Sunday, August 25, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KAKI KE-2, NANJING CHINA

Sekitar Upacara Penutup Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 di Nanjing, China. Edisi kali ke-3 akan berlangsung pada tahun 2017 di Hambantota, Sri Lanka.

Saturday, August 24, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA


Hari terakhir pertandingan di Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 di bumi Nanjing ini dimana hanya tinggal dua sukan sahaja yang menjadi harapan kontinjen negara iaitu skuasy dan juga renang.

Di arena skuasy acara berkumpulan wanita dimana pasukan negara bertemu pasukan daripda Hong Kong. Pasukan negara yang diwakili oleh Vanessa Raj, Celine Yeap dan juga Rachel Arnold tidak menghadapi masalah untuk mengenepikan cabaran pasukan Hong Kong dengan keputusan 2-0. Pingat emas kedua bagi Vanessa Raj selepas menjuarai acara perseorangan wanita dan kedua untuk sukan skuasy.

Jam 3.30 petang waktu tempatan pasukan lelaki negara yang diwakili oleh Ng Eain Yow, Mohd Syafiq dan juga Darren Chan terpaksa berhempas pulas sebelum memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1. Wira pasukan ialah Darren Chan apabila memenangi perlawanan ketiga selepas kedua-dua negara terikat dengan keputusan 1-1. Dua kali lagu negaraku berkumandang di Nanjing Olympic Sports Center Natatorium menandakan tamatnya pertandingan skuasy bagi temasya edisi kedua ini.

Acara di kolam renang menyaksikan perenang negara bertanding didalam acara saringan dan juga akhir pada hari terakhir pertandingan. Phee Jinq En dan Nadia Adrianna bertanding didalam acara 200m kuak dada dan Nadia layak untuk ke final bagi acara tersebut. Didalam acara final beliau hanya berjaya menduduki tempat keenam. Wong Fu Kang telah bertanding didalam acara akhir 200m kuak dada dan telah berjaya memenangi pingat gangsa. Didalam acara 100m kuak bebas Lim Ching Hwang hanya berjaya mendapat pingat perak walaupun sasaran beliau bagi mendapatkan pingat emas kedua bagi dirinya.

Secara keseluruhan kontinjen negara telah memungut 4 pingat emas, 6 perak dan 7 gangsa meletakan Malaysia ditangga kelapan secara keseluruhan.  Pencapaian atlet negara di temasya kali ini boleh dikatakan baik kerana ianya merupakan kali pertama negara menyertai temasya sebegini selepas edisi pertama pada tahun 2009 yang hanya melibatkan dua sukan sahaja kerana wabak H1N1. Pasukan skuasy dan renang akan bertolak pulang ke Malaysia esok hari pada jam 8.35 pagi waktu tempatan.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

