Friday, July 26, 2013

19th South East Asian Junior Table Tennis Championships

The above tournament was held in Manila Philippines from 12-16 July 2013. We have the pleasure to inform you that our team had won 2 Gold, 2 Silver and 5 Bronze as compared to 1 Gold, 1 Silver and 5 Bronze achieved in 2012. The details are as follows:

1. Gold
a. U15 Boys Singles – Leong Chee Feng
b. U15 Girls Doubles – Angeline Tang An Qi and Amanda Wong Ee Ling

2. Silver
a. U15 Girls Team
 b. U18 Girls Doubles – Lee Rou You and Ho Ying

 3. Bronze
 a. U18 Boys Team
 b. U18 Girls Team
 c. U15 Girls Singles – Angeline Tang An Qi
 d. U15 Girls Singles – Amanda Wong Ee Ling
 e. U15 Boys Doubles – Leong Chee Feng and Chua Tzong Lin

Thursday, July 25, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA AKADEMI SERANTAU MAJLIS SUKAN NEGARA PULAUI PINANG

Salam Ramadhan

Pada 23 Julai 2013 yang lalu bersamaan 14 Ramadhan 1434 Hijrah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Kuaters Institut Pendidikan (KIP) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis ini adalah julung kali diadakan semenjak perpindahan daripada PPR Desa Wawasan tahun lalu. Pihak Akademi telah menjemput wakil daripada beberapa buah agensi yang selama ini telah terlibat dengan Program Pelapis Serantau seperti MSN Pulau Pinang, Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Pelajaran Negeri, SMK Seberang Perai, SMK Bukit Mertajam, SMK Alma dan wakil media.

Pihak Akademi juga turut menjemput pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah seramai 64 oarang bagi turut sama memeriahkan majlis disamping untuk membaca doa selamat sekaligus menjadi imam kepada solat maghrib berjemaah. Majlis ini bertujuan mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan atlet, jurulatih, pengurusan akademi serta agensi-agensi yang terlibat.

Majlis telah dimulakan sekitar jam 6.45 petang dengan sesi ramah mesra Pengarah Cawangan Pelapis, En Jefri Ngadirin bersama-sama dengan atlet, jurualtih dan hadirin yang lain. Beliau juga turut menyampaikan sedikit ucapan sebelum wakil daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah membaca doa selamat sekaligus doa berbuka puasa. Hadirin berbuka puasa dengan sedikit hidangan ringan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Majlis bersambung dengan jamuan makan malam.

Sekian.


Wednesday, July 17, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (17 Jul 2013)


Menutup tirai Singapore Open Shooting Championship 2013 ialah acara 3Position Men. Acara ini diwakili oleh 5 orang atlet dan keputusan kelayakkan memperlihatkan team Malaysia berkedudukan 1 hingga 4.

Tiga  atlet iaitu Razi, Haziq dan Izham mencatatkan personal best masing masing dan bagi 2 atlet Pelapis Kebangsaan mereka telah melepasi sasaran tahunan iaitu skor tembakan 1135.

Berikut adalah keputusan akhir bagi acara 3Position Men:
1. Razi Aizat (Mas) - 1145+445.5(Gold)
2. Nur Muhd Izham (Mas) - 1133+441.3 (Silver)
3. Nik Ai'mullah (Mas) - 1126 + 430.9
4. Haziq (Mas) - 1141 + 398.1 (6th)
5. Nazirul (Mas) - 1114 + 382.7 (8th)
6. Team : Gold

Secara keseluruhannya, pasukan Malaysia telah membawa pulang 9 Emas, 4 Perak dan 8 Gangsa .  Sekalung tahniah kepada semua atlet dan jurulatih yang menyertai Singapore Open Shooting Championship 2013.

Sekian, terima kasih.


Nurehsan Hasan
Singapura   


Tuesday, July 16, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (16 Jul 2013)

Pada hari ini hanya satu acara sahaja diadakan iaitu 50M Prone Women
dimana 4 orang atlet telah mengambil bahagian dalam acara ini. Ianya
dimenangi oleh atlet dari kelab SRA (Singapore Rifles Assoc) dengan
skor tembakan 586. Team Malaysia berjaya menambah pungutan pingat
dengan 1 perak dan 1 gangsa bagi acara ini. Keputusan pertandingan
adalah seperti berikut:

50M Prone Women
1. Sally Li (Sin) - 586 (Gold)
2. Nor Fadhilah (Mas) - 584 (Silver)
3. Nur Afifah (Mas) - 582 (Bronze)
4. Juain Izni (Mas) - 581 (5th)
5. Aida (Mas) - 557 (7th)

Esok merupakan hari terakhir pertandingan dengan baki satu lagi acara
iaitu 50M 3 Positon Men dimana 5 atlet akan mengambil bahagian dengan
jumlah penembak dalam acara ini ialah 9 orang.

