Sunday, August 31, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-57 MALAYSIA

Selamat menyambut Hari Merdeka yang ke - 57 kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana anda berada.
Ikhlas dari kami warga Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara Malaysia.

Saturday, August 30, 2014

YOG NANJING 2014 : ATLET- ATLET MUDA NEGARA PULANG DENGAN KEJAYAAN DARI NAJING, CHINA

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2014 - Hari ini kumpulan atlet serta pihak urusetia terakhir yang bertugas di Nanjing, China bagi Temasya Sukan Olimpik Remaja 2014 telah selamat tiba di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) petang tadi. Semalam, kumpulan pertama tiba di KLIA bersama beberapa jurulatih dan disambut oleh para pegawai dari Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara. Turut hadir bersama ialah wakil dari Olympic Council of Malaysia Encik Chua Hong Tam dan jurulatih kepada pemain badminton Cheam Jun Wei.

Antara atlet yang tiba awal ialah dari sukan menembak, memanah, badminton, olahraga serta taekwondo bersama jurulatih masing-masing. Dua dari tiga atlet yang berjaya membawa pulang medal iaitu Cheam Jun Wei ( badminton ) dan Mohd Zarif ( memanah ) disambut meriah bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain. Walaubagaimanapun, pemenang pingat perak dan gangsa Loh Zhiayi ( akuatik terjun ) masih berada di Tanah besar China bagi meneruskan latihan di sana.

Pada hari yang sama sebelah malam pula, kumpulan kedua yang terdiri dari pihak urusetia iaitu Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin serta Encik Azrul Hisyam, Encik Rashid Ramli dan Encik Izuwan Ariffin pula tiba di KLIA setelah penerbangan tertangguh seketika di Guangzhao.

Hari ini kumpulan yang terakhir juga telah tiba pada petang tadi yang diketuai oleh Chef de Mission, Cik Wong Pei Tty bersama beberapa atlet dan juga jurulatih. Antara atlet yang tiba pada petang tadi ialah atlet sukan Gimrama , Olivia Tai bersama jurulatih.

Atlet- atlet di temasya YOG 2014 di Nanjing pada kali ini berjaya membawa pulang 1 pingat emas (sukan badminton), 2 pingat perak (sukan terjun & memanah) serta satu pingat gangsa (Sukan terjun) secara keseluruhannya. Pencapaian ini sekali gus memperbaiki pencapaian di YOG Singapore 2 pingat gangsa dari sukan terjun oleh ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg. Selain itu, beberapa atlet lain juga turut memperbaiki catatan terbaik masing-masing.

Syabas dan tahniah diucapkan!!
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Friday, August 29, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN : HARI KE - 4

Program latihan berjalan seperti yang dijadualkan sesi pagi bermula pada pukul 8.30pagi sehingga 11.30 pagi dan sesi petang pula bermula pada pukul 3.00 petang dan tamat pada pukul 6.30petang. Atlet Pelapis Negeri menjalani latihan bersama atlet Pelapis Kebangsaan di gym dan kolam dengan mengikuti program latihan yang disediakan oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Negeri. Diantara latihan yang dijalankan pada sesi pagi dan petang adalah seperti berikut:

1) Jogging & Stretching

2) Warm Up
   - point toes (5-10minit = 2set)
   - imaginasi (20x = 3set)
   - jalan papan (20× = 2set)

3) Trampoline
   - 10 jump ABC (3set)
   - 3 jump ABC (5set)
   - back jump ABC (5set)

4) Platform
   - Jump ABC front/back = 8x

5) Ground
   - Head amstand ABC (10×=5set)
   - Armstand front/back (3set)
   - imaginasi terjunam (2set)
 
6) Strength
   - situp on board
   - legup on board (10x = 5set)

7) Pool
   - 1m springboard (jump front/back ABC = 7x)
   - 3m springboard (jump front/back ABC = 7x)
   - Entry 10x

8) Sesi memperbaiki terjunam untuk pertandingan pada esok harinya.