Friday, August 23, 2013

LAPORAN HAEIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA


Hari kesepuluh di Nanjing menyaksikan atlet negara berjaya membuat penambahan pingat didalam beberapa acara. Di arena skuasy bagi acara berkumpulan wanita, pasukan negara melalui Vanessa Raj, Celine Yap dan juga Rachael Arnold berjaya mengenepikan cabaran pasukan Independence Olympic Athlete (AOI) dengan keputusan 2-0. Didalam acara berkumpulan lelaki pasukan negara berjaya menewaskan pasukan Jordan juga dengan keputusan 2-0. Esok pasukan wanita akan bertemu pasukan Hong Kong pada jam 1.00 petang dan pasukan lelaki akan bertemu wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) sejurus selepas perlawanan akhir acara berkumpulan wanita yang dijangka jam 3.00 petang.
Acara dikolam renang pula menyaksikan penambahan dua lagi pingat menerusi 100m kuak kupu-kupu wanita dimana perenang negara Yap Siew Hui mencatatkan catatan masa peribadi sekaligus memenangi pingat gangsa dibelakang perenang daripada Korea dan juga Singapura. Satu lagi pingat telah dimenangi oleh Lim Chin Hwang menerusi acara 50m kuak bebas lelaki. Beliau mencatatkan masa 23.46s untuk memenangi pingat perak. Pingat emas telah dimenangi oleh perenang Singapura dan gangsa oleh Korea. Esok perenang negara akan bertanding didalam saringan acara 200m kuak dada lelaki dan wanita, 50m kuak lentang akhir lelaki dan wanita serta 100m kuak bebas    akhir kategori lelaki dan wanita.
Hari ini juga merupakan akhir terakhir bagi sukan olahraga dimana atlet negara Savinder Kaur melalui acara 800m telah berjaya memenangi pingat perak mencatatkan masa 2:14.14 yang juga merupakan catatan peribadi beliau. Pingat emas telah dimenangi oleh wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) dan gangsa dimenangi oleh pelari Sri Lanka. Atlet lompat tinggi negara Norshafiee Mohd Shah telah berjaya merangkul pingat gangsa dengan lompatan setinggi 2.00m. Pingat emas telah dimenangi oleh peserta daripada Jepun dan perak dimenangi oleh wakil daripada Iran. Didalam acara lontar cakera Chin Poh Kuan hanya berjaya menduduki tempat keempat dengan mencatatkan catatan peribadi iaitu 35.82m. Kirthana Ramasamy juga hanya berpuas hati ditempat keempat apabila dipintas didalam lompatan terakhir oleh peserta daripada Korea dengan beza jarak hanya 0.5m sahaja.   Secara keseluruhan olahraga telah memungut satu pingat perak dan dua gangsa.
Pasukan bola keranjang '3 on 3' negara akhirnya akur ditempat ke 6 apabila tewas ditangan Thailand dengan keputusan 12-16 didalam perlawanan penentuan ditempat ke 5/6. Didalam perlawanan tersebut seorang atlet telah mengalami kecederaan pada hidung akibat disiku pihak lawan.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

Thursday, August 22, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA

Hari terakhir dilapangan menembak dimana acara 10m Air Pistol lelaki dua wakil negara Abd Hadi Abd Malek dan Siau Zianyi masing-masing berpuas hati ditempat ke 15 dan 16 daripada 33 negara. Pingat emas telah dimenangi oleh penembak daripada China, pingat perak dimenangi oleh Independence Olympic Athlete (AOI) dan pingat gangsa telah dimenangi oleh wakil daripada Uzbekistan. Didalam acara Trap lelaki pingat emas telah dimenangi oleh penembak daripada Kuwait pingat perak China dan pingat gangsa telah dimenangi oleh Taiwan. Wakil negara Matthew Yeoh hanya berpuas hati ditempat ke 12.      
Penentuan pingat gangsa diantara dua wakil negara dimana Kisona Selvaduray berjaya menewaskan Ho Yen Mei dengan kiraan mata 2-0 ( 21-15, 25-23)
Di gelanggang taekwondo iaitu di Lonjiang Gymnasium wakil tunggal negara didalam sukan ini Navin tewas kepada lawan lebih berpengalaman yang juga merupakan pemenang pingat emas kejohanan asia daripada Filipina dengan kiraan mata 4-11 didalam kategori 53kg.
Skuasy acara berkumpulan dimana pasukan lelaki dan wanita dengan mudah menewaskan lawan masing-masing daripada negara Jepun dengan keputusan yang sama iaitu 3-0. Pusingan seterusnya pasukan lelaki bertemu dengan pasukan daripada Hong Kong dan telah menewaskan pasukan Hong Kong dengan keputusan 2-1. Mereka akan bertemu wakil daripada negara Jordan pada perlawanan separuh akhir esok. Pasukan wanita pula akan bertemu dengan wakil daripada Independence Olympic Athlete (AOI) pada perlawanan separuh akhir esok jam 1.00 petang waktu tempatan.
Di arena angkat berat didalam kategori 77kg wakil negara Mohd Afifi Haikal hanya berjaya mencatatkan angkatan seberat 100kg didalam acara snatch dan 120kg didalam acara clean and jerk dan berpuas hati dikedudukan ke 9 daripada 11 peserta. Pingat emas dimenangi oleh peserta daripada India, perak dimenangi oleh China dan gangsa dimenangi oleh peserta daripada Thailand.
Pusingan kedua didalam acara bola keranjang dimana pasukan negara terpaksa akur ditangan Taiwan dengan keputusan 19-21 dan berjaya menewaskan pasukan Filipina dengan mata 21-18 dimana merupakan satu sejarah tercipta kerana setelah sekian lamanya pasukan negara tidak memenangi perlawanan dengan negara tersebut. Pasukan negara akan bertemu dengan Thailand pada penentuan tempat ke 5/6 esok.
Didalam acara olahraga penambahan pingat yang diharapkan masih lagi belum menjadi kenyataan apabila Muhamad Rizzua hanya mampu ditempat ke empat dengan catatan masa 14.10s. Chin Poh Kuan berjaya memperbaiki catatan peribadi apabila berjaya membuat lontaran sejauh 13.27m didalam acara lontar peluru. Didalam acara lompat jauh wanita, Kirthana gagal untuk melayakan diri ke pusingan akhir. 
Esok beberapa atlet negara akan bertanding didalam acara akhir lompat tinggi lelaki iaitu Norshafie, Chin Poh Kuan didalam acara akhir lontar cakera, Savinder Kaur didalam acara akhir 800m dan Kirthana akan bertanding didalam acara akhir lompat kijang wanita. Kesemua mereka akan bertanding bermula jam 6.30 hingga 7.15 petang waktu tempatan.
Acara dikolam renang menyaksikan perenang negara Yap Siew Hui berjaya menambah pungutan pingat apabila mendapat tempat kedua didalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita akhir. Pingat emas dimenangi oleh perenang Korea dan gangsa dimenangi oleh perenang juga daripada Korea. Berikut merupakan beberapa keputusan lain yang melibatkan perenang negara:
 