Sekian, terima kasih

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (15 Jul 2013)

Salam

2 acara dipertandingan pada hari ini iaitu 10M Air Pistol Men dan 50M
Rifle Prone Men. Kecemerlangan Eddy Chew di pusingan kelayakkan
dengan skor tembakan 574 dan berada di ranking pertama antara 56
penembak lain hanya berjaya mendapat pingat gangsa di pusingan akhir.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada beliau kerana berjaya memberi
saingan sengit dengan penembak lain yang lebih senior dan
berpengalaman luas dalam kejohanan world cup series, asian games &
commonwealth games.

Penembak Nik Ai'mullah yang gemar dengan acara prone berjaya di
kedudukan pertama pada pusingan kelayakkan dengan skor tembakan 596
akan tetapi disekat oleh penembak muda program pelapis negeri iaitu
Nur Muhd Izham pada pusingan akhir menjadikan keputusan kedudukan 1
dan 2 oleh team Malaysia.

Berikut adalah keputusan pertandingan pada hari ini:

10M Air Pistol Men
1. Nigel Lim (Sin) - 568 + 200.1 (Emas)
2. Shi Xiang (Sin) - 567 + 199.0 (Perak)
3. Eddy Chew(Mas)- 574 + 174.8 (Gangsa)
4. Choo Wen Yan (Mas) - 566
5. Jasmi (Mas) - 563
6. Abd Hadi (Mas) - 558
7. Zianyi (Mas) - 553
8. Team : Gold

50M Prone Men
1. Nur Muhd Izham (Mas) - 583 + 205.7 (Emas)
2. Nik Ai'mullah (Mas) - 596 + 203.4 (Perak)
3. Ong Jun Hong (Sin) - Gangsa
4. Razi Aizat (Mas) - 583 + 161.9 (4th)
5. Zul Haziq (Mas) - 581 + 99.8 (7th)
6. Nazirul (Mas) - 565 (11th)
7. Team : Gold

Rumusan pungutan pingat setakat hari ini ialah:
1. Emas - 7
2. Perak - 2
3. Gangsa - 6

Skuad Rifle Wanita akan turun bertanding dalam acara 50M Prone pada
keesokkan hari.

Sekian, laporan dari Orchard Road

Sunday, July 14, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (14 Jul 2013)

Salam

Pada hari ini telah berlangsung satu sahaja acara iaitu Air Pistol
Women. Penembak kita terpaksa bersaing dengan penembak elit team
Singapore yang membuat skor tembakan 379 dan berada di kedudukan 1
hingga 5. Kedudukan paling baik penembak kita adalah berada di tempat
ke 15 iaitu Siau Cuili.

Keputusan akhir menyaksikan pingat emas individu dimenangi oleh
Celestine (Singapore), Shilpi (India) dan Heng Meng Tin (Singapore)
manakala untuk acara berpasukan team Malaysia mendapat pingat gangsa.
Berikut adalah keputusan penembak Malaysia dalam acara:

Air Pistol Wanita
1. Siau Cuili - 364 (15th)
2. Nurul Fatihah - 351 (37th)
3. Judith - 355 (30th)
4. Siti Nurhana - 359 (25th)
5. Cheryll Anne - 352 (36th)
6. Team - Gangsa

Bagi team rifle lelaki dan wanita, mereka hanya menjalani latihan
rasmi bagi acara Prone yang akan diadakan pada keesokkan hari.

Meneruskan cabaran esok ialah skuad Pistol lelaki dengan acara Air
Pistol dan skuad Rifle lelaki dengan acara Prone Man. Diharapkan esok
akan ada keputusan yang baik bagi kedua dua skuad ini.

Sekian, terima kasih

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (13 Jul 2013)

Salam

Masuk hari kedua pertandingan, team Malaysia hanya mampu membawa
sebutir pingat gangsa sahaja iaitu melalui acara Air Rifle Men Team.
2 acara yang dipertandingkan pada hari ini ialah Air Rifle Men dan 25M
Standard Pistol Men.

2 atlet Rifle Lelaki berjaya menempah slot akhir walaubagaimanapun
hanya mampu berada di ranking ke-7 dan ke- 4 sahaja. Sekalung tahniah
diucapkan kepada mereka berdua kerana bersaing di kelompok penembak
terbaik iaitu antara pemenang 2011 sea games gold medalist dan atlet
yang baru bertanding di World Cup Spain baru baru ini.