Pada sesi malam pula adalah jamuan makan malam sempena penutupan Hari Raya Aidilfitri. Atlet dan jurulatih yang beragama islam peraga pakaian raya. Selepas jamuan makan sesi bergambar bersama Pemangku Ketua Unit USPTN Perak. Program berakhir dengan persembahan nyayian yang disampaikan oleh atlet wakil Sarawak, Jurulatih Sarawak & Perak serta persembahan tarian daripada atlet Pelapis Kebangsaan. Majlis tamat pada 10.30 malam.
Sekian laporan ringkas Kem Bakat Atlet Sukan Akuatik Terjun.

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1 / 2014 : HARI TERAKHIR

Tempat : Bandar Indera Mahkota,Pahang
Tarikh : 28 Ogos 2014

Hari ini merupakan hari terakhir Kem Bakat Menembak Siri 1 / 2014. Seawal jam 7.00 pagi, atlet telah berhimpun seperti biasa dan melakukan senaman pagi.

Setelah sarapan pagi semua atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat dengan kem telah bergerak ke lapang sasar untuk upacara penutup. Sedikit nasihat dan pandangan telah diberikan kepada atlet dalam sesi penutup ini dan berharap agar kem yang seterusnya atlet dapat meningkatkan lagi prestasi dan berada pada tahap yang terbaik. Selesai sahaja upucara penutup Kem Bakat Sukan Menembak Siri 1 / 2014, semua atlet-atlet, jurulatih dan pegawai makan tengahari sebelum pulang ke negeri masing-masing.

Kesuluruhannya, kem ini telah berjalan dengan sempurna tanpa sebarang masalah dan atlet-atlet telah memberi komitmen yang baik serta berjaya menunjukan prestasi yang memberansangkan sewaktu sesi latihan dan pertandingan dan berharap agar prestasi seperti ini dapat ditunjukan di dalam kejohanan-kejohanan yang disediakan pada masa akan datang.

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Thursday, August 28, 2014

KEM BAKAT SUKAN AKUATIK TERJUN SIRI 1 /2014 : HARI KETIGA

Program sesi pagi pada hari ini adalah penilaian fisiologi daripada pihak Unit Fisiologi Senam, ISN. Diantara penilaian yang dijalankan adalah:-

1) Anthropometry
   - Weight (kg)
   - Height (cm)

2) Power
   - Squat jump
   - counter movement jump
   - standing broad jump

3) Strength
   - max pushups
   - 15s pike

4) Speed
   - Sprinting 10m

5) Flexibility
   - stand and reach
   - shoulder flexion
   - toe point

Ujian berakhir pada pukul 12.30 tengahari  dan terus balik ke hotel untuk rehat dan makan tengahari.

Semasa ujian sedang berlangsung, satu mesyuarat bersama jurulatih dan SDO telah diadakan untuk membincang mengenai mini pertandingan yang akan diadakan pada hari terakhir kem iaitu pada 29hb Ogos 2014. Perkara-perkara yang dibincang adalah seperti acara yang akan dipertandingkan, lantikan juri, pengadil, pencatat markah, pengira markah dan susun atur atlet. Mesyuarat juga berbincang peralatan yang akan digunakan semasa mini pertandingan nanti.

Program disebelah sesi petang pula adalah aktiviti rekreasi ke Gunung Lang. Aktiviti-aktiviti di Gunung Lang adalah menaiki bot ke seberang tasik, memberi makan kepada ikan, melawat mini zoo dan bermain di taman permainan. Dengan menjalankan aktiviti sebegini dapat mengurangkan stress dikalangan atlet.

Manakala program sesi malam pula adalah ceramah daripada Dr. Nelfianty Bt Rasyid, Pensyarah Fakulti Sains Sukan & Kejurulatihan, UPSI. Tajuk yang disampaikan adalah Psikologi dalam sukan. Psikologi adalah merupakan elemen yang penting dalam persediaan atlet cemerlang sukan terjun dimana atlet diajar teknik penafasan dengan betul, tumpuan dan pengerakan mengikut arahan yang diberikan serta imaginasi. Program sesi malam juga diselit dengan ujian mental. Atlet sangat seronok dapat bersama-sama dengan penceramah pada malam ini dan memberi tindakbalas dari dua pihak. Program malam tamat pada pukul 10.30 malam dan berakhir dengan minum malam.

