih telah mengasingkan pemanah-pemanah yang mempunyai kekuatan untuk 'shoot' jarak 70m dan 60m. Pemanah-pemanah yang tidak mempunyai kekuatan untuk 'shoot' jarak tersebut akan 'shoot' jarak 30m dan 50m.

Pada sesi sebelah petang, pemanah-pemanah hanya dapat buat 'shooting skill' selama setengah jam sahaja sebab hujan turun dengan lebatnya. Aktiviti terus dipindahkan ke dalam bilik kuliah untuk aktiviti sesi "self confident" dikendalikan oleh jurulatih En. Halim Ismail (JSM), En. Zainuddin (JPM) dan En. Amran Hamidi (JPM). Pemanah-pemanah dikehendaki untuk memperkenalkan diri dan membuat persembahan.

Aktiviti bersambung pada sebelah malam dengan ceramah motivasi oleh En. Suhardi Alias, Pengarah Cawangan Organisasi MSN bertajuk "Future Champion".

Laporan dari Kompleks Sukan MSN Keramat




Saturday, April 27, 2013

KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 1/2013

25 April 2013

Khamis

Hari ini bermula Kem Bakat Sukan Memanah 2013 yang di adakan di Kompleks Sukan MSN Keramat dengan kehadiran seramai 40 atlet (24 lelaki 16 wanita), 8 jurulatih PLN dibantu oleh 3 jurulatih Pelapis Kebangsaan serta 4 orang SDO dan 4 urusetia dari cawangan pelapis.

Objektif kem bakat ini adalah untuk memberi pendedahan latihan yang lebih bersistematik dan juga platform bagi pemilihan atlet ke Program Khas YOG 2014.

Aktiviti hari ini bermula dengan taklimat kem dan penerangan program oleh En. Marbawi Sulaiman selaku Ketua Jurulatih Kem Bakat ini.

Pada sesi malam, satu aktiviti 'Ice Breaking' untuk merapatkan atlet-atlet yang datang dari seluruh negara.


KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013

26 April 2013

Jumaat

Hari kedua kem bakat seperti biasa pada sebelah pagi telah dilaksanakan Ujian Kecergasan yang wajib dijalani oleh semua atlet sebelum bermulanya latihan intensif yang akan dijalankan selama 4 hari. Ujian Kecergasan ini telah dikendalikan oleh pihak Unit Fisiologi Senam,  ISN yang diketuai oleh Puan Apple Chee dan Cik Zira serta pasukan 'tester'nya.

Pada belah petang, sesi pemeriksaan dan 'bow tuning' telah dilaksanakan ke atas semua bow atlet oleh En. Marbawi Sulaiman dan dibantu oleh En. Othman Wahab serta jurulatih - jurulatih PLN. Setelah selesai 'tuning' semua bow, hujan turun dengan lebatnya menyebabkan sesi 'free shooting' terpaksa di laksanakan di dalam dewan dikendalikan oleh En. Othman Wahab jurulatih Pelapis Kebangsaan.

Satu sesi motivasi telah diadakan pada jam 8 malam dan dikendalikan oleh En. Ibrahim Mohamad mantan pengurus memanah pelapis negeri.

Laporan dari Kompleks Sukan MSN Keramat


KEM BAKAT SUKAN MEMANAH 2013

27 April 2013

(Sabtu)

Hari ini masuk hari ketiga kem ini dijalankan. Sesi pagi dimulakan dengan perhimpunan dan disusuli dengan teori "Basic Shooting Skill" dikendalikan oleh En. Marbawi Sulaiman, En. Othman Wahab dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih PLN.

Sesi petang bermula pada jam 2.30 petang dengan praktikal "Basic Shooting Skill". Pada sesi ini, jurulatih-jurulatih memperbetulkan teknikal skill setiap atlet.

Pada sesi malam, satu aktiviti riadah telah di adakan untuk melepaskan tekanan atlet selepas berpanas seharian menjalani latihan di lapang sasar.

Pasa esokkan hari akan dimulakan "Shooting Skill" jarak 70m untuk lelaki dan 60m untuk wanita.

Laporan ringkas dari MSN Keramat..

Tuesday, April 23, 2013

MESYUARAT KETUA UNIT NEGERI BIL 1/13

Mesyuarat Ketua Unit USPTN sedang berlangsung di Hotel Bayview Melaka. Seramai 31 orang pegawai dari semua USPTN hadir ke mesyuarat kali ini.

Pada sesi mesyuarat kali ini, ketua unit negeri akan membentangkan perancangan tahun 2013 serta capaian KPI sehingga kini. Seramai 9 orang pemangku ketua unit yang baru telah dilantik dan hadir ke mesyuarat ini setelah proses pengstrukturan semula pegawai selesai di peringkat Majlis Sukan Negara.

