Friday, March 30, 2012

Hari Terakhir: Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis(W) 01/12

Bermula jam 8:00 pg lagi atlet telah berkumpul didalam veledrom untuk
memulakan warm-up. Pada jam 9:00 pagi, pertandingan dimulakan dengan
susunan acara seperti berikut:-

1. 200M Flying start
2. Standing 1 Lap
3. 2KM Individu Pursuit
4. 500M Time Trial
5. 200M Team Sprint
6. 4KM Team Pursuit

Pertandingan ini tamat pada jam 5:00 ptg seterusnya disambung upacara
penutup kem dengan pemberian hadiah dan sijil kepada peserta. Mereka
semua ini akan bertolak ke Perlis untuk menyertai kejohanan Sport
Excel di perlis dan sterusnya akan bertanding di Kejohanan Berbasikal
Trek Pelapis Sirkit 01/2012 pada 4-8 April 2012 di Veledrom Ipoh,
Perak.

Terima kasih diucapkan kepada semua jurulatih, rakan-rakan SDO dan
juga USPTN Perak yang telah sama-sama membantu menjayakan kem wanita
pada kali ini.

Thursday, March 29, 2012

Hari ke-5: Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis(W) 01/12

Tarikh: 28 mac 2012
 
8:30 pg - 12:30 tghari
 
Program hari ini dimulakan dengan kayuhan lebuhraya sejauh 30KM yang mengambil masa 1 jam 30 minit. Selepas kayuhan, atlet dibawa masuk terus ke dalam veledrom untuk membuat ulangkaji latihan. Ujian masa setiap individu juga diambil bagi melihat prestasi semasa mereka.
 
3:30 ptg - 6:30 ptg
 
Sesi petang dimulakan dengan taklimat ringkas dan perkenalan diantara atlet dan Ketua Jurulatih Bawah 23 kebangsaan iaitu Mr. Graham Seers. Seperti biasa latihan didalam trek dimulakan dengan warm-up dan seterusnya melakukan ulangkaji teknik-teknik yang telah diajar sepanjang kem ini.
 
Besok adalah hari terakhir kem dimana satu "mini compettion" akan diadakan dan kesemua atlet akan bertanding sesama sendiri.Pertandingan ini bukan sahaja untuk melihat kekuatan tenaga sahaja malah untuk menilai tahap pemahaman atlet untuk menggunalan teknik-teknik yang telah diajar sepanjang kem ini.
 
 

Wednesday, March 28, 2012

Hari ke-4: Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis(W) 01/12

Tarikh: 27 mac 2012
 
8:30 pg - 12:30 tghari
 
Program hari ini dimulakan dengan latihan praktikal di dalam trek. Cikgu suod juga telah mengadakan ujian masa kepada setiap atlet untuk melihat tahap kemampuan dan pemahaman mereka tentang teknik yang diajar sepanjang tempoh kem ini. Antara acara yang ditetapkan ialah 200M standing start,Team Sprint dan Team Pursuit.
 
2:00 ptg - 6:00 ptg
 
Untuk sesi petang, semua aktiviti dilakukan didalam kelas kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan dimana hujan turun dengan lebatnya sehingga lewat petang. Antara pengisian pembelajaran kelas ialah cara pemakanan yang betul sebelum dan selepas pertandingan dan cara mengambil feeding dengan betul.
 
 
 

Tuesday, March 27, 2012

Hari ke-3: Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis(W) 01/12

Tarikh: 26 Mac 2012
 
8:30 pg - 12:30 tghari
 
Program hari ini dimulakan dengan kayuhan lebuhraya sejauh 60 km yang mengambil masa hampir 2 jam. Kayuhan ini juga disertai oleh bekas atlet olahraga kebangsaan iaitu Siti Fatimah Mohamad. Kemudian atlet dikumpulkan dikawasan lapang kawasan veledrom untuk melakukan aktiviti handling and control technique sehingga jam 11:00 pg.
 
