Monday, August 19, 2013

LAPORAN HARIAN SUKAN REMAJA ASIA KALI KE-2 NANJING, CHINA (2nd AYG NANJING 2013)

Hari keenam kontinjen negara di Nanjing sempena Sukan Remaja Asia Kali Ke-2 (2nd AYG Nanjing 2013) dengan suhu yang tinggi sudah tidak menjadi masalah besar kepada atlet dan pegawai kerana sudah biasa dengan keadaan tersebut. Keadaan kesihatan setiap atlet dan pegawai masih didalam keadaan yang baik.

Aksi skuasy pada hari ini telah masuk ke pusingan suku akhir dimana didalam acara perseorangan lelaki Ng Eain Yow telah menewaskan wakil daripada Pakistan dengan keputusan 3-0 ( 11-7, 11-4, 11-5) manakala seorang lagi wakil negara Mohd Syafiq Kamal menewaskan wakil daripada Sri Lanka dengan keputusan 3-0 ( 11-7, 11-3, 11-9) Didalam acara perseorangan wanita, wakil tunggal negara Vanessa Raj telah layak ke final setelah menewaskan wakil daripada Sri Lanka dengan keputusan 3-0 ( 11-0, 11-5, 11-9)

Aksi separuh akhir acara perseorangan lelaki dimana Ng Eain Yow telah tewas kepada wakil daripada Athletes of Independence (AOI) iaitu Kush Kumar dengan keputusan 1-3 ( 6-11, 13-11, 9-11, 8-11) Walau bagaimanapun kem negara kembali ceria apabila seorang lagi wakil negara Mohd Syafiq Kamal telah layak ke final dengan menewaskan wakil daripada Hong Kong dengan keputusan 3-1 ( 11-8, 7-11, 11-3, 11-7)

Final akan berlangsung jam 5.00 petang bagi acara lelaki dan seterusnya bagi acara wanita dan diharap kedua-dua wakil negara dapat menuai emas didalam acara masing-masing.

Didalam sukan badminton pertandingan telah masuk ke pusingan 16  dimana Satheishtaran tewas kepada wakil daripada tuan rumah dengan keputusan 0-2
( 18-21, 17-21) manakala seorang lagi wakil negara turut tewas iaitu Cheam June Wei kepada wakil daripada Taiwan dengan keputusan 1-2 ( 21-19, 19-21, 16-21) Bagi acara perseoran wanita, kedua-dua wakil negara iaitu Ho Yen Mei telah menewaskan wakil daripada Taiwan dengan keputusan 2-0 ( 21-13, 21-17) manakala Kisona Selvaduray telah menewaskan wakil daripada Jepun dengan keputusan 2-1 ( 11-21, 21-10, 21-18)

Bagi acara bergu campuran juga telah masuk ke pusingan 16 dimana bergu negara yang terdiri daripada Cheam June Wei dan Ho Yen Mei telah menewaskan bergu daripada Hong Kong dengan keputusan 2-1 ( 18-21, 21-19, 21-19) manakala malang buat bergu Satheishtaran dan  Kisona kerana telah tewas kepada bergu daripada Korea dengan keputusan 0-2 ( 24-26, 25-23)

Acara suku akhir bagi sukan badminton ini akan bermjula jam 1.00 petang waktu tempatan bertempat di Nanjing Sports Institute Gymnasium.

Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi sukan judo dimana bagi acara wanita wakil negara Fara Aida didalam kategori 52kg telah tewas kepada wakil daripada Korea Utara pada pusingan awal. Wakil negara bagi acara lelaki didalam kategori 66kg iaitu Mohd Farhan Uzair menang mudah pada pusingan awal dan kedua dengan menewaskan wakil daripada Indonesia dan juga Nepal. Malangnya beliau telah tewas kepada wakil daripada Korea Utara iaitu Kim Cholgwang dan akan menentukan nasib didalam saingan Repecharge. Nasib masih lagi tidak menyebelahi Mohd Farhan apabila tewas bertemu wakil tuan rumah iaitu Zeng Xiayan.

Didalam sukan menembak bagi acara 10 meter Air Rifle Wanita dua wakil negara gagal memberi saingan dimana Nur Dayana Hijrah mendapat kedudukan ke 9/39 dengan mata sebanyak 408 manakala seorang lagi wakil negara iaitu Nur Afifah Tarmizy mendapat kedudukan ke 25/39 dengan mata sebanyak 396. Kedua-dua wakil negara ini gagal ke pusingan akhir. Pingat emas bagi acara ini telah dimenangi oleh negara China diikuti oleh negara Korea dan Singapura.

Didalam acara Skeet lelaki, wakil negara Joseph Lee telah layak ke pertandingan kelayakan kedua apabila mendapat tempat kelima pada pertandingan kelayakan pusingan pertama. Pusingan kelayakan kedua akan berlangsung esok hari pada jam 9.00 pagi bertempat di Fangshan Clay Target Field.

Pasukan Malaysia didalam acara bola keranjang telah memenangi perlawanan kedua mereka dengan menewaskan pasukan Mongolia dengan kiraan mata 21-9. Esok mereka akan  bertemu dengan pasukan Jordan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan di Wutaishan Basketball Court pada jam 5.30 waktu tempatan.

Atlet sukan ping pong wanita negara Lim To Wen tewas ditangan wakil daripada Hong Kong dengan keputusan 0-4 didalam pusingan playoff. Didalam acara lelaki Foo Dunley telah menewaskan wakil daripada Jepun dengan keputusan 4-3 manakala seorang laki wakil negara Leong Chee Feng tewas kepada wakil Hong Kong dengan keputusan 0-4. Oleh yang demikian hanya Foo Dunley yang akan meneruskan cabaran negara didalam acara perseorangan sukan ping pong ini pada keeseokan harinya.

Dato' Low Beng Choo selaku Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia turut mengadakan lawatan ke perkampungan sukan dan beramah mesra bersama-sama dengan pihak sekretariat dan juga wakil-wakil kontinjen daripada negara-negara lain.

Hari esok akan bermula cabaran bagi sukan olahraga bagi acara lompat bergalah dimana wakil negara Mohd Afiq akan turut bertanding. Sukan renang dan lawan pedang juga akan membuka tirai hari pertama mereka pada keesokan hari. Fong Tyanne dan Nor Fatinaina akan bertanding didalam acara foil perseorangan wanita manakala Kua Kim Yong dan Syed Adam akan bertanding didalam acara Sabre perseorangan lelaki. Sukan lawan pedang akan berlangsung di Nanjing International Expo Center E Hall. Sukan golf juga akan memasuki pusingan kedua pada esok hari. Zul Haziq dan Nur Muhd Izham akan bertanding didalam acara 10 meter Air Rifle Lelaki.

Sekian laporan harian dari Nanjing, China.




No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.