Sunday, July 14, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (14 Jul 2013)

Salam

Pada hari ini telah berlangsung satu sahaja acara iaitu Air Pistol
Women. Penembak kita terpaksa bersaing dengan penembak elit team
Singapore yang membuat skor tembakan 379 dan berada di kedudukan 1
hingga 5. Kedudukan paling baik penembak kita adalah berada di tempat
ke 15 iaitu Siau Cuili.

Keputusan akhir menyaksikan pingat emas individu dimenangi oleh
Celestine (Singapore), Shilpi (India) dan Heng Meng Tin (Singapore)
manakala untuk acara berpasukan team Malaysia mendapat pingat gangsa.
Berikut adalah keputusan penembak Malaysia dalam acara:

Air Pistol Wanita
1. Siau Cuili - 364 (15th)
2. Nurul Fatihah - 351 (37th)
3. Judith - 355 (30th)
4. Siti Nurhana - 359 (25th)
5. Cheryll Anne - 352 (36th)
6. Team - Gangsa

Bagi team rifle lelaki dan wanita, mereka hanya menjalani latihan
rasmi bagi acara Prone yang akan diadakan pada keesokkan hari.

Meneruskan cabaran esok ialah skuad Pistol lelaki dengan acara Air
Pistol dan skuad Rifle lelaki dengan acara Prone Man. Diharapkan esok
akan ada keputusan yang baik bagi kedua dua skuad ini.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.