Girl's 50m Freestyle Heats
Malaysia (Yap Siew Hui) 38.52 (rank 17th)
Malaysia (Kok Cher Ling) 27.49 (adv to semi final)
Men's 50m Freestyle Heats
Malaysia (Lim Ching Hwang) 24.12 (adv to semi final)
Malaysia (Alwyn Tan) 24.77 (adv to semi final)
Women's 200m Backstroke Heats
Malaysia (Chris Tan) 2:29.13 (rank 10th)
Malaysia (Tan Rou Ying) 2:36.19 (rank 14th)
Women's 100m Butterfly Heats
Malaysia (Yap Siew Hui) 1:04.13 (adv to semi final)
Malaysia (Tan Rou Ying) 2:06.38 (adv to semi final)
Men's 100m Butterfly Heats
Malaysia (Alwyn Tan) 59.06 (adv to semi final)
Malaysia (Wong Fu Kang) 59.16 (rank 17th)
Women's 4x100m Medley Final
Malaysia 4:33.43 (rank 9th)
Women's 50m Butterfly Finals
Malaysia (Yap Siew Hui) 27.96 (rank 2nd)
Women's 50m Freestyle Semi Final
Malaysia (Kok Cher Ling) 27.40 (7th) (adv to final)
Men's 50m Freestyle Semi Final
Malaysia (Lim Ching Hwang) 23.62 (PB) (adv to final)
Malaysia (Alwyn Tan) 24.53 (adv to final)
Women's 100m Backstroke Finals
Malaysia (Nadia Adriana) 1:14.05 (rank 7th)
Malaysia (Phee Jinq En) 1:12.85 (PB)  (rank 5th)
Men's 100m Backstroke Final
Malaysia (Wong Fu Kang) 1:04.79 (rank 4th)
Women's 100m Butterfly Semi Final
Malaysia (Yap Siew Hui) 1:03.89 (5th) (adv to final)
Malaysia (Tan Rou Ying) 1:04.71 (PB) (8th) (adv to final)
Men's 100m Butterfly Semi Final
Malaysia (Alwyn Tan) 57.68 (PB) (11th)
Peserta lawan pedang negara Bryan Mok dapat mara sampai ke suku akhir sebelum kecundang kepada pemain dari Hong Kong dalam acara Foil lelaki. Keputusan adalah seperti berikut :
Bryan Mok menang dengan Alomairi Khalifah dari Saudi Arabia (15-7) dalam pusingan 32, menang dengan Alenexi dari Kuwait (15-8) dalam pusingan 16 dan kalah kepada pemain dari Hong Kong iaitu Cheung Ka Long (6-15)
Sekian laporan harian Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 dari Nanjing, China.

