Saturday, October 31, 2009

Latihan/pertandingan atlet JUDO di Ulaanbattar Mongolia - Update






Kejohanan Judo Dunia bermula hari ini. Atlet-atlet kita yang mengambil bahagian hari ini adalah Mohd Fakhrul Izzat (-66kg), Marjan Abdullah (-73kg), Nik Norbaizura (-57kg) dan Norhidayu Muliar (-52kg). Walaupun tewas, pengalaman bertarung dengan jaguh-jaguh judo dunia amat berharga, khasnya pada atlet judo kita yang akan menyertai Sukan SEA di Laos nanti.Esok 2 orang lagi atlet kita akan bertarung iaitu Syaiful Rizal (-100kg) dan Mohamed Ezzat (-90kg).

Majlis perasmian kejohanan diadakan petang tadi dengan penuh gilang gemilang. Kejohanan ini disiarkan secara terus menerus di television Mongolia, yang mana sukan judo merupakan sukan yang paling popular di Mongolia.

Malam ini Presiden Persatuan Judo Mongolia telah mengadakan banquet pada pegawai-pegawai dan wakil negara yang hadir pada kejohanan ini. Saya berkesempatan berbual dengan beliau dan beliau berkata Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi memajukan sukan judo dan melahirkan jaguh-jaguh judo di Malaysia.

Hari ini salji di Ulaanbaatar dan cuaca malam ini ialah -12 C.
Sekian laporan hari ini dari Ulaanbaatar, Mongolia

Laporan dihantar oleh Cikgu Harun

Latihan/pertandingan Judo di Ulaanbattar Mongolia- update

30 Oktober 2009

Latihan ringan diadakan pada sebelah petang. Malam ini undian telah dijalankan untuk Kejohanan Judo Piala Dunia (Chinggis Khan Judo World Cup) yang akan bermula esok (31 Oktober). Untuk pertandingan yang melibatkan atlet-atlet judo kita adalah seperti berikut : 

Lelaki 

- 66kg   -   Mohd Fakhrul Izzat Afandi bertemu pemenang German / Mongolia (Juara Dunia)

- 73kg   -   Marjan Abdullah bertemu Mongolia

- 90kg   -   Mohd Ezzat Mohd Noor bertemu Poland

- 100kg -   Syaiful Rizal Ahmad Zaidi bertemu pemenang Korea / Mongolia 

Wanita 

- 52kg   -   Norhidayu Muliar bertemu Mongolia

- 57kg   -   Nik Norbaizura Nik Azman bertemu Mongolia 

Ini adalah pendedahan yang amat baik bagi atlet-atlet judo kita kerana ramai jaguh-jaguh dunia yang menyertai kejohanan ini. 

Negara-negara yang menyertai kejohanan ini adalah seperti berikut : 

1.   Australia
2.   Germany
3.   Hong Kong
4.   Iran
5.   Israel
6.   Japan
7.   Malaysia
8.   Kazakhstan
9.   Republic Korea
10. Mongolia
11. Spain
12. Ukraine
13. Uzbekistan
14. Czech Republic
15. Poland
16. China
17. Russia 

Sekian untuk laporan hari ini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 30, 2009

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - update




Hari ini (29 Okt), latihan hanya di sebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Selepas latihan, atlet-atlet kita telah ke sauna disebelahan tempat latihan untuk mengekalkan berat badan. Timbang badan akan di adakan pada pagi 31 Oktober 2009.
Keseluruhan atlet-atlet kita berada dalam semangat yang tinggi. Jurulatih Maralgerel amat gembira kerana peningkatan atlet-atlet kita semasa latihan di Mongolia'
Cuaca di Mongolia petang ini amat sejuk iaitu -3 C. Mengikut ramalan cuaca di sini, cuaca akan menjadi lebih sejuk dalam beberapa hari ini dan boleh mencecah hingga -7 C.