3:00 ptg - 6:30 ptg
 
Seperti yang telah dirancang didalam jadual program, para peserta dibawa terus masuk ke veledrom untuk sesi praktikal. Antara pendedahan yang diberikan hari ini ialah teknik sprint, team pursuit, standing start dan rolling start. Masih terdapat kemalangan kecil semasa latihan dijalankan dan rawatan sepatutnya telah diberikan.
 
8:30 mlm - 10:30 mlm
 
Satu sesi tayangan video telah diadakan dimana para atlet dapat melihat kejohanan-kejohanan trek yang disertai oleh atlet Malaysia di peringkat antarabangsa. Disamping itu, Cikgu Suod memberikan komen secara individu kepadasetiap peserta yang mengikuti latihan pada sebelah petang tadi. Supaya pada masa akan datang atlet-atlet tidak membuat kesilapan yang sama sewaktu berkayuh di dalam trek. 
 
 Laporan: Rashid Ramli

Monday, March 26, 2012

Laporan Kem Bakat Berbasikal Trek Pelapis (W) 01/12

Tarikh: 25 Mac 2012
Tempat: Veledrom ipoh, perak
 
8.30 pg - 12.30 tghari
 
Hari ini program dimulakan dengan kelas teori bike-fit.Tujuan bike-fit adalah  untuk menentukan kesesuaian basikal secara spesifik keatas atlet itu sendiri.Dengan kaedah ini atlet dapat mengenalpasti kesesuaian basikal dari segi saiz basikal,ketinggian basikal dan beberapa aspek lagi. Selepas itu atlet dibawa untuk melakukan praktikal untuk bike-fit ini. Sebelum rehat tengahari, atlet dibawa masuk kedalam kelas semula untuk diberikan penerangan tentang penggunaan veledrom.Antara pengisiannya ialah tentang penggunaan line dalam veledrom,saiz-saiz veledrom dan acara-acara yang ada di dalam trek.
 
3.00 ptg - 6.30 ptg
 
Atlet dibawa masuk ke dalam veledrom untuk tujuan praktikal teknik-teknik latihan dan warm-up.Antara teknik latihan yang diberikan perhatian pada hari ini ialah standing start, rolling start dan seated accelerations. Terdapat kemalangan kecil yang didalam trek dan hanya melibatkan kecederaan ringan dan telahpun mendapatkan rawatan sepatutnya.
 
Latihan praktikal terpaksa disambung di hadapan veledrom kerana hujan mula turun pada jam 5.00 ptg
 
Tiada sesi malam untuk hari ini kerana Jurulatih mahu kesemua atlet mendapatkan rehat yang cukup untuk program pada hari yang berikutnya.
 
Terima kasih

Saturday, March 24, 2012

KEJOHANAN MEMANAH SIRKIT KEBANGSAAN 1/12 MELAKA



LAPORAN HARI KE-2 (23 MAC 2012)
 
i. Pagi ini saya telah membuat semakan kepada keputusan pertandingan acara 90m kerana berdasarkan pengiraan sendiri, saya dapati ada kesilapan dalam menentukan pemenang pingat. Berita gembira buat pasukan Pelapis apabila pihak penganjur mengesahkan kemenangan pingat Emas kepada Atiq Bazil Bakri dalam acara tersebut. Ini bermakna PK menyapu bersih 2 pingat Emas yang ditawarkan pada hari pertama kategori recurve lelaki.
 
ii. Hari ini telah berlangsung acara Single FITA 50M & 30M (L&W). Pasukan PK menambah satu lagi pingat Emas melalui Syafiq Izzuddin Sulaiman dalam acara 30m dengan skor 346 pts. Acara penyampaian pingat bagi acara ini akan diadakan esok petang.
 
iii. Pencapaian keseluruhan pasukan pelapis setelah tamat acara Single FITA adalah sepeti berikut :
 
Bil.               Nama                                                   Skor                           Jumlah
 