Wednesday, August 21, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KEDUA - NANJING CHINA

Hari ketiga dilapangan menembak dimana acara 10 meter Air Pistol wanita pusingan awal dua wakil negara
Nur Hidayah dan Cheryll Anne masing-masing ditempat ke 18 dan 28 daripada 33 orang peserta. Didalam acara trap lelaki wakil negara Matthew Yeow berada ditempat ke 13 dan akan bertanding didalam pusingan kelayakan pada hari kedua esok.
Suasana suram digelanggang badminton apabila kedua-dua wakil negara didalam acara perseorangan wanita tewas ditangan lawan masing-masing. Ho Yen Mei tewas ditangan wakil daripada Thailand yang juga pilihan pertama iaitu Ongbamrungphan dengan keputusan 0-2 ( 8-21, 5-21). Tahniah diucapkan kepada Ho Yen Mei kerana masih menamatkan permainan walaupun bermain didalam keadaan kecederaan di betis dan lutut. Seorang lagi wakil negara Kisona Selvaduray juga terpaksa akur dengan kehebatan pesaing tuan rumah Qin J dengan keputusan 0-2 ( 16-21, 17-21) Kedua-dua mereka akan bertemu esok hari pada penentuan tempat ketiga seterusnya meraih pingat gangsa. 
Hari ini di venue lawan pedang telah dipertandingkan acara Epee lelaki dan wanita. Didalam acara lelaki wakil negara Fahmy hanya berjaya memenangi dua daripada lima perlawanan peringkat kumpulan sekaligus gagal untuk melayakan diri ke peringkat 32. Didalam acara wanita pula, wakil negara Zaharah Sailan tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan. Berikut merupakan catatan mata kedua-dua atlet didalam pusingan kumpulan masing-masing :
Women's Epee Qualification Round
Malaysia (Zarah) lost to Japan (Maeda) 4-5,
Malaysia (Zarah) lost to Thailand (Thanee) 3-5,
Malaysia (Zarah) lost to Jordan 4-5,
Malaysia (Zarah) lost to Chinese Taipei (Kuo Yen) 1-5
Men's Epee Qualification Round
Malaysia (Fahmy) beat Kazakhstan (Semenov) 5-4
Malaysia (Fahmy) beat Kuwait (Al-Harbì) 5-4.
Malaysia (Fahmy) lost to China (Gu Xi) 2-5
Malaysia (Fahmy) lost to Uzbekistan (Nurmatov) 1-5
Malaysia (Fahmy) lost to Singapore (Chen) 4-5.
Esok dua lagi wakil negara akan bertanding didalam acara foil lelaki iaitu Cheng Xin Han dan juga Bryan Mok. Pertandingan akan bermula jam 12.30 tengahari waktu tempatan.
Lagu negaraku sekali lagi berkumandang di temasya kali ini di kolam renang apabila perenang negara Lim Chin Hwang berjaya menewaskan tujuh perenang lain didalam acara 200 meter kuak bebas lelaki dengan catatan masa 1 : 50.8 Tempat kedua dimenangi oleh perenang daripada Singapura dan ketiga perenang daripada Thailand. Lim Chin Hwang sekali lagi membantu kuartet 4 x 100 meter kuak bebas lelaki untuk memenangi pingat gangsa.
Didalam acara 110 meter lari berpagar wakil negara Muhd Rizzua Haizad telah melayakan diri ke pusingan akhir pada esok hari. Acara akhir dijangka pada jam 10.40 malam waktu tempatan. Seorang lagi wakil negara Kirthana juga melayakan diri didalam acara akhir lompat jauh wanita yang juga akan berlangsung esok.
Esok akan berlangsung acara 53kg sukan taekwondo dimana wakil negara Navin Ari akan bertarung menentang wakil daripada Filipina pada jam 3.30 petang di Lonjiang Gymnasium.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KEDUA, NANJING CHINA

