Friday, September 27, 2013

Islamic Games Palembang 2013

‎Atlet Pelapis dari sukan angkat berat turut menyumbang pingat kepada kontinjen negara melalui Siti Aisyah dalam acara 75kg apabila mencatat angkatan 176kg untuk menduduki tempat ketiga di belakang seorang lagi atlet negara iaitu Nur Khasida‎. Berikut adalah beberapa keputusan yang di capai oleh pasukan angkat berat untuk hari ini.

Keputusan kelas -75kg (W) :
Emas : Syrian Arab Republic (T:190)
Perak : Malaysia (182) -Nur Khasida
Gangsa : Malaysia (176) - Siti Aisyah


Keputusan kelas +75kg (W) :
Emas : Egypt (T: 235)
Perak :  Egypt (T: 220) 
Gangsa : Malaysia (T: 218) -Nur Jannah Batrisyah
Rekod Kebangsaan 125 (Clean & Jerk)

Laporan Hari Keenam - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship

26 September 2013, Khamis

Acara yang berlangsung pada hari ini adalah acara Men's Foil Team, Women's Epee Team dan Women's Sabre Team. Pasukan Malaysia hanya menghantar penyertaan bagi acara Men's Foil Team sahaja pada kejohanan hari keenam.

Sebanyak 12 negara telah menghantar penyertaan pasukan masing-masing bagi acara Men's Foil     Team dimana pasukan dari China telah berjaya menjadi juara dengan diikuti oleh pasukan dari Jepun dengan pingat perak. Manakala pasukan Hong Kong dan  Kuwait berkongsi pingat gangsa bagi acara ini. Pasukan Malaysia berada di tempat ke-10 setelah ditewaskan oleh pasukan dari Kazakstan dengan skor 44/45.

Berikut adalah keputusan bagi acara;

Women's Epee Team:
1. China
2. Jepun
3. Iran
4. Kazakstan

Women's Sabre Team:
1. China
2. Kazakstan
3. Iran
4. Jepun

Bagi acara yang akan berlangsung esok adalah Men's Epee Team, Women's Foil Team dan Men's Sabre Team dimana pasukan Malaysia akan menyertai ketiga-tiga acara.


Laporan dari Marina

Laporan Kem Shuzenji Suphanburi Thailand Day 2.

Laporan dari kem shusinji, Suphanburi, Thailand.

Hari 2: 26hb.9.2013


Sesi pagi
- Program training bermula dengan group "warming up"..dan flying start 100m x 2..
-aktiviti latihan hari kedua ialah flying start 333m X 3 X 2 set.
- program latihan sebelah petang standing start 333 X 3 X 2 set.

Sesi petang
- hujan turun disebelah petang menyebabkan latihan di tangguhkan sementara kemudian disambung selepas hujan.

Dari penilaian jurulatih track velodrome di suphanburi agak berat kerana persekitarannya di kelilingi oleh paya mungkin juga permukaan simen velodrome lembab ini kerana result yang dilakukan oleh atlet2 masa latihan tidak mencapai masa yang dibuat di velodrome cheras.

Sekian lapuran  dari jurulatih di Suphanburi Thailand.


Thursday, September 26, 2013

Laporan Harian Kem Shuzenjie Day 1.


Date: 25 September 2013
Tempat: Velodrome Suphanburi Thailand.

Laporan Kem CCC Shushinji ,Suphanburi,Thailand:

8.30: Perasmian oleh Timbalan presiden TCA
Di ikuti dengan penerangan oleh coach Noahiro Noda berkenaan perjalanan kem.

10.00: Ke velodrome suphanburi bagi menjalani program latihan kali pertama. Aktiviti pemanas badan (warm up) dijalankan di sekitar velodrome mengunaakan gearing 48-16.

12.30: rehat - makan tengahari.
Pengurusan hotel telah di beritahu berkenaan penyediaan makanan halal bagi  pasukan Malaysia.

