Friday, October 25, 2013

LAPORAN KEJ MENEMBAK PIALA KETUA PENGARAH MSN 2013 (25.10.13)

KEJOHANAN MENEMBAK PIALA KETUA PENGARAH MAJLIS SUKAN NEGARA 2013

Pada hari ini telah berlangsungnya satu lagi acara iaitu 10M Air Pistol Men.  Seramai 19 peserta dari 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam acara ini.  Pusingan kelayakkan bermulai pada jam 9pagi dan berakhir pada jam 1230 dengan 2 detail dijalankan.

Pemenang bagi acara ini ialah penembak Elit iaitu Jonathan Wong Guanjie yang mewakili pasukan Melaka / Elit.  Upacara penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sukan iaitu YBhg. Dato' Ab Jalil pada jam 3.45petang.  Johnathan membawa pulang pingat emas dan wang tunai sebanyak RM 300 sementara bagi pemenang tempat kedua iaitu Eddy Chew membawa pulang pingat perak dan wang tunai RM 200

Berikut adalah senarai pemenang bagi acara 10M Air Pistol Lelaki:

Emas - Jonathan Wong - 568 + 198.3 (Melaka / Elit)
Perak - Eddy Chew- 568 + 196.6. (Johor / PK)
Gangsa - Tan Tong Tat - 563 + 174.3 (Selangor)

Esok akan berlangsungnya acara terakhir iaitu 10M Air Pistol Women.

Sekian, terima kasih

Ehsan melapor dari Gim 3 MSN

KEJOHANAN TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 02/13

Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan membuka tirai dengan acara pertama dijalankan pada jam 9.30 pagi berikutan permukaan trek yang basah akibat hujan. Pada hari ini 3 acara dipertandingkan iaitu Team Sprint, Scratch dan Time Trial. Berikut merupakan keputusan kejohanan pada hari ini :

Team Sprint Wanita 16 - 23 Tahun

Keputusan

1 ) Nur Aisyah Bt Mohamad Zubir ( ASMSN )
     Nur Azrenna Bt Ahmad Jumry
     0:52.960

2 ) Siti Aisyah Bt Alias ( PAHANG )
     Nurul Nadia Bt Mohd Fauzi
    0:53.446

3 ) Sian Wilson ( WPKL )
    Siti Farah Eliz Bt Zainuddin
    0:55.770

Team Sprint Lelaki 16 - 18 Tahun

1 ) Ahmad Hariz Norman ( WPKL )
    Muhd Qamarul Haziq Mohd Fadzli
   Muhammad Amar Abu Bakar
   1:11.153

2 ) Wan Muhammad Irham ( TERENGGANU )
     Che Ku Mohamad Shamil
    Mohd Azri Ahmad
    1:11.607

3 ) Muhammad Mustazlee Ishak ( JOHOR )
    Muhammad Faruq Daud
    Khairul Adha Rasol
   1:11.911

Scratch Race Wanita 16 - 23 Tahun

1 ) Nur Aisyah Bt Mohamad Zubir ( ASMSN )
    12:17.038

2 ) Umi Hamimah Mohamad - ( Elite )

3 ) Nurul Nadia Mohd Fauzi - ( PAHANG )


Scratch Race Wanita 13 - 15 Tahun

1 ) Nurainna Syarah Amran - ( ASMSN )
    4:53.529

2 ) Nur Fasihah Mohd Yusni - ( SELANGOR )

3 ) Nor Afifah Amirah - ( ASMSN )

1KM Time Trial Lelaki 19 Tahun Ke atas

1 ) Mohd Elmi Jumari - ( SELANGOR )
    1:10.442

2 ) Wan Syazwan Afiq - ( PK )
     1:13.699

3 ) Ho Jin Cheng - ( WPKL )
    1:13.917


1KM Time Trial Lelaki 16 - 18 Tahun

1 ) Khairul Adha Rasol - ( JOHOR )
    1:13.017

2 ) Eiman Firdaus Mohd Zamri - ( JOHOR )
    1:14.627

3 ) Muhammad Mustazlee Ishak - ( JOHOR )
    1:14.777

500M Time Trial Lelaki 13 - 15 Tahun

1 ) Azli Najmi Zulkifli - ( WPKL )
    36.687

2 ) Muhammad Harith Arief - ( PERAK )
    37.081

3 ) Muhd Amir Imaran - ( PLS IPOH )
    37.184

500M Time Trial Wanita 13 - 15 Tahun

1 ) Nur Afifah Amirah - ( ASMSN )
    44.203

2 ) Nur Fasihah Adilah - ( SELANGOR )
    44.396

3 ) Nurul Najwa Mohd Fauzi - ( PAHANG )
   45.996

500M Time Trial Wanita 16 - 23 Tahun

1 ) Umi Hamimah Mohamad - ( PK )
    39.879

2 ) Nur Aisyah Bt Mohamad Zubir - ( ASMSN )
    41.589

3 ) Nurul Nadia Bt Mohd Fauzi - ( PAHANG )
    41.925

Scratch Race Lelaki 16 - 18 Tahun

1 ) Muhammad Muztazlee Ishak - ( JOHOR )

