Wednesday, August 21, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KEDUA, NANJING CHINA

Hari ini (19.08.2013) merupakan hari ketujuh kontinjen negara di Nanjing dengan cuaca hari ini agak dingin kerana hujan lebat turun dengan agak kerap. Beberapa orang atlet telah berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan-rawatan ringan dan tiada kecederaan serius yang dialami oleh atlet setakat ini.
Sukan ping pong menamatkan cabaran di temasya kali ini dengan tewasnya wakil tunggal negara iaitu Foo Dunley ditangan wakil daripada Athlete of Independence (AOI) iaitu Yadav Abhishek dengan keputusan 1-4
Hari ini juga dua wakil wanita negara didalam sukan badminton meneruskan cabaran didalam pusingan suku akhir. Kisona Selvaduray berjaya melangkah ke separuh akhir.apabila berjaya menewaskan wakil daripada Thailand, Puttita Supajiraku dengan keputusan 2-0 ( 21-8, 21-13) Serorang lagi wakil negara Ho Yen Mei juga telah berjaya melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan wakil daripada Singapura Yeo Jia Min dengan keputusan 1-2 ( 13-21, 21-19, 21-9) Separuh akhir akan bermula jam 1.00 petang waktu tempatan.
Sukan lawan pedang memulakan aksi pada hari ini dimana didalam acara Foil Wanita pertemuan diantara Fong Tyanne dan Fatin Aina dipusingan kedua dimana memihak kepada Fong Tyanne dengan keputusan 15-8.Dipusingan ketiga beliau telah tewas kepada wakil daripada Hong Kong iaitu CY Jnyce dengan keputusan 12-15 Didalam acara Sabre Lelaki Emir Putra tewas kepada wakil daripada Brunei Asahrin dengan keputusan 13-15 pada pusingan pertama manakala seorang lagi wakil negara turut terkandas ialah Kua Kim Yong tewas kepada Almutairi daripada Arab Saudi dengan keputusan 13-15.        
Suasana agak muram di lapangan menembak apabila kedua-dua wakil negara iaitu Zul Haziq dan Nur Muhd Izham gagal untuk layak ke pusingan akhir bagi acara 10 meter Air Rifle lelaki apabila kedua-dua mereka berada di tempat ke 25 dan 32 didalam pusingan kelayakan. Pingat emas dimenangi oleh wakil daripada negara China, pingat perak dimenangi oleh Singapura dan pingat gangsa telah dimenangi oleh wakil daripada Thailand. Acara Skeet menyaksikan wakil negara Joseph Lee hanya berpuas hati ditempat keempat dimana pingat emas telah dimenangi oleh Kazakhstan, pingat perak oleh Qatar dan pingat gangsa telah dimenangi oleh Kazakhstan.
Dilapangan golf hanya wakil lelaki negara layak untuk bertanding didalam pusingan ketiga esok apabila kedua-dua mereka mendapat tempat ke 10 dan ke 8 iaitu Albright Chong dan juga Solomon Emilio. Wakil wanita negara Kan Kah Yan dan juga Nur Eliana masing-masing ditempat ke 15 dan 14 daripada 17 orang peserta.
Akhirnya lagu negaraku berkumandang buat pertama kalinya dibumi Nanjing apabila Vanessa Raj berjaya menewaskan Chan PPH daripada Hong Kong didalam acara akhir skuasy perseorangan dengan keputusan 3-1 ( 11-3,6-11,11-7,11-9) Walau bagaimanapun Mohd Syafiq Kamal gagal menambah satu lagi pingat emas apabila tewas kepada pesaing daripada Athlete of Independence (AOI) Kush Kumar dengan keputusan 1-3 ( 8-15,11-5,9-11,7-11) Esok akan bermula pusingan awal acara berpasukan.
Acara di kolam renang dimana hampir semua perenang berjaya melepasi pusingan kelayakan didalam acara masing-masing dan layak ke separuh akhir dan juga peringkat akhir. Berikut merupakan catatan masa perenang yang merupakan catatan terbaik beberapa perenang :
50m Breaststroke Women
Malaysia (Phee Jinq) 34.15
Malaysia (Nadia) 34.42 (PB)
100m Backstroke Women
Malaysia (Chris Tan) 1:08.75
Malaysia (Tan Rou Ying) 1:09.84
200m Butterfky Women
Malaysia (Angela Chieng) 2:22.75
Malaysia (Yap Siew Hui) 2:25.75
4×100m Freestyle Relay
Malaysia 4:05.09.
50m Breaststroke Men
Malaysia (Wong Fu Kang) 29.89
100m Backstroke Men
Malaysia (Wilson Sim) 1:00.79 (PB)
Esok acara akhir akan bermula jam 6.30 petang waktu tempatan.
Tahniah kepada pasukan bola keranjang kerana berjaya mengenepikan cabaran Jordan pada perlawanan ketiga dengan mata 18-9 sekaligus layak ke pusingan seterusnya bertemu lawan sukar Taiwan.
Kem olahraga telah membuat kejutan apabila atlet lompat bergalah Mohd Afiq Ahmad Azam berjaya menggondol pingat gangsa dengan lompatan setinggi 4.50 yang merupakan rekod catatan terbaik peribadi beliau.
Esok beberapa lagi acara yang melibatkan atlet negara seperti olahraga bagi acara lompat jauh wanita dan 110m lari berpagar. Kolam renang juga turut melibatkan beberapa orang atlet yang akan bertanding pada sebelah pagi didalam pusingan kelayakan. Acara trap sukan menembak juga akan berlangsung dimana wakil negara Matthew Yeow akan bertanding pada kelayakan hari pertama esok.
Sekian laporan harian dari Nanjing, China.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.