Friday, March 16, 2012

Laporan awal persiapan pertandingan olahraga Zon Timur

SALAM

LAPORAN AWAL PERSIAPAN PERTANDINGAN OLAHRAGA MENGIKUT ZON (ZON TIMUR) PADA 16 MAC 2012 DI TREK LATIHAN GONG BADAK, KUALA TERENGGANU

Sehingga hari ini seramai 127 orang atlet (71 lelaki dan 56 wanita) terdiri daripada 6 pasukan iaitu USPTN Terengganu, USPTN Kelantan, USPTN Pahang, MSS Terengganu, SMK Ibrahim Fakri dan SMK Teknik Terengganu.

Pecahan mengikut kategori :

Lelaki bawah 15 - 15 orang
Lelaki bawah 21 - 56 orang
Wanita bawah 15 - 26 orang
Wanita bawah 21 - 30 orang

Acara yang dipertandingakan ialah:

100m, 400m, 1500m, 100m hurdle, 110m hurdle, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lempar cakera.

- Tinjauan awal petang dapati atlet daripada USPTN Pahang, Terengganu dan Kelantan menjalani latihan ringan bg persediaan esok hari.

- Peralatan untuk pertandingan esok telah siap sedia dan telah digunakan untuk atlet membuat latihan ringan dan warm up. SDO dan jurulatih JSM Terengganu bertungkus lumus untuk persiapan akhir.

- Perbincangan antara jurulatih PK dan jurulatih JSM terengganu mengenai penyusunan atlet dan nombor atlet serta acara yang akan dipertandingan esok mengikut waktu yang telah ditetapkan.

- Pada keseluruhan tinjauan saya kesemua persiapan dan penyediaan peralatan tiada masalah kerana menurut SDO, pertandingan esok akan dibantu oleh beberapa orang teknikal daripada Persatuan Olahraga Negeri Terengganu.

- Dilampirkan beberapa gambar bagi persiapan awal sebelum hari pertandingan diadakan.

Sekian laporan ringkas saya.

Norishah Sabidi
Pengurus Olahraga Negeri

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.