2.30: kem disambung hingga jam 5 Ptg.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti flying sprint 200 m x 3 set..rehat 15min flying start 200m x3 set sebelum cooling down.
Semua atlet berada dalam keadaan baik cuma agak keletihan memandangkan baru sahaja tiiba  lewat sehari sebelum ini.

Seorang pelumba mengadu mengalami sakit belakang kerana terjatuh semasa sesi memanaskan badan.

sekian laporan dari Shupanburi Thailand

Rosli Salleh.

Laporan Hari Kelima - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship


25 September 2013, Rabu

Acara yang berlangsung pada hari ini adalah Men's Individual Sabre dan Women's Individual Foil.  Berikut adalah senarai atlet yang bertanding:

Men' Sabre :
1. Nurul Arriezat Nazreen - Elit
2. Wong Tzer Chyuan - Elit

Women's Foil :
1. Natasha Ezzra - Elit
2. Anis Syaqireen Jamaludin - Pelapis
3. Shaidatul Shafiqah - Pelapis
4. Ivy Cheah Hsiao Yong - Pelapis

Acara Men's Individual Sabre berlangsung pada sebelah pagi dimana ianya telah disertai seramai 24 orang peserta. Keputusan bagi acara ini adalah :
1. Seyed Ali Pakdaman (Iran)
2. Khalid Al Shamlan (Kuwait)
3. Farzad Baher (Iran)
4. Sun Wei ( China)
12. Nurul Arriezat Nazreen
24. Wong Tzer Chyuan

Manakala bagi acara Women's Foil Individual pula telah berlangsung pada sesi petang dan melibatkan seramai 24 orang peserta. Keputusan bagi acara ini adalah seperti berikut ;
1. Shaito Mona (Libya)
2. Wada Naoko (Jepun)
3.Chen Bingbing (China)
4. Liu Yongshi(China)
7. Natasha Ezzra Abu Bakar
21. Anis Syaqireen Jamaludin
23. Ivy Cheah Hsiao Yong
24.Shaidatul Shafiqah

Untuk acara yang akan berlangsung esok ialah Men' Foil Team, Women ' Epee Team dan Women's Sabre Team.


Laporan dari Marina

Wednesday, September 25, 2013

Kem Shuzenji 2013 dan Tour Mazandaran 2013


Tarikh: 24 September 2013

Unit Pelapis Kebangsaan telah menghantar 2 pasukan remaja yang terdiri daripada jurulatih, atlet atlet program Pelapis Kebangsaan Serantau dan negeri bagi menyertai Kem Latihan Shuzenji yang diadakan di Shupanburi Thailand yang khusus untuk acara trek yang mana dikendalikan oleh Center Cycling Shuzenji yang berpusat di Jepun.

Kem latihan ini dianjurkan di Trek 333.33 yang terdiri daripada 6 atlet dan 2 jurulatih yang bermula pada 25 september hingga 3 Oktober 2013. Berikut adalah senarai jurulatih dan atlet yang terlibat:

1. Rosli Salleh - JPM PLN Kelantan
2. Muhd Firdaus Dawod- JSM Johor
3. Ahmad Najib - Pelapis Serantau
4. Muhamad Aidil- Pelapis Serantau
5. Nur Azreena- ASZU
6. Siti Aishah- - ASZU
7. Muhd Shahriz Afendi Mohd Shanaz- kebangsaan
8. Muhd Fadhil Mohd Zonis- Kebangsaan

Kesemua atlet atlet ini berusia 16 tahun dimana ini adalah sebahagian perancangan pelapis kebangsaan bagi persediaan persiapan Ke kejohanan ACC Junior 2014.

Pasukan ini yang diketuai oleh Rosli Salleh telah berlepas ke Thailand menaiki pesawat MAS pada jam 3.00pm dan 10.30 pm.


Pasukan trek endurance remaja pula akan menyertai kejohanan lebuhraya di Mazandaran Iran yang akan bermula pada 26 September hingga 3 Oktober 2013. Kejohanan ini berbentuk Tour dimana terdapat 5 stage yang akan dijalankan setiap hari dan jarak yang berlainan.