Jurulatih dan atlet yang menjalani latihan dan Kejohanan Judo Dunia di Ulaanbaatar adalah seperti berikut :

1. Maralgerel Dambiinyam - Jurulatih
2. Marjan Abdullah - Jurulatih
3. Syaiful Rizal Ahmad Zaidi - Bawah 100kg
4. Mohamed Ezzat Mohamed Noor - Bawah 90kg
5. Mohd Fakhrul Izzat Affandi - Bawah 66kg
6. Nik Norbaizura Nik Azman - Bawah 57kg
7. Norhidayu Muliar - Bawah 52kg

Thursday, October 29, 2009

New entry in SUKMA

Still can't believe that the Majlis Tertinggi SUKMA will entertain the organizer request to put more sports into SUKMA calender next year. The Majlis decision also put some probation requirement which need a minimum of 8 state to participate to be listed. We still have hope that SUKMA will go back to the original objective to unearth the young talent and not to glamorize commercialisms or tourism. ( Which is good in some extend but if given to much focus will effect athletes well being and focus)

Anyway all the best to the organizer (we sure some of them will start stretching and cracking their head to find way how to manage nearly 10 folds of problem such as venue, transportation, FNB, logistic and technical staff to run the show) and to all state involved, please focus on the training program not on how much more t-shirt to order.

Snippets from Pelapis FB:-

News flash: Formula future, golf, lawan pedang, kanu, kabddi, bola tampar, ragbi, tenis dan judo akan dimasukan dalam kalender SUKMA. Ini termasuk acara baru dalam sukan akuatik iaitu polo air dan synchro. Bagaimanapun penyenaraian sukan-sukan baru ini tertakluk kepada jumlah penyertaan sekurang-kurangnya 8 negeri. GOOD LUCK to organizer
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA - UPDATE




Pada hari ini (28 Okt), tidak ada latihan pada waktu pagi. Latihan hanya disebelah petang bersama pasukan judo Mongolia. Latihan pun hanya latihan ringan menjelang Kejohanan Judo Dunia. Hari ini juga jurulatih dan atlet judo kita berpindah ke Hotel Bayangol (hotel rasmi kejohanan).

Perbincangan dengan Persatuan Judo Mongolia pada pagi ini terpaksa ditunda kerana mereka sibuk dengan mesyuarat pengelolaan kejohanan dunia. Walau bagaimanapun, perjumpaan dan perbincangan dengan Mr D. Surenkhoriloo (Vice-Chairman, Physical Culture and Sports Authority of Mongolia) telah diadakan. Saya telah menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan Majlis Sukan Negara Malaysia kepada Kerajaan Mongolia khasnya Persatuan Judo Mongolia d atas jemputan dan layanan yang baik yang telah diberikan kepada atlet-atlet judo kita. Saya juga memaklumkan bahawa saya akan menyampaikan jemputan kepada Persatuan Judo Mongolia untuk atlet-atlet judo Mongolia menjalani latihan bersama di Malaysia.

Mr D. Surenkhoriloo mengucapkan terima kasih kerana atlet-atlet kita menjalani latihan dan menyertai Kejohanan Judo Dunia di Mongolia. Beliau juga memaklumkan bahawa Physical Culture and Sports Authority Mongolia melalui Persatuan Judo Mongolia akan sentiasa membantu Malaysia bagi meningkatkan mutu judo di Malaysia. Beliau yakin ini juga akan mengeratkan hubungan yang baik diantara Malaysia dan Mongolia. Beliau mengalu-alukan atlet judo Malaysia untuk sentiasa menjalani latihan bersama di Mongolia dan juga gembira jika atlet judo Mongolia dapat menjalani latihan bersama di Malaysia.

Semasa dinner bersama Setiausaha Persatuan Judo Mongolia semalam, beliau memberitahu bahawa Persatuan Judo Mongolia akan membantu Malaysia untuk memenangi pingat bukan hanya pada Sukan SEA tapi juga pada Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Sekian laporan untuk hari ini.

3RD ASIAN INDOOR GAMES - SILAT OLAHRAGA TEAM

all the best to the team


Our Pelapis Kebangsaan Silat team are salected to represent Malaysia to the 3rd ASIAN Indoor Games hel in Hanoi from 31/10-9/11 2009. All together there will be 8 athlete in the team taking part in Silat Olahraga events. In the Seni event, Malaysia will be represent by Elit exponent. We hope they can achieve good result here in the tournament in preparation for Asian Games next year.

