Tuesday, July 16, 2013

SINGAPORE OPEN SHOOTING CHAMPIONSHIP 2013 (15 Jul 2013)

Salam

2 acara dipertandingan pada hari ini iaitu 10M Air Pistol Men dan 50M
Rifle Prone Men. Kecemerlangan Eddy Chew di pusingan kelayakkan
dengan skor tembakan 574 dan berada di ranking pertama antara 56
penembak lain hanya berjaya mendapat pingat gangsa di pusingan akhir.
Sekalung tahniah di ucapkan kepada beliau kerana berjaya memberi
saingan sengit dengan penembak lain yang lebih senior dan
berpengalaman luas dalam kejohanan world cup series, asian games &
commonwealth games.

Penembak Nik Ai'mullah yang gemar dengan acara prone berjaya di
kedudukan pertama pada pusingan kelayakkan dengan skor tembakan 596
akan tetapi disekat oleh penembak muda program pelapis negeri iaitu
Nur Muhd Izham pada pusingan akhir menjadikan keputusan kedudukan 1
dan 2 oleh team Malaysia.

Berikut adalah keputusan pertandingan pada hari ini:

10M Air Pistol Men
1. Nigel Lim (Sin) - 568 + 200.1 (Emas)
2. Shi Xiang (Sin) - 567 + 199.0 (Perak)
3. Eddy Chew(Mas)- 574 + 174.8 (Gangsa)
4. Choo Wen Yan (Mas) - 566
5. Jasmi (Mas) - 563
6. Abd Hadi (Mas) - 558
7. Zianyi (Mas) - 553
8. Team : Gold

50M Prone Men
1. Nur Muhd Izham (Mas) - 583 + 205.7 (Emas)
2. Nik Ai'mullah (Mas) - 596 + 203.4 (Perak)
3. Ong Jun Hong (Sin) - Gangsa
4. Razi Aizat (Mas) - 583 + 161.9 (4th)
5. Zul Haziq (Mas) - 581 + 99.8 (7th)
6. Nazirul (Mas) - 565 (11th)
7. Team : Gold

Rumusan pungutan pingat setakat hari ini ialah:
1. Emas - 7
2. Perak - 2
3. Gangsa - 6

Skuad Rifle Wanita akan turun bertanding dalam acara 50M Prone pada
keesokkan hari.

Sekian, laporan dari Orchard Road

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.