Hari ini (19.08.2013) merupakan hari ketujuh kontinjen negara di Nanjing dengan cuaca hari ini agak dingin kerana hujan lebat turun dengan agak kerap. Beberapa orang atlet telah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan-rawatan ringan dan tiada kecederaan serius yang dialami oleh atlet setakat ini.
Sukan ping pong menamatkan cabaran di temasya kali ini dengan tewasnya wakil tunggal negara iaitu Foo Dunley ditangan wakil daripada Athlete of Independence (AOI) iaitu Yadav Abhishek dengan keputusan 1-4
Hari ini juga dua wakil wanita negara didalam sukan badminton meneruskan cabaran didalam pusingan suku akhir. Kisona Selvaduray berjaya melangkah ke separuh akhir.apabila berjaya menewaskan wakil daripada Thailand, Puttita Supajiraku dengan keputusan 2-0 ( 21-8, 21-13) Serorang lagi wakil negara Ho Yen Mei juga telah berjaya melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan wakil daripada Singapura Yeo Jia Min dengan keputusan 1-2 ( 13-21, 21-19, 21-9) Separuh akhir akan bermula jam 1.00 petang waktu tempatan.
Sukan lawan pedang memulakan aksi pada hari ini dimana didalam acara Foil Wanita pertemuan diantara Fong Tyanne dan Fatin Aina dipusingan kedua dimana memihak kepada Fong Tyanne dengan keputusan 15-8.Dipusingan ketiga beliau telah tewas kepada wakil daripada Hong Kong iaitu CY Jnyce dengan keputusan 12-15 Didalam acara Sabre Lelaki Emir Putra tewas kepada wakil daripada Brunei Asahrin dengan keputusan 13-15 pada pusingan pertama manakala seorang lagi wakil negara turut terkandas ialah Kua Kim Yong tewas kepada Almutairi daripada Arab Saudi dengan keputusan 13-15.        
Suasana agak muram di lapangan menembak apabila kedua-dua wakil negara iaitu Zul Haziq dan Nur Muhd Izham gagal untuk layak ke pusingan akhir bagi acara 10 meter Air Rifle lelaki apabila kedua-dua mereka berada di tempat ke 25 dan 32 didalam pusingan kelayakan. Pingat emas dimenangi oleh wakil daripada negara China, pingat perak dimenangi oleh Singapura dan pingat gangsa telah dimenangi oleh wakil daripada Thailand. Acara Skeet menyaksikan wakil negara Joseph Lee hanya berpuas hati ditempat keempat dimana pingat emas telah dimenangi oleh Kazakhstan, pingat perak oleh Qatar dan pingat gangsa telah dimenangi oleh Kazakhstan.
Dilapangan golf hanya wakil lelaki negara layak untuk bertanding didalam pusingan ketiga esok apabila kedua-dua mereka mendapat tempat ke 10 dan ke 8 iaitu Albright Chong dan juga Solomon Emilio. Wakil wanita negara Kan Kah Yan dan juga Nur Eliana masing-masing ditempat ke 15 dan 14 daripada 17 orang peserta.
Akhirnya lagu negaraku berkumandang buat pertama kalinya dibumi Nanjing apabila Vanessa Raj berjaya menewaskan Chan PPH daripada Hong Kong didalam acara akhir skuasy perseorangan dengan keputusan 3-1 ( 11-3,6-11,11-7,11-9) Walau bagaimanapun Mohd Syafiq Kamal gagal menambah satu lagi pingat emas apabila tewas kepada pesaing daripada Athlete of Independence (AOI) Kush Kumar dengan keputusan 1-3 ( 8-15,11-5,9-11,7-11) Esok akan bermula pusingan awal acara berpasukan.
Acara di kolam renang dimana hampir semua perenang berjaya melepasi pusingan kelayakan didalam acara masing-masing dan layak ke separuh akhir dan juga peringkat akhir. Berikut merupakan catatan masa perenang yang merupakan catatan terbaik beberapa perenang :
50m Breaststroke Women
Malaysia (Phee Jinq) 34.15
Malaysia (Nadia) 34.42 (PB)
100m Backstroke Women
Malaysia (Chris Tan) 1:08.75
Malaysia (Tan Rou Ying) 1:09.84
200m Butterfky Women
Malaysia (Angela Chieng) 2:22.75
Malaysia (Yap Siew Hui) 2:25.75
4×100m Freestyle Relay
Malaysia 4:05.09.
50m Breaststroke Men
Malaysia (Wong Fu Kang) 29.89
100m Backstroke Men
Malaysia (Wilson Sim) 1:00.79 (PB)
Esok acara akhir akan bermula jam 6.30 petang waktu tempatan.
Tahniah kepada pasukan bola keranjang kerana berjaya mengenepikan cabaran Jordan pada perlawanan ketiga dengan mata 18-9 sekaligus layak ke pusingan seterusnya bertemu lawan sukar Taiwan.
Kem olahraga telah membuat kejutan apabila atlet lompat bergalah Mohd Afiq Ahmad Azam berjaya menggondol pingat gangsa dengan lompatan setinggi 4.50 yang merupakan rekod catatan terbaik peribadi beliau.
Esok beberapa lagi acara yang melibatkan atlet negara seperti olahraga bagi acara lompat jauh wanita dan 110m lari berpagar. Kolam renang juga turut melibatkan beberapa orang atlet yang akan bertanding pada sebelah pagi didalam pusingan kelayakan. Acara trap sukan menembak juga akan berlangsung dimana wakil negara Matthew Yeow akan bertanding pada kelayakan hari pertama esok.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