The Team list

MANAGER
Osman Nok

COACHES
1. Ahmad Wardi Salim
2. Mazlan Shaari

ATHLETES
1. Mohd Faizul Nasir
2. Amir Ikram Rahim
3. Ramli Usman
4. Al-Jufferi Jamari
5. Azrul Abdulah
6. Mahani Bakri
7. Wan nurul Hidayah Abdul Razak
8. Siti rahmah Mohammed Nasir

Wednesday, October 28, 2009

DINNER RECEPTION FOR NATIONAL HOCKEY TEAM




Last night by invitation we attended dinner for National Hockey Team organized by Cawangan Elit for the national Hockey Team. DYTM was the VVIP for the dinner. The dinner setup is simple yet very meaningful. The hockey player are in the winning mood and they are happy when DYTM give them full support. DYTM also remind them to fight for their family honor and win the title for Malaysia.

All the best to the team and to Cawangan Elit thank you for the invitation

JENIS-JENIS SUKAN DIBAWAH PROGRAM PELAPIS

Most of the question asked on the blog or FB are what sports pelapis involved, where is the training center, who is your coaches. We will publish more information regarding pelapis program to help sports fan out there have better understanding regarding Pelapis Program. Anyway thank you for all question asked and we want more......

List of sports run under Pelapis Kebangsaan, Serantau and Negeri program through out the country.


PELAPIS KEBANGSAAN

Badminton, Berbasikal, Memanah, Menembak, Angkat Berat, Renang, Gimnastik Artistik, Gimrama, Olahraga, Boling Padang, Karate, Skuasy, Tenpin Boling, Pelayaran, Tekwando, Hoki (L), Tinju, Lawan Pedang, Judo, Ping Pong, Wusyu, Sepak takraw, Kriket, Golf, Silat Olahraga, Tenis, Bola sepak, Hoki (W), Bola Keranjang, Snuker Billiard

PELAPIS SERANTAU

Berbasikal, Memanah, Angkat Berat, Olahraga, Karate, Gimnastik, Tinju

PELAPIS NEGERI

Badminton, Berbasikal, Memanah, Menembak, Angkat Berat, Terjun, Renang, Gimnastik Artistik, Gimrama, Olahraga, Boling Padang, Skuasy, Tenpin Boling, Pelayaran, Tinju, Lawan Pedang, Judo, Silat Olahraga, Sepak takraw, Wusyu, Karate,

List of training center will be publish later

LATIHAN PASUKAN JUDO DI ULAANBATTAR MONGOLIA




Pada pagi ini (27 Okt) telah ke tempat latihan judo atlet kita. Semua berada dalam keadaan sihat, ceria dan bersemangat tinggi. Telah bersama dengan atlet hingga mereka tamat latihan pada jam 6.30 petang. Bersama dengan atlet juga telah bersama makan tengahhari di restoran Turkey di sini.

Pada petang ini, atlet-atlet kita berlatih bersama pasukan Kebangsaan Mongolia (Team A, B dan C). Latihan amat berharga bagi atlet-atlet judo kita kerana dapat berlatih bersama beberapa juara dunia, bekas juara dunia, pemenang pingat olimpik dan pingat Sukan Asia. Disamping itu, mereka juga telah mendapat tunjuk ajar dari beberapa bekas juara dunia.

Ini adalah urutan beberapa aktiviti atlet kita semasa di Ulaanbaatar.

16 Oktober 2009 - Latihan bersama pasukan Judo Ulaanbaatar.
19 Oktober 2009 - Pertandingan Judo persahabatan Mongolia - Jepun. Atlet-atlet kita merupakan satu-satunya pasukan yang di jemput khas untuk menyertai pertandingan ini.

Disamping ini, mereka juga telah menjalani latihan bersama beberapa pasukan judo tempatan. Persekutuan Judo Mongolia telah banyak membantu dalam latihan-latihan yang dijalankan.

Pasukan-pasukan luar negara telah mula tiba di Ulaanbaatar untuk menyertai Kejohanan Judo Dunia. Jumlah pasukan dan nama-nama negara yang menyertai akan saya laporkan bila semua negara dah tiba nanti.

Bersama ini di sertakan gambar-gambar dari Mongolia.