2 ) Eiman Firdaus B Mohd Zamri - ( JOHOR )

3 ) Mohd Azri Ahmad - ( TERENGGANU )

Scratch Race Lelaki 13 - 15 Tahun

1 ) Wan Abd Rahman - ( TERENGGANU )

2 ) Muhammad Syazrin Shaari - ( WPKL )

3 ) Muhd Amir Imaran - ( PLS IPOH )

Kejohanan tamat pada jam 5.00 petang dan akan bersambung esok bagi acara Team Pursuit, Point Race dan 200m Sprint.

Sekian, terima kasih

Wednesday, October 23, 2013

MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN TREK REMAJA KEBANGSAAN SIRKIT 02/13


Kejohanan Trek Remaja Kebangsaan Sirkit 02/13 akan berlangsung dari 23 - 27 Oktober 2013. Sepertimana kelaziman penganjuran kejohanan, mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh.   : 23 Okt 2013
Masa      : 5:00 petang - 6.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Veledrome Cheras, Kuala Lumpur

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Ikhwan dari Cawangan Pengurusan Acara, MSNM. Pada kejohanan kali ini, sebanyak 17 negeri dan kelab telah mengambil bahagian yang melibatkan penyertaan sebanyak kurang lebih 187 atlet tidak termasuk Negeri Kelantan dan Pahang yang belum tiba ke venue pertandingan. Kejohanan ini melibatkan acara bagi kategori Lelaki / Wanita 15 Tahun ke bawah, Lelaki 16 - 18 Tahun, Lelaki 19 tahun ke atas dan Wanita 16 - 23 Tahun.

Tiada isu berbangkit sepanjang mesyuarat berlangsung dan acara pertama akan bermula pada 24 Oktober 2013 jam 9.00 pagi.

Sekian, terima kasih.
Laporan oleh Fairul

Tuesday, October 22, 2013

Kejohanan Track Asia Club 2013 Tehran Iran


Tarikh: 21 Oktober 2013
Tempat: Klia

Hari ini pasukan berbasikal trek negara berlepas ke Tehran, Iran untuk menyertai Kejohanan Track Asia Club 2013. Pasukan negara terdiri daripada 9 orang pelumba dan 2 orang jurulatih gabungan daripada pelumba program elit dan Pelapis Kebangsaan. Pada kejohanan kali ini hanya pelumba endurance dihantar ke kejohanan ini manakala pelumba sprinter akan ke kejohanan World Cup series di Manchester pada bulan November nanti.
Berikut adalah senarai nama jurulatih dan pelumba ke kejohanan tersebut.

Harnizam Basri-Jurulatih elit track endurance.
Suod Hussain- Jurulatih Pelapis Kebangsaan
Hamdan Hamidun- elit
Sofian Nabil Omar Mohd Bakri- elit
Muhd fakharudin dawod- elit
Muhd fairet rusli-elit
Muhd arfy qhairant amran- elit
Irwandie lakasek-pelapis kebangsaan
Muhd Farid Razali- Pelapis kebangsaan
Muhd Aele safri Rusli- Pelapis kebangsaan
Ahmad Firdaus Abdul Karim- Pelapis Kebangsaan

Pasukan ini berlepas ke Tehran pada jam 7.30 pm dengan menaiki pesawat emirates dan dijangka sampai di Tehran pada jam 2.30 am pada 22hb.

Sekian laporan ringkas dari Klia.

Friday, October 18, 2013

Laporan Hari Terakhir 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan di Ubon Ratchathani dan wakil tunggal negara, Siti Aisyah Md Rosli akan bertanding di dalam kategori 75kg Wanita bersama 14 peserta yang lain.

Bagi hari terakhir, pasukan Malaysia hanya mampu menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara snatch dengan angkatan sebanyak 78kg. Manakala bagi acara clean and jerk pula, Siti Aisyah sekadar menduduki tangga ke 7 dengan angkatan sebanyak 99kg.

Berikut merupakan keputusan bagi acara yang disertai oleh atlet Malaysia.

