Sunday, August 17, 2014

LAPORAN HARI KEEMPAT YOG NANJING 2014

Temasya Sukan Olimpik Remaja kali kedua ini telah memasuki hari ke empat bagi kontinjen negara di bumi Nanjing China ini, Kesemua atlet kelihatan cergas seperti biasa dan melalui maklumbalas daripada jurulatih, tahap kecergasan atlet-atlet mereka berada di tahap yang terbaik. Pada hari ini, sesi latihan di venue pertandingan hanya dijalankan pada sebelah pagi sahaja kerana perkhidmatan bas hanya beroperasi sehingga jam 11.00 pagi sahaja. Pada sesi petang pula, atlt-atlet hanya berlatih di kawasan perkampungan sahaja iaitu lebih kepada aktiviti kecergasan.

Pada sebelah malam pula, upacara perasmian yang telah diadakan di Olympic Sports Centre telah berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan persembahan yang memukau penonton walaupun hujan telah turun sepanjang upacara ini. Dianggarkan hampir 3000 hingga ke 4000 orang pelajar telah menjayakan persembahan ini. Atlet renang negara Lim Ching Hwang telah dipilih untuk membawa Jalur Gemilang. Beberapa orang olimpian China seperti Lin Dan turut terlibat dalam upacara ini. Upacara ini selesai pada jam 10.00 malam dan atlet-atlet tlah tiba di penginapan masing-masing pada jam 11.00 malam. Esok sebanyak 3 jenis sukan akan memulakan cabaran dengan jadual seperti berikut :

Badminton
Tarikh : 17 Ogos 2014
Venue : Nanjing Sports Institute Gymnasium 
Masa   : 2.40 petang single lelaki
             3.15 petang single wanita
             7.30 mlm mixed team


Akuatik ( Renang )
Tarikh : 17 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Stadium
Masa   : 10.00 pagi saringan 400m free style


Gimnastik MAG
Tarikh : 17 Ogos 2014
Venue : Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium 
Masa : 1.30 petang - 4.00 petang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.