Friday, August 22, 2014

LAPORAN HARI KESEMBILAN YOG NANJING 2014

Debaran kontinjen negara pada hari ini tertumpu pada acara mix double bagi sukan badminton dimana wakil tunggal negara iaitu Cheam Jun Wei yang berpasangan dengan Ng Tsz Yau dari Hong Kong bertemu pasangan China dan Thailand di peringkat separuh akhir. Kedua-dua pemain ini seakan serasi bergandingan apabila dengan mudah menundukkan lawan dengan kiraan mata 21 - 11, 21 - 8. Pingat pertama negara akan diperoleh pada esok hari dan pasangan ini akan menentukan warna pingat tersebut pada perlawanan akhir esok.

Bagi sukan akuatik renang pula, tiada sebarang kejutan dapat dilakukan pada hari ini apabila mereka hanya turun beraksi pada pusingan kelayakan bagi acara 100m Freestyle lelaki, 100m Butterfly wanita, 50m Breaststroke lelaki dan 800m Freestyle lelaki di Olympic Sport Centre Natatorium.

Pihak urus setia juga dapat meninjau sesi latihan gimnas negara, Olivia Tai Qing Tong di Nanjing Sports Institute dimana belaiu akan beraksi pada 26 Ogos bagi peringkat saringan acara Individual All Round.

Berikut adalah merupakan jadual pertandingan bagi 22 Ogos dan keputusan pertandingan 21 Ogos : 
Sekian dari Nanjing China.
LAPORAN OLEH,
AZRUL HISYAM
KETUA UNIT PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.