Sekian, laporan dari Kem Bakat Sukan Akuatik (Terjun).

LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

LAPORAN HARI KE - 15 YOG NANJING 2014

Loh Zhiayi adalah merupakan atlet tunggal negara yang turun beraksi pada hari ini di Olympic Sports Centre Natatorium bagi acara berpasukan campuran sukan akuatik terjun. Acara yang agak baru ini telah menyaksikan Zhiayi berpasangan dengan Alexis Jandard penerjun dari Perancis. Dengan peraturan pertandingan yang membenarkan atlet-atlet membuat pilihan sama ada ingin membuat terjunan 3m papan anjal ataupun 10m platform ini ( 3 terjunan ) , pasangan ini telah memungut sebanyak 318.20 mata dan berada di kedudukan ke 7 keseluruhan. Menutup tirai temasya kali ini dengan pencapaian pungutan pingat 1 Emas, 2 Perak dan 1 Gangsa.

Kontinjen Negara akan bertolak pulang pada 29 Ogos dan 30 Ogos 2014. Kepada semua atlet, jurulatih, Majlis Olimpik Malaysia, Persatuan Sukan Kebangsaan serta pihak yang terlibat termasuk media masa, tahniah dan terima kasih diatas kejayaan di Nanjing ini. Semoga kejayaan yang lebih gemilang akan dicapai oleh atlet Malaysia pada temasya YOG 2018 yang akan datang di Buenos Aires, Argentina.

Berikut adalah merupakan laporan prestasi keseluruhan atlet, rumusan pungutan pingat serta pencapaian atlet di temasya Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014 :


LAPORAN PRESTASI ATLET

Pencapaian atlet pelapis negara di temasya YOG kali ini amat membanggakan. Kesungguhan atlet-atlet muda negara bersaingan dalam acara masing-masing menentang atlet-atlet negara lain wajar di beri pujian.

Pada temasya kali ini seramai 20 orang atlet muda negara telah terpilih untuk membawa cabaran negara di temasya terbesar dunia di peringkat remaja. Penyertaan kali ini telah menunjukkan peningkatan berbanding penyertaan di YOG Singapura 2010 iaitu 13 orang.

Pencapaian kontinjen negara memunggut 1 emas, 2 perak dan 1 gangsa juga  telah megatasi pencapaian negara di temasya YOG 2010.  Ini merupakan penanda aras peningkatan prestasi atlet pelapis negara di mana mereka mampu membawa cabaran di peringkat tertinggi bila di perlukan.

Pencapaian Cheam Jun Wei dalam acara beregu campuran berpasangan dengan pemain dari Hong Kong Ng Tsz Yau adalah membanggakan dan menunjukan beliau mampu pergi lebih jauh dalam sukan badminton jika terus di beri sokongan dan dorongan oleh semua pihak. Walaupun beliau tewas di saingan suku akhir acara individu namum bakat beliau boleh terus di asah melalui sistem kejurulatihan yang lebih baik oleh BAM. Lebih banyak pendedahan pertandingan di peringkat tinggi mampu melonjakkan prestasi beliau bagi menyaingi pemain-pemain dari negara China, Jepun, Indonesia mahupun Eropah.

Loh Zhiayi menunjukkan sukan terjun tidak ketandusan bakat yang mampu menyerlah di temasya sukan antarabangsa dan satu hari nanti boleh mengantikan Pandalela Rinong ratu terjun negara. 1 pingat perak dalam acara 10m platform dan 1 pingat gangsa dalam acara 3m papan anjal sudah semestinya menunjukkan kebolehan dan kemampuan beliau untuk menyaingi atlet-atlet dari kuasa besar sukan terjun pada masa akan datang.

Semangat atlet muda negara dalam sukan memanah,  Mohamad Zarif Syahiir Zolkepli perlu di beri pujian apabila berjaya membantu pasangan beliau Cynthia Freywald dari Jerman untuk memenangi pingat perak dalam acara berpasukan campuran antarabangsa.