Mesyuarat ini akan berlangsung sehingga 25 April 2013 dan diharapakan agar segala perancangan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan semua pihak.

PELAPIS BOLEH ! !

azrulhisyam

Friday, April 12, 2013

LAPORAN HARIAN 2013 YOUTH WORLD WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS (YOG QUALIFICATION)


Tarikh   : 11 April 2013
Masa    : 6:30 petang - 10:30 malam
Tempat : Uzbekistan Hall

Hari keempat kejohanan melibatkan kategori 58 kg (W) kumpulan A dan B, kategori 69 kg (L) kumpulan A dan B, kategori 63 kg (W) kumpulan B dan kategori 77 kg dan 85 kg (L) kumpulan C. Pada hari ini, penyertaan atlet Malaysia melibatkan kategori 63 kg (W) kumpulan B iaitu Rosamira Ab Lah , kategori 77 kg (L) kumpulan C iaitu Muhammad Afifi Haikal dan kategori 85 kg (L) kumpulan C, Akmal Bahari.

Berikut merupakan keputusan penuh kategori 69 kg (L) yang melibatkan penyertaan atlet Malaysia serta keputusan penyertaan atlet Malaysia pada hari ini di peringkat kumpulan:

Keputusan penuh kategori 69 kg (L)

Penglibatan 37 atlet

Snatch
1. Linder Albert (KAZ) 135 kg
2.Sun Youfu (CHN) 131 kg
3. Andreev Bozidar (BUL) 127 kg

30. Arief Azwan Zulkefli (MAS) 100 kg

Clean n Jerk
1. Adel Mohamed Ahmed (EGY) 164 kg
2. Linder Albert (KAZ) 160 kg
3. Ibrahim Ibrahim Karim (EGY) 157 kg

31. Arief Azwan Zulkefli (MAS) 120 kg

Total
1. Linder Albert (KAZ) 295 kg
2. Adel Mohamed Ahmed (EGY) 289 kg
3.Sun Youfu (CHN) 287 kg

30. Arief Azwan Zulkefli (MAS) 220 kg

Kategori 63 kg (W) kumpulan B

Penglibatan 14 atlet

Snatch
1. Thu Zar (MYA) 75 kg
2. Satakan Zeynep (TUR) 71 kg
3. Salsaedi Huda (IRQ) 68 kg

10. Rosamira Ab Lah (MAS) 63 kg

Clean n Jerk
1. Thu Zar (MYA) 92 kg
2. Satakan Zeynep (TUR) 89 kg
3. Kaur Mapreet (IND) 89 kg

9. Rosamira Ab Lah (MAS) 78 kg

Total
1. Thu Zar (MYA) 167 kg
2. Satakan Zeynep (TUR) 160 kg
3. Kaur Mapreet (IND) 157 kg

10. Rosamira Ab Lah (MAS) 141 kg

Kategori 77 kg (L) kumpulan C

Penglibatan 7 atlet

Snatch
1. Al Buduh Belal (KSA) 107 kg
2. Muhammad Afifi Haikal (MAS) 105 kg
3. Trozzi Dominic Robert (USA) 104 kg

Clean n Jerk
1. Trozzi Dominic Robert (USA) 134 kg
2. Al Buduh Belal (KSA) 131 kg
3. Quach Van Khuong (VET) 131 kg

5. Muhammad Afifi Haikal (MAS) 120 kg

Total
1. Al Buduh Belal (KSA) 238 kg
2. Trozzi Dominic Robert (USA) 238 kg
3. Muhammad Afifi Haikal (MAS) 225 kg

Kategori 85 kg (L) kumpulan C

Penglibatan  5 atlet

Snatch
1. Nguyen Tien Tanh (VET) 112 kg
2. Chu Fu Yang (TPE) 106 kg
3. Aabyska Uulu (KGZ) 105 kg

4. Akmal Bahari (MAS) 105 kg

Clean n Jerk
1. Nguyen Tien Tanh (VET) 145 kg
2. Chu Fu Yang (TPE) 143 kg
3. Aabyska Uulu (KGZ) 130 kg

Akmal Bahari - tiada angkatan

Total
1. Nguyen Tien Tanh (VET) 257 kg
2. Chu Fu Yang (TPE) 249 kg
3. Aabyska Uulu (KGZ) 235 kg

Keputusan penuh bagi kategori 63 kg (W), kategori 77 dan 85 kg (L) akan diperolehi setelah tamat pertandingan bagi kategori 63 kg (W) kumpulan A dan kategori 77 kg dan 85 kg (L) kumpulan A dan B pada hari esok. Tiada penyertaan melibatkan atlet Malaysia esok dan hanya melibatkan seorang atlet Malaysia pada 13 April 2013 bagi kategori +69 kg (W) kumpulan B iaitu Jabriella Teo Samuel.

Sekian.
-- 
Syamsul Afzan Mohd Nor