Monday, August 19, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA (2nd AYG NANJING 2013)

Hari keenam kontinjen negara di Nanjing sempena Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 (2nd AYG Nanjing 2013) dengan suhu yang tinggi sudah tidak menjadi masalah besar kepada atlet dan pegawai kerana sudah biasa dengan keadaan tersebut. Keadaan kesihatan setiap atlet dan pegawai masih didalam keadaan yang baik.

Aksi skuasy pada hari ini telah masuk ke pusingan suku akhir dimana didalam acara perseorangan lelaki Ng Eain Yow telah menewaskan wakil daripada Pakistan dengan keputusan 3-0 ( 11-7, 11-4, 11-5) manakala seorang lagi wakil negara Mohd Syafiq Kamal menewaskan wakil daripada Sri Lanka dengan keputusan 3-0 ( 11-7, 11-3, 11-9) Didalam acara perseorangan wanita, wakil tunggal negara Vanessa Raj telah layak ke final setelah menewaskan wakil daripada Sri Lanka dengan keputusan 3-0 ( 11-0, 11-5, 11-9)

Aksi separuh akhir acara perseorangan lelaki dimana Ng Eain Yow telah tewas kepada wakil daripada Athletes of Independence (AOI) iaitu Kush Kumar dengan keputusan 1-3 ( 6-11, 13-11, 9-11, 8-11) Walau bagaimanapun kem negara kembali ceria apabila seorang lagi wakil negara Mohd Syafiq Kamal telah layak ke final dengan menewaskan wakil daripada Hong Kong dengan keputusan 3-1 ( 11-8, 7-11, 11-3, 11-7)

Final akan berlangsung jam 5.00 petang bagi acara lelaki dan seterusnya bagi acara wanita dan diharap kedua-dua wakil negara dapat menuai emas didalam acara masing-masing.

Didalam sukan badminton pertandingan telah masuk ke pusingan 16  dimana Satheishtaran tewas kepada wakil daripada tuan rumah dengan keputusan 0-2
( 18-21, 17-21) manakala seorang lagi wakil negara turut tewas iaitu Cheam June Wei kepada wakil daripada Taiwan dengan keputusan 1-2 ( 21-19, 19-21, 16-21) Bagi acara perseoran wanita, kedua-dua wakil negara iaitu Ho Yen Mei telah menewaskan wakil daripada Taiwan dengan keputusan 2-0 ( 21-13, 21-17) manakala Kisona Selvaduray telah menewaskan wakil daripada Jepun dengan keputusan 2-1 ( 11-21, 21-10, 21-18)