Jeremiah Loo Phay Zing telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 7 terbaik dunia dalam acara palang sejajar dan 8 terbaik dalam acara  kekuda berpelana daripada 41 gimnas seluruh dunia. Prestasi Jeremiah mambawa sinar baru dalam sukan gimnastik artistik negara dan mampu menjadi sandaran di saingan sukan SEA 2015 dan 2017.

Walaupun Kirthana Ramasamy dalam sukan olahraga gagal untuk memperbaiki catatan peribadi beliau dalam acara lompat kijang namun kejayaan beliau menempatkan diri dalam kelompok 8 terbaik dunia di saingan peringkat akhir perlu di beri pujian.

Olivia Tai Qing Tong telah berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia sukan Gimrama yang mana secara tradisinya di kuasai oleh atlet-atlet dari Rusia dan Eropah Timur.

Dalam sukan renang atlet muda Welson Sim telah berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas dengan catatan masa 8:15.84s. Pada masa yang sama juga beliau telah memperbaiki catatan terbaik peribadi beliau dalam acara 400m dn 200m gaya bebas. Angela Chieng Chui Pei juga turut berjaya memperbaiki catatan peribadi dalam acara 400m gaya bebas wanita.

Bagi atlet-atlet muda lain, mereka perlu meneruskan latihan secara bersungguh-sungguh dan memperbaiki prestasi masing-masing bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. Pengalaman bertanding di YOG perlu dijadikan panduan untuk bersaing di temasya-temasya pada masa akan datang.

Pihak Majlis Sukan Negara melalui program Pelapis telah mengadakan kerjasama yang erat bersama persatuan sukan kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Sukan Negeri di seluruh negara sejak tahun 2007 lagi bagi melaksanakan program latihan yang lebih tersusun di pelbagai peringkat.

Pada masa yang sama pihak Majlis juga telah menubuhkan Akademi dan Pusat Latihan Serantau di Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Johor bagi mempertingkatkan prestasi atlet-atlet muda negara melalui latihan yang lebih sistematik. Program Pelapis Kebangsaan juga telah di laksanakan sejak tahun 2007 bagi mengumpulkan atlet muda terbaik negara di Bukit Jalil.

Manakala di peringkat negeri pula sebanyak 269 buah pusat latihan negeri telah dibuka  dibawah kendalian 432 orang jurulatih dalam dan luar negara melibatkan atlet seramai 7187 orang. Ini merupakan 'feeder' kepada program latihan di peringkat pelapis serantau, pelapis kebangsaan dan elit.

Loh Zhiayi ( terjun ), Zariff ( memanah ), Olivia ( gimrama), Jeremiah (gimnastik), Asri dan Syazrin ( pelayaran ) merupakan produk langsung dari program Pelapis Negeri yang di laksanakan di seluruh negara bersama persatuan sukan kebangsaan/ negeri dan Majlis Sukan Negeri. Mereka telah di serapkan ke program Pelapis Kebangsaan dan Elit apabila menunjukan prestasi yang memberangsangkan di peringkat negeri.

Pihak Majlis juga sudah memulakan program Penggalakan Sukan (PPS) pada tahun 2012 di seluruh negara melibat 6 jenis sukan bagi mengembangkan bakat di peringkat akar umbi supaya lebih ramai atlet muda berumur 7-15 tahun diberi peluang latihan secara sistematik di awal penyertaan mereka. Sebanyak 63 buah pusat latihan telah dibuka dikendalikan oleh seramai 72 orang jurulatih sambilan melibatkan 749 orang atlet.

Pada masa yang sama sebagai persiapan untuk menghadapi Temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, pihak Majlis akan mengadakan perbincangan bersama pihak persatuan yang terlibat seberapa segera agar program latihan dapat di mulakan seawal tahun 2015 nanti.

Kelompok atlet muda berumur 14-15 tahun ini akan di kenalpasti dan ditempatkan secara sepenuh masa di program Pelapis Kebangsaan. Jurulatih-jurulatih khusus perlu di lantik untuk mengendalikan latihan kumpulan atlet ini. Mereka akan diberi latihan yang bersesuaian agar dapat melepasi kelayakan pada pertandingan kelayakan yang akan di adakan pada tahun 2017 dan awal 2018.