1. Syafiq Izzuddin Sulaiman   PK-A   90m/280, 70m/312, 50m/312, 30m/346    1,250 pts / 5th/112
2. Atiq Bazil Bakri                 PK-A   90m/299, 70m/308, 50m/306, 30m/329    1,242 pts / 7th/112
3. Faris Haziq Shuhaimi        PK-A    90m/266, 70m/318, 50m/310, 30m/341    1,235 pts / 8th/112
4. Mohd Firdaus Ishak          PK-B    90m/291, 70m/295, 50m/304, 30m/340     1,230 pts / 10th /122
5. Mohd Alif Adha                 PK-B    90m/272, 70m/310, 50m/310, 30m/336     1,228 pts / 12th/112
6. Nazir Omar                      PK-B     90m/252, 70m/306, 50m/301, 30m/332     1,191 pts /20th/122
7. Faees Rafood                   PS        90m/266, 70m/302, 50m/295, 30m/332     1,195 pts / 19th/122
8. Farah Amalina Azhar         PS        70m/243, 60m/260, 50m/254, 30m/325     1,082 pts / 14th/68
 
 
iv. Prestasi atlet2 PK agak memuaskan dengan hanya seorang atlet - Nazir Omar tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Lain2 atlet PK mencapai skor yang disasarkan dan menduduki ranking top 20 dari 112 peserta. Nazir dijangkiti selesema sejak seminggu yang lalu.
 
v. Kejayaan mencapai 3 dari 4 pingat emas yang dipertandingkan sehingga hari ke-2 acara recurve lelaki memberi kebanggaan kepada Pelapis MSN.
 
vi. Ada peningkatan skor dalam pertandingan. Prestasi ini dijangka akan terus meningkat dalam penyertaan mereka ke pertandingan2 yang berikutnya di UUM (MEI 2012) dan SUKMA (JUL 2012).
 
vii. Prestasi atlet PS : Faees Rafood mencapai skor yang agak baik. Berjaya menempatkan diri dalam top 20 dari 112 peserta. Boleh ditingkatkan lagi. Usia beliau telah mencapai 18 tahun, perlu berusaha lebih gigih supaya dapat menyertai Pelapis Kebangsaan menjelang Julai 2012.
 
viii. Pecapaian Farah Amalina agak mengecewakan. Dengan skor hanya 1,080, ia boleh dianggap rendah bagi seorang atlet PS. Mungkin atlet ini masih letih kerana baru pulang dari MSSM di Kuantan beberapa hari lalu.
 
ix. Esok akan berlangsung acara Ind. Olympic Round. Kita mensasarkan untuk menempatkan sekurang-kurangnya 3 atlet layak hingga ke sukuakhir dan 2 hingga ke separuh akhir. Tentangan hebat pastinya akan datang dari pasukan elit yang membariskan 5 atlet.
 
x. Dalam acara berpasukan, PK-A menduduki ranking ke-2 dibalakang Elit. PK-B pula di ranking ke-4. Acara Team Olympic Round akan berlangsung lusa. Kita mensasarkan FINAL kepada PK-A manakala PK-B seharusnya mampu layak hingga ke Semifinal.
 
xi. Sehingga kini tiada masalah besar yang dihadapi pasukan ini. Diharap agar semuanya berjalan lancar.
 
xii. Astro Arena dikhabarkan akan membuat liputan langsung bagi acara-acara FINAL yang akan diadakan di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang pada petang 25 Mac 2012.
 
Sekian, terima kasih.
 

Hari Terakhir Kem Atlet Pelapis Serantau 2012

Tarikh.   : 23 Mac 2012
Masa      : 6.15 am- 9.30 pm
Tempat : Dewan Putra,Rompin Beach
                    Resort, Rompin Pahang