75kg Wanita

Snatch
1. Thailand - 92kg
2. Thailand - 91kg
3. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 78kg

Clean and Jerk
1. Thailand - 110kg
2. Thailand - 107kg
3. Thailand 107kg
7. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 99kg

Keseluruhan
1. Thailand - 202kg
2. Thailand - 198kg
3. Thailand - 183kg
6. Siti Aisyah Md Rosli (MAS) - 177kg


Di sebelah malam pula, majlis makan malam sempena upacara penutupan telah diadakan dan dihadiri oleh semua pasukan yang menyertai. Pasukan Malaysia telah mendapat tempat kedua bagi kategori "Pasukan Lelaki Terbaik" di belakang Sekolah Sukan Nakhon Si Thammarat. Disamping itu juga, jurulatih Stefan Hristov Stefanov telah mendapat "Anugerah Kehormat - Jurulatih Lelaki"  pada majlis makan malam tersebut.

Pasukan ini akan berlepas pulang ke tanah air pada esok dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8.30 malam.

Sekian sahaja laporan dari Ubon Ratchathani, terima kasih.


Sha'if Baharuddin

KEJOHANAN ANGKAT BERAT REMAJA KEBANGSAAN PUTRAJAYA 2013

Tarikh. : 18 Oktober 2013
Masa : 9:00 am - 1:00 pm
Tempat : Kompleks Kejiranan Persint
11 Putrajaya

Kejohanan Angkat Berat Remaja Kebangsaan Putrajaya 2013 hari ini bermula secara rasminya yang mana melibatkan penyertaan bagi kategori 13 tahun, 16 tahun dan 20 tahun. Seramai 231 atlet dari 17 pasukan menyertai kejohanan ini. Secara ringkasnya,kejohanan ini turut melibatkan medan pemilihan atlet-atlet muda bagi persiapan ke Temasya Sukan Remaja.

Bagi sesi pagi, telah berlangsung kategori 50 kg (L) dan 56 kg (L) bawah 16 tahun. Berikut merupakan keputusan kejohanan :

Kat 50 kg (L)

Snatch

1. Fakrul Naim (KDH) 67 kg
2. Syazani Rosli (PTJYA) 64 kg
3. Jerry Juanis (SBH) 63 kg

Clean n Jerk

1. Syazani Rosli (PTJYA) 85 kg
2. Fakrul Naim (KDH) 85 kg
3. Syazwan Nizam (PHG) 77 kg

Kat 56 kg (L)

Snatch

1. Darul Najmi (KEL) 91 kg
2. Mohd Suzaimy (JHR) 86 kg
3. Rony Jesos (PS/SBH) 83 kg

Clean n Jerk

1. Darul Najmi (KEL) 113 kg
2. Rony Jesos (PS/SBH) 106 kg
3. Mohd Taufiq (PHG) 105 kg

Sesi petang bersambung kategori 44 kg, 48 kg, 53 kg, 58 kg, 63 kg, 69 kg dan + 69 kg (W) bwh 16 tahun.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 17, 2013

Laporan Hari Keempat Pertandingan 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini masuk hari keempat bagi 6th EGAT Prince's Cup Junior International Weightlifting Championship 2013. penyertaan atlet Malaysia pada hari ini adalah bagi kategori 77kg Lelaki yang diwakili oleh Loro Wellkinson Peuji dan Khairulanuar Muhammad.

Pertandingan dimulakan dengan acara snatch di mana Loro Wellkinson Peuji berjaya menghadiahkan pingat emas dengan angkatan sebanyak 122kg manakala Khairulanuar sekadar menduduki tempat keempat dengan angkatan 115kg.

Bagi acara clean and jerk pula, kedua-dua wakil negara sekadar mendapat pingat perak dan gangsa dengan angkatan sebanyak 152kg dan 151kg. Ini menjadikan jumlah keseluruhan angkatan bagi Loro Wellkinson Peuji 274kg manakala Khairulanuar sebanyak 266kg. Ini membolehkan mereka berdua mendapat pingat perak dan gangsa.

Berikut merupakan keputusan bagi acara 77kg Lelaki

Snatch
1. Loro Wellkinson Peuji (MAS) - 122kg
2. Thailand - 120kg
3. Thailand - 118kg
4. Khairulanuar Muhammad (MAS) - 115kg

Clean and Jerk
1. Thailand - 160kg
2. Loro Peuji Wellkinson (MAS) - 152kg
3. Khairulanuar Muhammad (MAS) - 151kg

Keseluruhan
1. Thailand - 280kg
2. Loro Wellkinson Peuji (MAS) - 274kg
3. Khairulanuar Muhammad (MAS) - 266kg


Hasil kejayaan mereka telah menambahkan lagi koleksi pungutan pingat dengan menjadikan jumlah keseluruhan pingat yang telah dimenangi ialah 5 emas, 5 perak dan 4 gangsa.

Bagi hari terakhir esok, Malaysia akan diwakili oleh Siti Aisyah Md Rosli bagi kategori 75kg Wanita.

Sekian sahaja dari Ubon Ratchathani, Thaland. Terima kasih.

Sha'if Baharuddin