Sekian laporan dari Nanjing China.

LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM






KEM BAKAT SUKAN MENEMBAK SIRI 1/ 2014 : HARI KELIMA

Tempat : Bandar Indera Mahkota, Pahang
Tarikh : 27 Ogos 2014

Hari kelima kem bakat menembak, atlet-atlet telah menjalani ujian kecergasan yang diketuai oleh En.Shukur bin Yusuf dan dibantu staf-staf ISN yang lain. Antara ujian-ujian yang disediakan kepada atlet ialah "muscular strength", "muscular endurance" dan yoyo test. Ujian yang dilakukan mendapati atlet-atlet diperingkat negeri kurang melakukan latihan kecergasan kerana hasil yang ditunjukan atlet menembak pada ujian kali ini adalah kurang memuaskan. Ujian kecergasan seperti ini adalah amat penting dalam membantu atlet-atlet mengawal pernafasan dan kekal cergas ketika menyertai mana-mana kejohanan.

Pada sebelah petang, satu perbincangan telah dilakukan antara atlet dan jurulatih berkenaan pertandingan yang dilakukan sebelum ini. Atlet-atlet menembak yang terlibat dengan kem ini telah menunjukan prestasi yang memberansangkan. Namun beberapa aspek seperti kawalan emosi dan mental harus lebih diberi penekanan oleh atlet semasa menjalani latihan dan semasa kejohanan. Sesi penyampaian hadiah juga telah dilakukan bagi pemenang-pemenang mengikut acara masing-masing.

Satu sesi ceramah bertajuk "Inspiration & Motivation" telah diberikan kepada atlet oleh Pegawai ISN iaitu Pn.Wan Noor Afzan bt Wan Mahadi pada sebelah malam. Sesi ceramah yang diselang-seli dengan aktiviti berkumpulan memang menarik minat atlet dalam memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang ceramah berlangsung dan sesi ceramah tamat pada jam 10.30 malam.

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, August 27, 2014

PEMANTAUAN SUKAN BERBASIKAL DI PUSAT LATIHAN SERANTAU IPOH, PERAK

Tarikh   : 27 Ogos 2015
Masa    : 3:30 pm - 6:00 pm
Tempat : Pusat Latihan Serantau Ipoh, Perak

Pemantauan di Pusat Latihan Serantau Ipoh Perak merupakan pemantaun bagi kali yang ketiga dimana tujuan pemantauan dilakukan adalah bagi menilai pelaksanaan program yang dilaksanakan serta mengenalpasti isu atau masalah di Pusat Latihan tersebut.

Maklumat Pusat Latihan :

Jurulatih : Jamaludin Omar
Mekanik : Muhammad Syamir
Atlet       : 10 lelaki
                 5 atlet 17 tahun
                 5 atlet 16 tahun

Latihan : Selasa - Jumaat
               3:30 pm - 6:30 pm
               Sabtu - Ahad
               8:00 am - 1:00 pm

Penginapan : Telah menerima perabot serta peralatan rumah. Antara peralatan yang diperolehi adalah Katil, Tilam, Bantal, Meja Belajar, Ampaian, Papan Seterika.

Peralatan latihan : Telah menerima rak basikal serta peralatan baiki basikal.Alat ganti bagi tahun 2014 masih dalam proses di peringkat Majlis.

Perjumpaan bersama atlet dan jurulatih juga telah diadakan yang mana perbincangan melibatkan persekolahan dan masalah di pusat latihan. Tiada isu dibangkitkan namun aspek pemakanan perlu diberi teguran kepada pihak katerer memandangkan makanan yang disediakan dalam kuantiti yang sedikit, dua jenis lauk sahaja dan tidak mengikut pemakanan atlet. Pihak unit telah berbincang bersama En. Zahrul iaitu Pemangku Ketua Unit USPTN Perak untuk mengadakan perjumpaan bersama pihak katerer.

