Thursday, August 14, 2014

KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

14 Ogos, Kuala Lumpur - Atlet berbasikal Pelapis Kebangsaan negara pulang ke tanah air pada hari ini dari kejohanan UCI World Junior Track Championship di Gwangmyeong, Korea. Mereka tiba di Lapangan terbang Antarbangsa Kuala Lumpur pada pukul 4.21 petang tadi dan disambut oleh beberapa pegawai dari Cawangan pelapis MSN, jurulatih negeri, rakan-rakan atlet berbasikal serta ahli keluarga. Kejohanan kali ini disertai oleh Muhd Afiq Huznie Othman, Akmal Hakim Zakaria, Asyraf Naim Ying, Ahmad Muazzam Iman Mustaffa Kamal, Muhd Firdaus Mohd Zonis, Muhd Shariz Afendi Mohd Shanaz, Muhd Khairil Nizam Rasol, Muhd Fadhil Mohd Zonis dan Farina Shawati Mohd Adnan.

Di dalam kejohanan ini, Muhd Firdaus Mohd Zonis telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara 1km ujian masa. Beliau mencatat masa 1:04.161 dalam perlumbaan ini yang hanya memisahkan 0.156 milisaat beliau dengan pemenang pingat perak oleh pelumba dari negara Russia dengan masa catatan 1:04.005. Perbezaan masa beliau dengan pemenang pingat emas hanya 01.588 milisaat yang mencatat masa terpantas 1:02.558 dari negara republik Czech. Kemenangan ini juga mencatatkan sejarah apabila negara memenangi dalam dalam disiplin sprinter yang mana sebelum ini pingat gangsa yang dimenangi oleh Muhd Adiq Husainie dalam disiplin endurance iaitu scratch pada tahun 2009 di Moscow.

Dalam kejohanan ini juga, Muhd Firdaus Mohd Zonis telah memecahkan rekod baru remaja kebangsaan apabila mencatat masa 10.309 yang berkedudukan tempat ke 8 dalam ranking manakala Muhd Shariz Afendi membuat rekod peribadi terbaik beliau dengan mencatat masa 10.714 berkedudukan tempat ke 22. 

Secara keseluruhannya, Malaysia berada di tempat ke-15 dan berkongsi kedudukan dengan negara Armenia. Hanya 16 buah negara sahaja berjaya mendapatkan pingat dari 33 buah negara yang mengambil bahagian. Tempat pertama ialah Australia, tempat kedua Russia dan ketiga New Zealand.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.