Hari terakhir kem bermula seawal jam 6.15  dengan perhimpunan pagi seterusnya diikuti dengan taklimat program untuk hari terakhir. Jam 7.30 pagi,sesi latihan sukan dikendalikan oleh setiap jurulatih dan tamat pada jam 9.00 pagi. Setelah selesai,semua atlet bersiap untuk ke Dewan Putra Rompin Beach Resort bagi mengikuti sesi ceramah 1 pada jam 10.00 pagi. Sesi ceramah ini bertajuk Persiapan 'Mental Sebelum,Semasa dan Selepas Kejohanan' yang  dikendalikan oleh Dr Norshilawati dari Universiti Perguruan Sultan Idris. Pada jam 12.00,sesi ceramah tamat dan bersambung pada jam 3.00 ptg. Sesi ceramah 2 dan 3 dikendalikan oleh Dr Normah dari universiti yang sama. Tajuk ceramah yang di sampaikan oleh beliau adalah 'Psikologi dan Doping'. Jam 5.30 petang,sesi ceramah tamat dan atlet melakukan aktiviti riadah pada jam 6.00 ptg.Pada sebelah malam, En. Jefri Ngadirin iaitu Pengarah Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara sudi untuk hadir ke perjumpaan bersama atlet dan jurulatih dan merasmikan majlis penutup Kem Atlet Pelapis Serantau 2012. Moga dengan perlaksanaan kem ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada atlet dalam membentuk atlet yang berkualiti serta menjadi atlet Malaysia yang berjaya di masa hadapan.

Sekian.

Friday, March 23, 2012

Hari Keempat Kem Atlet Pelapis Serantau 2012


Tarikh  : 22 Mac 2012
Masa   : 6.00 am-10.00 pm
Tempat : Pusat Latihan Angkat Berat
                   Kebangsaan,Majlis Sukan
                   Negara,Rompin Pahang

Hari keempat kem seperti kebiasaan bermula dengan perhimpunan pagi serta taklimat berkenaan program yang akan berlangsung sepanjang hari. Setelah tamat perhimpunan,atlet menikmati sarapan pagi dan seterusnya jurulatih mengambil alih bagi sesi latihan sukan. Latihan tamat pada jam 8.45 pagi dan atlet kembali berkumpul untuk aktiviti 'management game' yang mana ia dilaksanakan oleh jurulatih  rekreasi  yang bertujuan membentuk ketahanan mental setiap atlet serta semangat sepasukan. Aktiviti tamat jam 1.00 petang dan atlet diberi rehat sehingga jam 5.00 petang. Kemudian, sesi latihan sukan disambung semula sehingga jam 7.00 mlm. Pada sesi malam pula, satu perjumpaan bersama pengurus sukan diadakan. Antara pengisiannya adalah sesi suai kenal setiap atlet baru dan lama, penerangan berkenaan program pelapis, perbincangan mengenai masalah-masalah atlet sepanjang berada dalam program pelapis serantau dan sesi soal jawab. Program tamat pada jam 10.00 malam.

Thursday, March 22, 2012

Laporan Semasa - Kejohanan Pole Vault - Taiwan


Assalamualakum.

Laporan.

Pertandingan pertama dalam dewan

Tarikh : 21 MAC 2012

Tempat: Nantou,Taiwan.

 

Roslinda  3.96 m (ke 4) dimenangi oleh atlet dari Korea 4.26 m,ke 2 USA 4.16 m dan ke 3 USA 3.96 m .

Fahme Zam Zam 4.58 m ke 3 (Kategori remaja),emas Taiwan 4.68 m dan ke 3 Taiwan 4.68 m

 

Pertandingan kategori antarabangsa wanita seramai 13 atlet mengambil bahagian dari negara China,Korea,Poland,USA,Jepun,Filipina dan Taiwan.

Petandingan kategori Lelaki antarabangsa seramai 15 atlet bertanding terdiri dari China,Australia,Jepun,Korea,Filipina,USA dan Taiwan.

Pertandingan remaja seramai 35 org atlet mengambil bahagian dan kebanyakannya dari taiwan serta 2 orang atlet dari Filipina.

 

Cuaca agak sejuk di sini walau bagaimanapun atlet dapat menyesuaikan diri kerana pertandingan dalam dewan.Makanan halal memang sukar didapati di sini tetapi

kami telah sedia membawa makanan  dari Malaysia.Alhamdullilah budget yang diberi amat membantu.

 

Kami akan bergerak ke Taipei pagi ini perjalanan selama lebih kurang 4 jam menaiki bas.Esok pertandingan kedua akan bernula di Taipei.

 

Sekian.Terima kasih.

 

Yang benar,

 

Mohd Manshahar b Abd Jalil

KJ Lompatan MSN/KO