Penyertaan pertama kali dan tidak pernah menyertai mana mana kejohanan
dalam acara 25M Standard oleh atlet Siau Zianyi menampakkan hasil
apabila mencatatkan skor yang baik iaitu 542 setara dengan rekod
pemenang tempat pertama acara junior (Sportexcel) 25M Standard Pistol
iaitu 540.

Berikut adalah keputusan bagi acara yang dijalankan pada hari ini:

10M Air Rifle Men
1. John Coombes (Aus) - 587 + 205.8 - Gold
2. Chan Keith (Sin) - 582 + 203.1 - Silver
3. Sean Liang (Sin) - 595 + 181.5 - Bronze
4. Mohd Nazirul (Mas) - 583 + 160.3 - 4th
5. Razi Aizat Adzha (Mas) - 585 + 98.9 - 7th
6. Nik Ai'mullah (Mas) - 574 - 16th
7. Zul Haziq (Mas) - 572 - 21th
8. Nur Muhd Izham - 574 - 18th
9. Team (Mas) - Bronze

25M Standard Pistol Men
1. Nigel (Sin) - 561 - Gold
2. Ajitesh (India) - 559- Silver
3. Gai Bin (Sin) - 559 - Bronze
4. Jasmi (Mas) - 549 - 5th
5. Siau Zianyi (Mas) - 542 - 6th

Menanti debaran esok ialah atlet Pistol Wanita apabila meneruskan
cabaran dengan acara Air Pistol Wanita.

Sekian, laporan dari Marina Bay.

SINGAPORE OPEN SHOOTING 2013 (12 Jul 2013)

Salam dari Orchard Rd

Hari ini merupakan hari pertama pertandingan dijalankan dimana 3 acara
telah berlangsung iaitu 10M Air Rifle Women, 50M Free Pistol dan 25M
Sport Women. Keputusan hari ini menyaksikan pasukan Malaysia berjaya
mengutip 4 emas, 1perak dan 3 gangsa. Emas berjaya diperolehi
menerusi atlet Nur Fadhilah (Air Rifle Women), Abdul Hadi Abd Malek
(50M Free Pistol), Air Rifle Women Team and 50M Free Pistol Team.

Berikut merupakan keputusan ringkas pada hari ini

10m Air Rifle Women
1. Nor Fadhilah - 392 /206.8(MAS /Gold)
2. Sally Li - 393 / 205.7 (SIN / Silver)
3. Nur Dayana Hijrah - 391 / 184.8 (MAS / Bronze)
4. Juain Izni - 382
5. Nur Afifah Tarmizy - 384
6. Team - Gold

50M Free Pistol
1. Abdul Hadi - 539 (Mas / Gold)
2. Sebastian Yeong - 528 (SIN / Silver)
3. Jasmi Mohd Zin - 522 (Mas / Bronze)
4. Choo Wen Yan - 511
5. Eddy Chew - 530
6. Team - Gold

25M Sport Pistol Women
1. Siau Cuili - 571 ( Mas / Bronze)
2. Nurul Fatihah - 558 (6th)
3. Siti Nurhana - 545
4. Judith - 511
5. Team - Silver

Esok akan berlangsung 2 acara iaitu Air Rifle Men dan 25M Standard
Pistol Men yang akan melibatkan bilangan atlet seramai 7 atlet.
Harapan pingat adalah pada atlet Razi Aizat (Rifle) dan Jasmi
(Pistol).

Sekian, laporan dari Orchard Rd

Thursday, July 11, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (11 Jul 2013)

Salam Ramadhan

Hari kedua kejohanan bermula dengan pemeriksaan senjata dan sesi
latihan bagi acara 10M Rifle, Sport Pistol Women dan Free Pistol.
Atlet telah dipecahkan mengikut kumpulan dimana Rifle ke Safra
Shooting Club dan atlet pistol di National Shooting Range.

Pada jam 11.00 pagi, telah berlangsungnya Mesyuarat Pengurus Pasukan.
Untuk makluman seramai 181 orang menyertai kejohanan kali ini yang
terdiri dari pelbagai kelab Singapore, Australia, India dan Filipina.

Kejohanan ini akan menggunakan format pertandingan baru oleh ISSF dan
menggunakan target paper. Hanya final acara 10M sahaja yang akan
menggunakan target elektronik.

Pada sebelah malam, telah diadakan taklimat ringkas bagi pergerakkan
esok serta makluman untuk atlet yang akan mula acara pada esok hari.

