Monday, August 18, 2014

KEJOHANAN 6TH KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Hari ini 17 Ogos 2014 merupakan hari ketiga dan juga merupakan hari terakhir bagi pelayar-pelayar senior dan junior untuk meneruskan perlumbaan di Pantai Batu Laut Selangor setelah keadaan cuaca dan angin yang kurang baik pada. Hari kedua kejohanan menyaksikan sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi atlet.

Pada hari ini perlumbaan telah bermula pada pukul 10.00 pagi dan keadaan cuaca juga begitu baik. Dilaporkan juga keadaan angin dengan bacaan 4 knot sedikit sebanyak menceriakan suasana kejohanan dan para pelayar juga nampak bersemangat untuk meneruskan perlumbaan. Para pelayar berjaya menamatkan 3 pusingan perlumbaan pada hari ini dan menjadikan keseluruhan kejohanan dengan 4 pusingan.

Perlumbaan telah tamat pada jam 3.00 petang dan diteruskan dengan penyampaian hadiah yang telah disempurnakan oleh Exco Belia & Sukan Negeri Selangor iaitu YB Tuan Dr. Ahmad Yunus b. Hairi.

Berikut adalah keputusan pada hari terakhir kejohanan:

Optimist keseluruhan lelaki
1) Muhammad Izzudin Abd Rani (Trg)
2) Abd Latif Mansor (Trg)
3) Umar Al-Farouq (Trg)

Optimist keseluruhan wanita
1) Nurin Arisha bt Mohd Azman (Jhr)
2) Nur Aishah bt Rose Ramlee (Sbh)
3) Ummu Nurdiana bt Rozaini (Sel)

Int 420 lelaki
1) Muhammad Isan b Ali
Mohd Akiyuddin Mat Zaki (Pel Keb)

2) Ali Imran b Othman
Ikrami Hakimin b Markham (Trg)

3) Alif Safares b Azmi
Mohd Amirul Mukminin (Trg)

Int 420 wanita
1) Nor Adriana Adlyana
Siti Nur Fatihah (Pel Keb)

2) Nur Aqilah bt Zailani
Nur Hanisah bt Abu Talib (Sel)

3) Nur Hamizatul Amira
Aini Khairiyah bt Hamidi (WP)

Laser 4.7 lelaki
1) Ahmad Khairulhafiz b Ahmad Khambali (Pel Keb)
2) Asmawi bin Azman (Trg)
3) Mohamad Aiman Hakim (Phg)

Laser 4.7 wanita
1) Nor Naeilah bt Norhassan (Sbh)
2) Al Yauma Akma (Trg)
3) Nuur Fatin Solehah bt Abd Rahman (Trg)

Laser Radial lelaki
1) Zul Aqir Helmy b Hasan (Sel)
2) Muhd Farhan b Hamid (Sel)
3) Muhamad Hariz Safwan b Ismail (Pel Keb)

Laser Radial wanita
1) Nurul Hanis bt Mohd Razali (Prk)

Laser Standard Class
1) Muhammad Amirul Mustaqim (Trg)
2) Harisfabillah Muhammad (ATM)
3) Muhammad Firdaus b Mohd (Trg)

Sekian terima kasih

LAPORAN OLEH,
DINI SUHAMIE
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.