Kejohanan ini merupakan program utama yang didalam pelan priodisasi program pelapis kebangsaan. Kejohanan ini juga bertaraf 2.1 horns diperingkat UCI dan ramai pelumba pelumba remaja asia yang terdiri dari negara Kazakstan,Armenia,Turki,Uzbekistan dan Kelab dari tuan rumah. Diberitakan juga pasukan dari Terengganu juga akan menghantar penyertaan ke kejohanan ini. 

Untuk rekod pasukan remaja telah berjaya memenangi jersi hijau (pecut) melalui Muhd Al Ghazali pada tahun 2010 dan Sofian Nabil Omar Mohd Bakri pada tahun 2011 malah bukan itu sahaja beliau juga berjaya memenangi salah stage di jelajah tersebut.

Berikut adalah senarai nama jurulatih dan atlet yang terlibat:

1. Muhd Zamani Mustarudin-ASZU
2.Muhd Hatta Abdullah-ASZU
3.Muhd Mustaqim - Pelapis Kebangsaan
4. Irwandie Lakasek- atlet PK
5.Muhd Farid Razali- atlet PK
6.Muhd Aele Shafri Rusli- Atlet PK
7. Muhd Hakimi Mohd Khir-Atlet Serantau
8.Low Jin Ming- atlet serantau

Pasukan ini telah berlepas ke Tehran pada jam 7.30 malam dengan menaiki pesawat emirates dan dijangka sampai di Tehran pada 2.30 pagi pada 25 hb September.

Sekian.

Laporan disediakan oleh Azrain

Laporan Hari Keempat - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship


24 September 2013, Selasa

Acara yang telah dipertandingkan pada hari ini ialah acara Men's Epee Individual dan Women's Sabre Individual dimana telah disertai seramai 45 orang peserta bagi acara Epee dan 22 orang peserta bagi acara Sabre.

Acara Men's Epee Individual adalah di sertai seramai dua orang atlet di bawah program Elit iaitu :
1. Mohamad Roslan b Mohamed
2. Joshua Koh I-Jie

Berikut adalah keputusan bagi acara Men's Epee Individual :
1. Jian Chenyang (China)
2. Kurbanov Ruslan (Kazakhstan)
3. Alexanin Dmitriy (Kazakhstan)
4. Jin Yichao (China)
10. Mohamad Roslan b Mohamed
11. Joshua Koh I-Jie

Bagi acara yang akan dipertandingkan esok adalah Men's Sabre Individual dan diikuti dengan acara Women's Foil Individual. Seramai dua orang atlet di bawah program Elit akan menyertai acara Sabre dan 4 orang (1 Elit, 3 Pelapis) akan memyertai acara Foil.



Laporan di sediakan oleh Marina

Laporan Hari Ketiga - 2nd Asian Under 23 Fencing Championship

23hb September 2013, Isnin

Acara pertama yang dimulakan pada hari ini adalah acara Men's Individual Foil dan diikuti dengan acara Women's Individual Epee.  Seramai 3 orang atlet Pelapis telah mengambil bahagian bagi acara Men's Individual Foil iaitu :
1. Muhammad Aqil Anuar
2. Izzul Shawal Shamsuddin
3. Syed Adil Emir Putra

Acara ini telah disertai seramai 42 orang atlet yang bermulan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir lada pukul 7.00 malam dan berikut adalah keputusan bagi acara ini :
1. Shi Jialuo (China)
2. Matsuoka Satoshi (Jepun)
3. Chan Kyle (Hong Kong)
4. Li Chen (China)
24. Izzul Shawal Shamsuddin
34. Syed Adil Emir Putra
38.Muhammad Aqil Anuar.

Melalui penilaian bersama Jurulatih, faktor kekurangan stamina dan kelemahan dari segi taktikal di kalangan atlet menjadi penyebab atlet tidak berada dalam prestasi terbaik masing-masing.

Acara yang akan dipertandingan esok adalah Men's Epee Individual yang akan disertai oleh dua orang atlet di bawah Program Elit dan acara Women's Sabre individual.

