Wednesday, August 13, 2014

ATLET-ATLET MUDA NEGARA MENGGALAS CABARAN KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK REMAJA DI NANJING, CHINA

13 Ogos 2014, Kuala Lumpur - Hari ini kontingen atlet muda negara seramai 20 orang atlet bertolak ke Nanjing, China diketuai oleh Wong Pei Tty bekas pemain badminton kebangsaan Malaysia. Turut serta ialah para jurulatih sukan-sukan yang terlibat seperti Wan Mohd Khalmizan (memanah), Hadri Zainal (pelayaran), Zainal Abas dan Ithnin Mahadi (olahraga), Yulia Ivanova (gimrama), Zhou Kejian (badminton) dan ramai lagi.

Keberangkatan kontingen disaksikan sendiri oleh pengarah dan para pegawai Cawangan Pelapis bagi memberi semangat kepada para atlet untuk berjuang di Nanjing nanti. Beberapa pegawai pengiring telah pun berada di lokasi pertandingan bagi meninjau situasi dan keperluan pasukan di sana nanti. Selain itu, beberapa ibu bapa turut serta hadir bagi menemani anak masing-masing sebelum bertolak.

Diharapkan agar semua atlet berusaha mencapai prestasi terbaik dan membawa pulang kemenangan. Selamat maju jaya diucapkan!
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.