Friday, January 27, 2012

Lawatan Menteri Belia dan Sukan Brunai ke MSN

Majlis Sukan Negara hari ini menerima lawatan rasmi rombongan Menteri Belia dan Sukan Brunai ke Ibu Pejabat Majlis Sukan Negara. Lawatan ini dibuat susulan dari kunjungan yang dibuat oleh pihak KBS/MSN ke Brunai pada tahun lepas.

Rombongan ini telah dibawa untuk melawat kemudahan di ISN sebelum ke tempat latihan pasukan kebangsaan di lapang sasar memanah, gimrama, gim 3 dan kemudahan angkat berat serta menembak.

Selepas sesi lawatan kedua-dua pihak memperlihatkan bakat masing-masing di perlawanan futsal.

Semoga lawatan ini akan dapat memperatkan lagi perhubungan kedua-dua negara.

Pihak

Tuesday, January 17, 2012

Perhimpunan Bulanan Atlet - Januari 2012

Hari ini, satu perhimpunan atlet dan jurulatih di bawah program elit, pelapis dan paralimpik diadakan di Dataran Casa 1, MSN. Perhimpunan yang pertama bagi tahun 2012 ini juga turut dihadiri oleh YBhg Dato Zolkples Embong, Ketua Pengarah MSN.

Disamping mendengar amanat daripada pengurusan Majlis, atlet-atlet turut diberi semangat untuk mengharungi cabaran bagi tahun 2012 terutamanya yang akan menghadapi temasya Sukan Olimpik.

Malaysia Boleh!

Monday, January 16, 2012

Mesyuarat KUN Bil 1/2012

Tahun 2012 adalah merupakan tahun yang agak sibuk terutamanya bagi atlet-atlet di peringkat negeri dimana temasya SUKMA akan berlangsung di Pahang pada bulan Julai nanti.

Bagi peringkat Cawangan Pelapis, perangcangan tahun 2012 diteruskan dengan pelaksanaan mesyuarat Ketua Unit Negeri ( KUN ) Bil 1/12 di Bilik Rajawali, MSN. Mesyuarat ini berlangsung pada 16 - 18 Januari 2012. Seramai 00 orang Ketua Unit dan 00 Pegawai Pembangunan Negeri telah hadir dan akan membentangkan laporan pelaksanaan program serta KPI USPTN masing.

Kepada semua pegawai, selamat bermesyuarat.

Saturday, January 14, 2012

Control Testing Sukan Gimnastik Artistik


Control Testing bagi sukan Gimnastik bagi atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau telah diadakan pada hari ini 13 Januari 2012 di Gym 3 Majlis Sukan Negara. 

Seramai 7 orang atlet dari Pelapis Kebangsaan dan 5 dari Pelapis Serantau akan menjalani control testing ini yang dekendalikan oleh Loke Yik Siang dan Onn Kwang Tung dari Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).


Laporan ringkas oleh:
KU(PS)

Wednesday, January 11, 2012

Bengkel Penyediaan Pelan Periodiasi 2012

Bengkel penyediaan pelan perioadisasi bagi program Elit dan Pelapis sedang berlangsung di Dewan Komanwel Majlis Sukan Negara. Sebanyak 19 jenis sukan utama terlibat dengan bengkel ini dimana jurulatih-jurulatih program Elit, Pelapis Kebangsaan serta Pelapis Serantau dan juga Persatuan Sukan Kebangsaan dijemput untuk menyediakan pelan ini berdasarkan kepada bajet bagi tahun 2012.

Pada hari ini, sebanyak 10 jenis sukan terlibat dan sesi bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sukan-sukan yang terlibat pada hari ini adalah :
  1. Akuatik
  2. Badminton
  3. Bola Sepak
  4. Gimnastik
  5. Hoki
  6. Karate
  7. Mamanah
  8. Oaahraga
  9. Skuasy
  10. Tenpin Boling

Manakala pada sesi pada 12 Januari pula, sukan-sukan yang terlibat adalah :
  1. Angkat Berat
  2. Berbasikal
  3. Lawn Bowl
  4. Menembak
  5. Pelayaran
  6. Sepaktakraw
  7. Taekwondo
  8. Tinju
  9. Wushu
Kepada semua...selamat berbengkel....











Sunday, January 1, 2012

Laporan Harian Kejohanan Berbasikal" Tasmania Christmas Carnival Series 2011"

Hari terakhir perlumbaan bagi pelumba-pelumba negara telah berlangsung di City of Burnie Cycling Club, Burnie. Kedudukan venue yang begitu hampir dengan laut telah menyebabkan suhu persekitaran yang panas dan kering pada waktu siang dan sejuk pada malam harinya. Keadaan pelumba-pelumba juga sudah agak keletihan kerana telah melalui empat perlumbaan terdahulu.

Seperti perlumbaan terdahulu, kategori junior melalui dua pelumba Mohd Firdaus Zonis dan Muhd Afiq Huznie telah terlebih dahulu membawa kejayaan. Melalui acara "Junior 1 Scratch", Muhd Afiq Huznie telah berjaya menduduki tempat kedua manakala rakan sepasukan Mohd Firdaus Zonis ditempat ketiga.

Pelumba junior tunggal negara yang bertanding didalam kategori senior, Noor Azian meneruskan langkah cemerlang dengan mendapat tempat ketiga didalam acara utama bagi kategori wanita senior iaitu "2km Wheel Race Scratch Handicap" disamping menjuarai acara "3km Women's B Grade Scratch". Bagi kategori lelaki senior, Mohamad Fakhruddin Dawod telah berjaya menduduki tempat keempat acara utama iaitu "3km Burnie Wheel Race Scratch Handicap" selain daripada rakan sepasukan Hamdan Hamidun dan juga Ahmad Fahmi yang turut layak ke final.

Didalam acara "Men's B Grade Scratch", Ahmad Fahmi telah berjaya menduduki tempat kedua manakala Hamdan Hamidun dan juga Muhd Firdaus Suardi ditempat ketiga dan keempat. Secara keseluruhannya, kesemua pelumba-pelumba junior negara telah membuktikan bahawa mereka mampu bersaing dengan pelumba-pelumba yang jauh lebih berpengalaman dan ternama diperingkat antarabangsa. Diharap pengalaman yang diperolehi semasa di kejohanan ini dapat mereka gunakan didalam Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) yang akan berlangsung pada bulan Februari nanti di Kuala Lumpur.

Sekian laporan dari Tasmania.