Laporan di sediakan oleh Cikgu Harun

Tuesday, October 27, 2009

PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN ZON PANTAI TIMUR


MAJLIS SUKAN NEGARA DENGAN KERJASAMA INSTITUT KEMAJUAN IKTISAS PAHANG (IKIP) TELAH MENGADAKAN PROGRAM PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BERTERUSAN (CONTINUOUS COCHING EDUCATION) ZON PANTAI TIMUR DARI 26 HINGGA 27 OKTOBER 2009 BERTEMPAT DI IKIP 1, KUBANG BUAYA, KUANTAN.

SERAMAI 38 ORANG JURULATIH TERPILIH DARI MELIBATKAN PELAPIS NEGERI DARI NEGERI PAHANG, TERENGGANU DAN KELANTAN. BERIKUT ADALAH PECAHAN KEHADIRAN PESERTA :-


PAHANG 21 ORANG
KELANTAN 10 ORANG
TERENGGANU 8 ORANG

KEHADIRAN BEBERAPA PENCERAMAH TERBAIK DALAM BIDANG SAINS SUKAN TELAH DIJEMPUT ANTARANYA IALAH :

DR. AHMAD CHE MUNIR,
DR BALBIR SINGH,
DR. KOK LIAN YEE
PROF. MADYA DR ANUAR SUUN

KEHADIRAN MEREKA INI TELAH MEMBERI BANYAK IMPAK YANG POSITIF DALAM BIDANG KEJURULATIHAN. PROGRAM INI SEDIKIT SEBANYAK MEMBANTU PARA JURULATIH UNTUK MENAMBAK ILMU DISAMPING MENGAPLIKASIKAN DIDALAM PROGRAM LATIHAN.

PROGRAM YANG BERAKHIR SEBENTAR TADI TELAH SECARA RASMI DITUTUP OLEH WAKIL PENGURUS BESAR YAYASAN PAHANG.BERSAMA-SAMA INI SAYA LAMPIRKAN BEBERAPA GAMBAR SEMASA SESI : TERAPI SENAMAN UNTUK KECEDERAAN BAHAGIAN BAWAH BADAN OLEH PROF MADYA DR. ANUAR SUUN.

SEKIAN

Laporan disediakan oleh PKU USPTN Pahang

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, October 25, 2009

KARNIVAL PELAPIS 02/09 MELAKA 2009 - DAILY UPDATE




LAPORAN HARIAN (24 OKT 2009)

Skuad Memanah Pelapis Kebangsaan terus mengungguli hari yang keempat kejohanan memanah sirkit pelapis negeri apabila sehingga kini berjaya merangkul 6 emas, 5 perak dan 3 gangsa dengan jumlah mata keseluruhan 31 mata. Mengekori rapat adalah P.Pinang dengan pungutan pingat sebanyak 6 emas dan 3 perak. Beberapa rekod remaja kebangsaan juga berjaya dipecahkan oleh skuad pelapis kebangsaan dalam acara 70m Lelaki dan Berpasukan Lelaki.

Kejohanan Olahraga memulakan persaingan pada hari pertama kejohanan berlangsung dengan mempertandingkan 21 acara akhir. Sedikit tumpuan diberikan pada acara "time trial" untuk atlet-atlet kebangsaan ke Sukan Sea. Walaubagaimanapun persaingan sengit yang ditampilkan oleh pelari – pelari kebangsaan tidak melayakkan mereka untuk mencatatkan masa terbaik apabila hanya mencatatkan masa terpantas 10:60 melalui Imran.

Sukan Gimrama menutup tirainya dengan menyaksikan pasukan K.Lumpur menyapu bersih hampir kesemua pingat yang ditawarkan mulai kejohanan berlangsung. Sekalung tahniah harus diberikan kepada jurulatih dan atlet yang berusaha sungguh bagi mencapai tahap sedemikian. Bagi negeri – negeri lain, semoga bekerja keras bagi memberi saingan sengit pada karnival yang akan datang.