Cuaca pada hari ni seperti biasa dan suhu di sekitar 38-39celcius. Perjalanan dari tempat penginapan ke dewan pertandingan memakan masa selama 15minit dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak penganjur. Sebanyak 9 piste telah disediakan dan keadaan di dewan pertandingan agak sesak berikutan dewan yang agak kecil serta pengurusan penganjur sedikit kelam kabut.

Laporan disediakan oleh Marina

Monday, September 23, 2013

Islamic Solidarity Games

‎Atlet Karate Kata dari program Pelapis Kebangsaan menyumbang pingat gangsa pertama kepada kontinjen negara. Celine Lee yang bakal beraksi di Temasya Sukan Sea menunjukkan kemampuan untuk bersaing dengan atlet-atlet antarabangsa. Sudah semestinya kemenang beliau mengukuhkan harapan negara untuk terus cemerlang di Tamasya Sukan Negara-negara Islam ini. ‎

Tahniah

2nd Asian Under 23 Fencing Championship

22hb September 2013,Ahad

Official Weapon Check dimulakan pada pukul 2.00 petang dengan diikuti sesi Team Manager Meeting dan Referee Meeting bertempat di Kuwait Continental Hotel. Mesyuarat telah dihadiri seramai 27 perwakilan bagi pengesahan penyertaan negara masing-masing.

Bagi acara pertama yang akan bermula esok adalah Men's Individual Foil dan Women's Individual Epee. Seramai 42 orang peserta bagi acara Men's Individual Foil dan 27 orang peserta bagi acara Women's Individual Epee dari 18 buah negara antaranya ialah China, Hong Kong, Bahrain, Jepun, Iran, Iraq, Thailand, Taipei, Indonesia, Vietnam, Kazakhstan serta Qatar.

Cuaca pada hari ini agak baik dan panas serta kering dengan suhu mencecah sehingga 42celcius. Para atlet telah dinasihatkan untuk memaksimumkan pengambilan cecair bagi mengelakkan dehidrasi dan heat stroke semasa sesi latihan dan pertandingan. Laporan disediakan oleh Marina

Friday, September 20, 2013

6th EGAT Prince's Cup : Junior International Weighlifting Championships 2013


Tahniah kepada semua atlet Pelapis yang terpilih ke Kejohanan 6th EGAT Prince's Cup : Junior International Weighlifting Championships 2013 pada 14-19 Oktober 2013. Atlet Program Pelapis  akan bertolak ke Ubon Ratchatani, Thailand pada 12 Oktober 2013 dan pulang ke Malaysia pada  19 Oktober 2013. Sebagai persiapan ke kejohanan ini, semua atlet dan jurulatih dipohon untuk melapor diri bagi latihan pusat dan seterusnya ke kejohanan seperti ketetapan berikut :

Tarikh Lapor diri       : 01 Oktober 2013
Tarikh Latihan Pusat : 02 Oktober - 11 Oktober 2013
Tempat penginapan  : CASA  MSNM
Tempat Latihan         : Dewan Latihan Angkat Berat MSNM
 
Senarai atlet
 
1. Mohd Aznil Bidin (PK/KED)
2. Callixtus Daunis (PS/SBH)
3. Mohd Dinie Akmal Mat Lazat (PN/KED)
4. Constantine Clement (PK/SBH)
5. Mohd Azril Huzairi Ramli (PK/PHG)
6. Loro Wellkinson Peuji (PK/SBH)
7. KhairulAnuar Mohamad (PK/PHG)
8. Nur Fariesha Irwana Mohd Supian (PS/KEL)
9. Nur Shafia Irwanie Mohd Supian (PS/KEL)
10. Siti Aisyah Md Rosli (PS/KEL)
 
Senarai Jurulatih
 
1. Stefan Hristov Stefanov (PK)
2. Mohd Norshah Rizal  (PK)

Pengurus
1. Shaif Baharudin

Tuesday, September 17, 2013

Kejohanan Perlis Open 2013 - hari pertama


Salam...