Bagi acara bergu campuran juga telah masuk ke pusingan 16 dimana bergu negara yang terdiri daripada Cheam June Wei dan Ho Yen Mei telah menewaskan bergu daripada Hong Kong dengan keputusan 2-1 ( 18-21, 21-19, 21-19) manakala malang buat bergu Satheishtaran dan  Kisona kerana telah tewas kepada bergu daripada Korea dengan keputusan 0-2 ( 24-26, 25-23)

Acara suku akhir bagi sukan badminton ini akan bermjula jam 1.00 petang waktu tempatan bertempat di Nanjing Sports Institute Gymnasium.

Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi sukan judo dimana bagi acara wanita wakil negara Fara Aida didalam kategori 52kg telah tewas kepada wakil daripada Korea Utara pada pusingan awal. Wakil negara bagi acara lelaki didalam kategori 66kg iaitu Mohd Farhan Uzair menang mudah pada pusingan awal dan kedua dengan menewaskan wakil daripada Indonesia dan juga Nepal. Malangnya beliau telah tewas kepada wakil daripada Korea Utara iaitu Kim Cholgwang dan akan menentukan nasib didalam saingan Repecharge. Nasib masih lagi tidak menyebelahi Mohd Farhan apabila tewas bertemu wakil tuan rumah iaitu Zeng Xiayan.

Didalam sukan menembak bagi acara 10 meter Air Rifle Wanita dua wakil negara gagal memberi saingan dimana Nur Dayana Hijrah mendapat kedudukan ke 9/39 dengan mata sebanyak 408 manakala seorang lagi wakil negara iaitu Nur Afifah Tarmizy mendapat kedudukan ke 25/39 dengan mata sebanyak 396. Kedua-dua wakil negara ini gagal ke pusingan akhir. Pingat emas bagi acara ini telah dimenangi oleh negara China diikuti oleh negara Korea dan Singapura.

Didalam acara Skeet lelaki, wakil negara Joseph Lee telah layak ke pertandingan kelayakan kedua apabila mendapat tempat kelima pada pertandingan kelayakan pusingan pertama. Pusingan kelayakan kedua akan berlangsung esok hari pada jam 9.00 pagi bertempat di Fangshan Clay Target Field.

Pasukan Malaysia didalam acara bola keranjang telah memenangi perlawanan kedua mereka dengan menewaskan pasukan Mongolia dengan kiraan mata 21-9. Esok mereka akan  bertemu dengan pasukan Jordan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Wutaishan Basketball Court pada jam 5.30 waktu tempatan.

Atlet sukan ping pong wanita negara Lim To Wen tewas ditangan wakil daripada Hong Kong dengan keputusan 0-4 didalam pusingan playoff. Didalam acara lelaki Foo Dunley telah menewaskan wakil daripada Jepun dengan keputusan 4-3 manakala seorang laki wakil negara Leong Chee Feng tewas kepada wakil Hong Kong dengan keputusan 0-4. Oleh yang demikian hanya Foo Dunley yang akan meneruskan cabaran negara didalam acara perseorangan sukan ping pong ini pada keeseokan harinya.

Dato' Low Beng Choo selaku Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia turut mengadakan lawatan ke perkampungan sukan dan beramah mesra bersama-sama dengan pihak sekretariat dan juga wakil-wakil kontinjen daripada negara-negara lain.

Hari esok akan bermula cabaran bagi sukan olahraga bagi acara lompat bergalah dimana wakil negara Mohd Afiq akan turut bertanding. Sukan renang dan lawan pedang juga akan membuka tirai hari pertama mereka pada keesokan hari. Fong Tyanne dan Nor Fatinaina akan bertanding didalam acara foil perseorangan wanita manakala Kua Kim Yong dan Syed Adam akan bertanding didalam acara Sabre perseorangan lelaki. Sukan lawan pedang akan berlangsung di Nanjing International Expo Center E Hall. Sukan golf juga akan memasuki pusingan kedua pada esok hari. Zul Haziq dan Nur Muhd Izham akan bertanding didalam acara 10 meter Air Rifle Lelaki.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.