*Keputusan penuh hari keempat disini

Saturday, October 24, 2009

KARNIVAL PELAPIS 02/09 MELAKA 2009 - DAY 3




Day 3 of the Karnival Pelapis give us the glimpse of the performance from our state program. Few upset are made in boxing arena and archery venue where few state's athlete shows their mental strength by beating Pelapis Serantau and Pelapis Kebangsaan athlete in their respective events. This is what we want and hoping the rivalry and competitiveness spirit will flourish and creating healthy environment in our program.

Gymnast create some excitement in the Dataran Pahlawan after yesterday event by showing skill in group dancing. The tourist in the shopping complex are elevated to see first class performance by the young gymnast.

Result of day 3 here

Friday, October 23, 2009

KEM PEMILIHAN ATLETPELAPIS KELAS LASER 4.7,BYTE C II DAN WINDSURFURF BIC TECHNO





LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PEMILIHAN ATLETPELAPIS KELAS LASER 4.7,BYTE C II DAN WINDSURFURF BIC TECHNO

TARIKH:18 NOV 09 SEHINGGA 25 NOV 09
TEMPAT:PUSAT LATIHAN PELAYARAN KEBANGSAAN LANGKAWI
PESERTA:42 ORANG
KELAS :LASER 4.7/BYTE C II – 26 ORG
:W/SURF BIC TECHNO – 16 ORG

JURULATIH:EN ABDUL RANI IDRIS
:EN SHAHRIL ABD RAZAK - LASER
:EN NOR HISHAM MAT NOR -BYTE
:EN HADRI ZAINAL – WIND SURF BIC TECHNO


Laporan dari pihak persatuan boleh dilihat disini

KARNIVAL PELAPIS 02/09 MELAKA 2009- DAILY UPDATE




Few sports already have started their competition program at day 2 of the Karnival Pelapis 02/09 Melaka 2009. we see some improvement in term of technicality of the sports such as in rythamic, the performance of the gymnast from Kelantan are higher from the last karnival and in archery few archers from state manage to sneak in into the final.

LAPORAN HARIAN (22 OKT 2009)

Kejohanan Sirkit ke-2 Karnival Pelapis Negeri telah pun membuka tirainya secara rasmi pada hari ini. Antara sukan yang telah pun bermula adalah gimrama, tinju, memanah, dan silat olahraga. Hanya sukan memanah dan gimrama yang menawarkan pingat pada hari kedua kejohanan berlangsung. Selain itu, terdapat 2 sukan yang mengadakan mesyuarat Pengurus Pasukan iaitu bagi sukan Gimnastik dan Sepak Takraw yang diadakan di Mahkota Hotel.

RESULT FOR DAY TWO OF THE COMPETITION HERE

COMMONWEALTH WEIGHTLIFTING SENIOR/JUNIOR CHAMPIONSHIP- UPDATES




Malaysian Team continue to finish strong at day two of the competition. Few athletes manage to sneak out silver in Junior category after facing strong challenge from other competitor.

Day two summary result:

1. Elyone Matin - 58kg - bronze (junior)
2. Khairani Mohd Khalid - 63kg - Bronze (senior) - bronze (junior)
3. Yuslinda Md Isa - 69kg - bronze (senior)
4. Norkhazidah Halim - 69kg - silver (junior)
5. Mohad Noramin - 94kg - bronze (senior) - silver (junior)

full result day one here and two here.

KEM BASIKAL WANITA 2009 - LAPORAN HARIAN




2/10/2009

SESI PAGI
-latihan dijalankan di Veledrom dimana kerjama diantara jurulatih pelapis kebangsaan terutama Fairoz amat`membanggakan dimana beliau turut sama-sama membantu memberi tunjuk ajar kepada atlet.
Latihan pagi ini juga amat memuaskan dimana kesemua pelumba berjaya menaikai banking dimana terdapar juga pelumba-pelumba wanita yang menangis takut tetapi atas sokongan jurulatih dan pelumba lain mereka berjaya melakukan.
-terdapat juga pelumba yang jatuh tetapi tiada kecederaan serius cuma luka-luka ringan.