Kejohanan hari pertama 13/9/2013 (Jumaat) adalah seperti berikut :

Pagi - 9.00am
A.  Lelaki Elite ( 98km Mass Start)
Penyertaan seramai :

1. Pelumba - 42 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 7 pasukan (Perak,MSN Elit, PDRM, Kuala Lumpur, Malaysia, TSG, Terengganu)
                                      
Keputusan perlumbaan :
1. Sofian Nabil Omar - MSN Elit
2. Amirul Anuar Jafri - Malaysia
3. Mohd. Saiful Anuar Aziz - TSG
4. Mohd. Fakhruddin Daud -:MSN Elit
5. Hoh Jin Cheng - Kula Lumpur

Pagi- 9.05am
B.  Wanita ( 74.1km Mass Start)
Penyertaan seramai :

1. Pelumba - 39 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 9 pasukan( Pelapis Kebangsaan, Perlis, Johor, Malaysia, Kuala Lumpur, ASZU, MSN Elit, Terengganu, Kedah).

Keputusan perlumbaan :
1. Jupha Somnet - Perlis
2. Nurul Suhada Zainal- Malaysia
3. Masziyaton Mohd. Radzi- Kedah
4. Nur Syazwana Mohd Jamil
5. Siti Fatimah Ismail

Petang - 3.00pm
C.  Men Junior ( 93.8km Mass Start)
Penyertaan seramai : Pelumba - 104 peserta
2. Team yang mengambil bahagian : 12 pasukan( Perlis, Terengganu, Perak, Akademi Serantau MSN, Pelapis Kebangsaan, Pulau Pinang, Kuala Lumpur,Kelantan,Johor, Pahang, Kedah, Selangor)

Keputusan perlumbaan :
1. Muhd. Hakimi Mohd. Khir - Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Faruq Daud - Johor
3. Low Ji Ming - Pelapis Kebangsaan
4. Irwandie Lakasek - Pelapis Kebangsaan
5. Muhd. Firdaus Zonis- Pelapis Kebangsaan

Untuk esok hari kedua,14/09/2013(Sabtu) acara yang akan dipetandingkan adalah :
1. Pagi 9.00am - 153.8km Mass Start
2. Pagi 9.05am - 106.5km Mass Start
3. Petang 3.00pm - 98km Mass Start

Sekian, Lapuran ringkas dari saya di Kangar, Perlis.

Suod Hussain
Jurulatih Pelapis Kebangsaan

Kejohanan lumba basikal terbuka Perlis 2013


Tarikh: 14 September 2013
Tempat:Kangar, Perlis

Hari ini melibatkan 3 kategori perlumbaan yang mana 2 sesi diadakan. Sesi pagi diadakan bermula pada jam 9.00 pagi bagi kategori lelaki elit dan wanita terbuka.Berikut adalah pemenang untuk kategori hari ini.

Kategori wanita terbuka
Distance:98km
Rider: 38 
Start 9.00 am
Finish: 12.30 pm

1. Nurul shuhada mohd zainal- Malaysia
2.Ju Pha Som Net-Msn elit
3. Masziaton mohd radzi-kedah
4.Suryani Mohamad-malaysia
5.Jaclyn Diana Andriew-Atm.

Kategori lelaki elit
Distance:152km
Start: 9.15 am
Finish: 1.00 pm

1.Mohd Nik Hazwan Zulkiflie- Pdrm
2.Mohd Saiful anuawar- Tsg
3. Muhd fakharuddin dawod- msn elit
4. Mohd sharul afiza fauzan-tldm
5.Sofian Nabil Omar Mohd Bakri- msn elit

Kategori junior lelaki
Distance:98km
Start 3.00 pm
Finish: 6.00 pm
1. Che ku mohd syamil-Terengganu
2.Azli najmi zulkepli-kuala lumpur
3.muhd mustazlee ishak- Johor

Esok akan diadakan acara kriterium bagi kesemua kategori.

Sekian.

Laporan dari Kangar oleh Azrain