Tuesday, August 5, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014, GWANGMYEONG KOREA

Tarikh: 5 Ogos 2014
Tempat: Speedom Gwangmyeong Korea

Hari ini pasukan negara menjalani latihan di Velodrome Speedom bermula pada jam 1.00 hingga 3. 00 petang. Turut sama menjalani latihan pada sesi latihan hari ini pasukan dari Belgium, WCC dan Italy. Peringatan kepada pelumba pelumba juga supaya apabila membuat kayuhan diatas trek kerana terdapat pelumba dari negara lain yang turut membuat effort atau warning up. Ini bagi mengelakkan kemalangan berlaku didalam trek.

Penggunaan jersi trek baru turut digunakan bagi penyesuaian yang mana jersey ini sama digunakan oleh pasukan elit trek ke Sukan Komanwel baru baru ini. Keadaan trek disini juga amat baik walaupun menggunakan permukaan simen. Ini dapat dilihat masa latihan yang dibuat agak pantas berbanding di Kuala Lumpur. Penggunaan gearing dan penggunaan Disc perlu dibuat berhati-hati bagi memastikan catatan masa yang disasarkan semasa perlumbaan sebenar.

Kebanyakan pasukan telah tiba di Gwangmyeong  dan dijangka kesemua pasukan akan tiba keseluruhan pada 7hb nanti.

Kondisi kesemua atlet negara pada masa ini amat baik dan tiada sebarang kecederaan. Jadual masseur juga telah ditetapkan bagi setiap pelumba.

Sekian dari Gwangmyeong Korea.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.