SESI PETANG
-Sesi petang ini bermula jam 3 petang yang mana nICK flyger memberi ceramah berkenaan BIKE FIT. dengan bantuan jurulatih-jurulatih atlet-atlet dapat memahami akan kedudukan dan kesesuaian badan semasa menunggang basikal.
- Selepas sesi NICK pelumba-pelumba dikehendaki masuk kedalam trek untuk menjalani latihan dimana sesi tunjuk ajar warm up yang diketuai oleh Cikgu Suod.
- Disni juga dilihat kerjasama dan peranan diantara jurulatih pelapis kebangsaan,serantau dan negeri bersama-sama memberi tunjuk ajar tidak kira pelumba tersebut bukan dari seliaan mereka. amat membanggakan.
selesai sesi warm up game diadakan dimana jurulatih2 dan pelumba2 nampak gembira walaupun telah dilanyak sejak dari pagi.

SESI MALAM
-Izham dari ISN sedang melakukan Fat TEST terhadap kesemua pelumba DI bilik hotel jurulatih wanita yang dketuai oleh iRMA MADI dan Beatrice.
kesmua ujian ini akan di compille sehingga sesi ISN.

Thursday, October 22, 2009

KARNIVAL PELAPIS 02/09 MELAKA 2009




KARNIVAL PELAPIS NEGERI SIRKIT 2/2009
21-25 OKTOBER 2009
MELAKA


LAPORAN HARIAN – HARI PERTAMA (21 OKT 2009)

Lawatan venue oleh semua pengurus pasukan

- Pergerakan Pengurus Pelapis ke venue–venue sukan dibantu oleh Pn Hidayah seawal jam 9.00 pagi. Venue lawatan adalah:

i. Silat Olahraga – Dewan Hang Tuah
ii. Sepak Takraw – Pusat Sukan MBMB
iii. Memanah – Padang UTEM
iv. Olahraga – Std Hang Jebat, Paya Rumput
v. Tinju – Melaka Mall
vi. Gimnastik - Dewan Ayer Leleh
vii. Gimrama – Dataran Pahlawan

- Perubahan venue hanya pada sukan tinju dimana sebelum ini yang dijadualkan akan dilakukan di tingkat 2 tetapi diubah kepada tingkat bawah Melaka Mall.

Mesyuarat Pengurus Pasukan

- Tiada isu besar dibangkitkan

i. Gimrama
Masa : 4.00 pm
Tempat : Dataran Pahlawan

ii. Tinju
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Hotel Mahkota

iii. Memanah
Masa : 8.30 mlm
Tempat : Hotel Mahkota

iv. Silat Olahraga
Masa : 5.00 pm
Tempat : Hotel Mahkota

Status penyertaan berdasarkan Mesyuarat Pengurus Pasukan

i. Gimrama
Atlet : 159 orang
Jurulatih : 26 orang

ii. Tinju
Atlet : 112 orang
Jurulatih : 45 orang

iii. Memanah
Atlet : 139 orang
Jurulatih : 42 orang

iv. Silat Olahraga
Atlet : 183 orang
Jurulatih : 28 orang

Jum atlet : 593 orang
Jum jurulatih : 141 orang

KEPUTUSAN HARI PERTAMA BOLEH DIRUJUK DISINI

Wednesday, October 21, 2009

COMMANWEALTH WEIGHT LIFTING CHAMPIONSHIP






Date: 21-23 October 2009
Venue: Penang International Sport Arena (PISA) Penang, Malaysia.

With little information on the competition we try to assemble the best weight lifter for the competition. actually until last 3 week ago no confirmation on the date and who suppose represent the country channel back to us. we have to rely on the coaches to get the real picture for this competition. as usual the association are more worried who will become the team manager and who will fund them rather then to take care the preparation of the team. Thank to our local coaches who is dedicated and always think positive the team are training in their respective center for the competition. and the result First Bronze medal at the first day of the competition by Mohd Fadzli Dollah in 56kg category.


Some info on schedule here and participation country here

LAPORAN HARIAN DARI KEM BERBASIKAL WANITA



LAPORAN 20/10/09

SESI PAGI

LATIHAN DI VELEDROM
SET-UP BASIKAL PADA JAM 7.30 AM OLEH ROHAIZAD DENGAN DIBANTU OLEH JURULATIH-JURULATIH
3 KUMPULAN DI BAHAGIKAN MENGIKUT ATLET YANG PERNAH BERTANDING, PERNAH MEMBUAT LATIHAHN DI TREK DAN ATLET YANG BELUM PERNAH LATIHAN DI TREK.
TERDAPAT 2 PELUMBA JATUH SEMASA KAYUHAN DI BANKING. INI PPROSES BIASA BAGI MEMBIASAKAN ATLET -ATLET DI TREK.
SESI TAMAT JAM 12.00 PM

SESI PETANG 3.00 - 6.00PM

HUJAN LEBAT DAN TREK BASAH. MENGIKUT JADUAL LATIHAN DI DALAM TREK DAN JURULATIH TELAH MENUKAR JADUAL MEMBUAT KELAS MOTIVASI KEPADA ATLET-ATLET
TEAM ISN HADIR UNTUK MELIHAT TEMPAT UNTUK MENJALANKAN TESTING.DAN TERDAPAT PERUBAHAN JADUAL ISN DIMANA NICK AKAN MEMBUAT SESI VIDEO PADA MALAM INI.

SESI MALAM 8.00- 10.00 PM

SESI INI DI KENDALIKAN OLEH ISN YANG MANA SESI VIDEO INI MENGAMBIL GAMBAR DARI KEJOHANAN ACC DI KALIMANTAN. PADA MULANYA SESI PENERANGAN DIKENDALIKAN OLEH SHAHHRUL TETAPI JURULATIH TELAH MENGAMBIL ALIH KERANA TAHAP PENYAMPAIAN BERKENAAN ACARA TERSEBUT TIDAK JELAS. DAN INI JURULATIH MENGAMBIL INISIATIF TANPA SEGAN SILU MEMBERI PENERANGAN KEPADA ATLET.(MACAM RAMPASAN KUASA LA PLAK)

SESI TAMAT JAM 10.00PM


SESI PAGI TENGAH BERJALAN SEKARANG TESTING 2K.

Tuesday, October 20, 2009

KEM BERBASIKAL TREK WANITA 2009




We are worried on the development of women track cyclist after first track competition organized in April. They are only few women cyclist under the program and the numbers keep dwelling due to the nature of the sports which required constant exposure to the sun. The parents also play some roles on discourging their doughter interest in cycling.

With that we planned this first training focusing only in women to give a boast to the program where all training center are required to identify few women rider to be trained and later nominated to the camp. this will ensure that we will have the number before talking about the quality.

Snippets from organizer reports

Laporan 19/10/09 (Isnin) 9.00 pm

Kesemua Jurulatih dan atlet telah mendaftar di Hotel Fair Park dan Taklimat Kem telah dibuat pada Jam 5.00 pm di Bilik Mesyuarat Msn Perak. Penerangan Kem telah di buat oleh saya dan Cikgu Suod berkenaan program/aktiviti kem untuk sepanjang 7 hari.

Taklimat diberi menekankan akan objektif KEM apa matlamat kem diadakan. Jurulatih-jurulatih dan atlet dapat memahami apa kehendak Kem ini diadakan dan pihak penganjur juga memaklumkan kesemua atlet-atlet yang kebanyakkan tidak pernah menyertai latihan atau pertandingan di Trek perlu berani dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal kerana kem ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi. Penekanan juga ditekankan terhadap keselamatan apabila berulang alik dari Hotel ke Velodrom supaya lebih berhati-hati apabila menunggang basikal supaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Berikut adalah Maklumat berkenaan Kem terkini:

Tempat penginapan : Hotel Fair Park
Tempat Latihan : Velodrom RAKYAT, Ipoh.
: Bilik Mesyuarat MSN Perak

Tempat Makan : Dewan Makan MSN Perak

Jumlah atlet: 35 orang
jurulatih : 12 jurulatih Pusat LATIHAN negeri
Tenaga Pengajar : Suod Hussin
: Fairoz Izni
: Mahazir AHMAD
: NG JOO NGAN
: RAZAK KHAMIS
: Rohaizad Aman (Mekanik)

: Shahrul ( ISN)
: Izham (ISN)
: Patrick
: Nick Flyger
:
Aktiviti malam : DI DALAM KELAS
: BILIK MESYUARAT MSN PERAK
: INTRODUCTION OF THE RULES AND TRACK EVENTS
: Presented by Suod