Sekian, terima kasih

Ehsan melaporkan dari kota singa

SINGAPORE OPEN SHOOTING 2013 (10 Jul 2013)

Salam sejahtera

Team Menembak Pelapis Kebangsaan kini menyertai kejohanan Singapore
Open Shooting 2013 yang berlangsung pada 11 hingga 18 Julai 2013.
Skuad PK terdiri daripada 16 atlet & 4 jurulatih selain penyertaan
oleh 4 orang atlet negeri yang akan ke temasya sukan remaja asia 2013
pada bulan Ogos nanti. Hotel penginapan yang disediakan oleh
penganjur adalah Hotel Royal.

Untuk makluman venue bagi kejohanan ini akan diadakan di 2 tempat yang
berlainan iaitu bagi acara Air akan diadakan di Safra Shooting Range
manakala bagi acara .22 akan diadakan di National Shooting Centre, Old
Choa Chu Kang Road.

Esok akan diadakan Mesyuarat Pengurus Pasukan pada jam 11.00 pagi di
Safra Shooting Range beserta Equipment Control bagi semua senjata yang
dibawa.

Sekian, terima kasih

Ehsan melaporkan dari kota singa

Wednesday, July 10, 2013

Seoul International Youth Fiesta 2013

Salam Ramadan dari Seoul Korea

Pada hari ini 10 Julai 2013 telah dijalankan acara berpasukan Olympic
Round bagi kategori wanita. Pasukan Malaysia telah berjaya menduduki
tempat ke tiga bagi acara ini dengan mengalahkan pasukan China.
Terdahulu pasukan Malaysia telah berjaya menundukkan pasukan Hong
Kong, India sebelum tunduk kepada pasukan Taiwan di separuh akhir.
Berikut adalah keputusan bagi acara berpasukan wanita :

Tempat pertama
Taiwan

Tempat kedua
Korea

Tempat ke tiga
Malaysia

Ke empat
China

Perlawanan akhir dan tempat ketiga empat telah dijalankan di Olimpik
Park dengan siaran langsung diadakan di Seoul.selain daripada
perlawanan akhir penonton juga telah sajikan dengan Perlawanan
pertunjukkan daripada pasukan lelaki dan wanita Korea senior yang mana
ianya merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para
pemanah yang menyertai kejohanan ini.

Sekian

Seoul International Youth Fiesta 2013

Salam dari Korea

Semlm telah dijalankan acara double 60m bagi lelaki dan wanita. Hujan
yang turun sepanjang hari sedikit sebanyak mengganggu perjalanan
kejohanan dan telah tertanggih sebanyak 2 kali akibat hujan terlalu
lebat dan petir. Walaubagaimanapun acara ini dapat dihabiskan pada
pukul 3 petang waktu Korea. Berikut adalah keputusan yang melibatkan
pemanah negara :

Lelaki
1. Lu weng Yu - Taiwan - 673 mata
2. Swansi Binod - India - 671 mata
3. Choi Geon - Korea - 669 mata
15. M. Norhairulnizam - MAS - 651 mata
25. Ahmad Afiq - MAS - 634 mata
29. M. Zarif Syahir - MAS - 623 mata

Jumlah keseluruhan peserta lelaki adalah 52 orang peserta.

Wanita
1. Lo Hsiao Yuan -Taiwan - 670 mata
2. Peng Chia Moa - Taiwan - 669 mata
3. Hsiung Mei Chien - Tiawan - 666 mata
12. Loke Shin Hui - MAS - 623 mata
24. Teoh Wen Zhing - MAS - 562 mata
26. Nur Afisa Abd Halil - MAS - 559 mata

Jumlah keseluruhan yang bertanding adalah 55 orang peserta.

Hari ini 9 Jualai 2013 akan dijalankan acara Pusingan Olimpik (Olympic
Round) lelaki dan wanita.

Atlet dan jurulatih mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua di
Cawangan Pelapis dan MSN.

Sekian laporan dari Seoul Korea

Seoul International Youth Fiesta 2013

Hari kedua kejohanan Seoul International Youth Archery Fiesta
dijalankan dengan latihan rasmi (sighter) dan pemeriksaan peralatan.
Latihan rasmi dialankan sehingga jam 3 petang waktu Korea.

Pasa pukul 5 petang diadakan upacara perasmian kejohanan oleh Datuk
Bandar Seoul. Turut hadir dalam majlis ini adalah Timbalan Presiden
Olympic Council Of Korea, Presiden Memanah Korea, bekas2 atlet memanah
yang bertaraf Olimpik diperkenalkan semasa majlis ini dan yang paling
istimewa pemenang pingat Emas Olimpik London 2012 lelaki Oh Jin Hyek
dan pemenang pingat emas wanita Ki Bo Bae turut hadir memeriahkan lagi
Majlis perasmian.

Pada hari ini 8 Julai 2013 akan dijalankan acara double 60m lelaki dan wanita.

Sekian laporan ringkas dari Izuwan Arifin di Seoul.