NANJING 2014 YOUTH WUSHU TOURNAMENT

Tarikh : 22 - 24 Ogos 2014
Tempat : Gaochun Sports Centre, Nanjing

Pengurus Pasukan:
En. Chong Kim Fatt 

Jurulatih:
En. Lim Yew Fai (Pelapis Kebangsaan) 

Atlet:
1. Cik Loh Ying Ting (Elit)
2. Cik Chan Lu Yi (Pelapis Kebangsaan)
3. En. Khaw Jun Lim (Pelapis Kebangsaan)
4. En. Calvin Lee Wai Leong (Luar)

Persatuan Wushu Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menghantar pasukan wushu ke kejohanan Nanjing 2014 Youth Wushu Tournamet yang diadakan di Gaochun Sport Center, Nanjing. Seramai 100 orang atlet dari 35 buah negara telah menyertai kejohanan ini bagi menyertai acara Taolu dan Sanda yang dipertandingkan. 

Melalui Qualification System of the Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, hanya enam (6) orang atlet terbaik sahaja bagi Kategori A dalam acara Changquan, Taijiquan & Taijijian all-round, Nanquan & Nangun all-round, Daoshu & Gunshu all-round, Jianshu & Qiangshu all-round sahaja yang layak untuk mewakili negara masing-masing mengikut acara yang dimenangi semasa 5th World Junior Wushu Championship 2014 pada 11 - 18 Mac yang lalu bertempat di Antalya, Turkey.

Kejohanan ini adalah merupakan salah satu dari empat (4) demonstration sports bagi temasya 2nd Youth Olympic Games 2014 ini iaitu sukan climbing, rollerskating dan skateboarding dimana kejohanan seumpama ini mula diperkenalkan pada Sukan Olimpik Beijing 2008.  Pihak International Wushu Federation (IWUF) mengharapkan penganjuran kejohanan kali ini  akan menjadi titik perubahan penting bagi sukan wushu dalam usaha untuk menjadi sukan rasmi Olimpik 2020.

Bagi edisi kali ini, pingat emas pertama dari arena wushu akan disampaikan oleh Presiden International Olympic Committee (IOC) iaitu Mr. Thomas Bach manakala Presiden Kehormat IOC iaitu Mr. Jacques Rogge akan menyampaikan pingat pada hari terakhir kejohanan.

Keputusan Rasmi :

1. Acara Women's Changquan
    Loh Ying Ting - Emas
    Skor : 9.56

2. Acara Men's Nanquan + Nangun all-around
    Calvin Lee Wai Leong - Gangsa
    Skor : 18.91

3. Acara Women's Daoshu + Gunshu all-around
    Loh Ying Ting - Gangsa
    Skor : 18.82

4. Acara Women's Taijiquan + Taijijian all-around
    Chan Lu Yi - Gangsa
    Skor : 18.92

5. Acara Men's Daoshu + Gunshu all-around
    Khaw Jun Lim - 4th
    Skor : 18.76

TOTAL : 1 Emas, 3 Gangsa
Gambar 1 - Venue bagi Nanjing 2014 Youth Wushu Tournament, Gaochun Sport Center.
Gambar 2 -  Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach menyampaikan pingat emas kepada Loh Ying Ting (Malaysia) yang memenangi acara Women's Changquan. 
Gambar 3 - Presiden International Olympic Committee (IOC), Mr. Thomas Bach bergambar bersama-sama pemenang pingat emas Loh Ying Ting (Malaysia), pemenang pingat perak Wei Ting Zoe Mui (Singapura) dan pemenang pingat gangsa Liu Ting Ting (Chinese Taipei) bagi acara Women's Changquan.
Gambar 4 - Presiden Kehormat International Olympic Committee (IOC), Mr. Jacques Rogge bersama-sama pemenang pingat emas Huang Xueqing (China), pemenang pingat perak Usui Kanon (Jepun) dan pemenang pingat gangsa Chan Lu Yi (Malaysia) semasa majlis penyampaian pingat bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.
Gambar 5 - Chan Lu Yi bersama pingat gangsa yang dimenangi beliau bagi acara Women's Taijiquan & Taijijian all-around.

Sekian.

LAPORAN OLEH,
SITI MARINA
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM