Sunday, August 17, 2014

KEJOHANAN KFC SELANGOR OPEN REGATTA 2014

Kejohanan KFC Selangor Open Reggata 2014 yang berlangsung selama 3 hari bermula pada 15 Ogos 2014 hingga 17 Ogos 2014 di Pantai Batu Laut, Kuala Langat Selangor telah membuka tirai kejohanan dengan penyertaan dari 12 buah negeri yang dijangka akan menunjukan persaingan yang sengit semasa kejohanan 3 hari berlangsung.

Pada hari pertama kejohanan yang bermula pada jam 3 petang hanya mampu menyaksikan kebanyakan acara seperti laser radial, laser standard, international 420 dan optimis terpaksa dijalankan dengan hanya 1 perlumbaan sahaja dan laser 4.7 dengan 2 perlumbaan. Ini adalah disebabkan oleh keadaan angin yang tidak begitu kuat iaitu 2 knot yang menyebabkan perlumbaan terpaksa diberhentikan dan disambung pada keesokan harinya.

Pada hari kedua kejohanan 16 Ogos telah menyaksikan tiada perlumbaan dapat dijalankan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Pada sebelah pagi hujan lebat yang berlarutan sehingga pukul 10 pagi sedikit menggangu kosentrasi para pelayar untuk meneruskan perlumbaan. Perlumbaan yang bersambung pada sebelah petang terpaksa dihentikan akibat tiada bantuan angin dan ternyata nasib tidak menyebelahi para pelayar pada hari kedua ini.

Berikut adalah keputusan pada hari pertama kejohanan berlangsung:

Int 420 lelaki
1) Muhamad Isan Ali
Mohd Akiyuddin Zaki (Pelapis Keb)

2) Alif Safares Azmi
Mohd Amirul Mukminin (Trg)

3) Ali Imran Othman
Ikrami Hakimin Markham(Trg)

Int 420 wanita
1) Nor Adriana Adlyana
Siti Nurfatihah (Pelapis Keb)

2) Nur Aqilah Zailani
Nur Hanisah Abu Talib (Sel)

3) Nur Hamizatul Amira
Aini Khairiyah Mohd Hamidi (WP)

Laser Radial lelaki
1) Muhd Farhan Hamid (Sel)
2) Muhamad Mustakim (ATM)
3) Khalid bin Medin (ATM)

Laser Radial wanita
1) Nurul Hanis Mohd Razali (Prk)

Laser Standard Class
1) Muhamad Firdaus (Trg)
2) Muhamad Amirul Mustaqim (Trg)
3) Muhammad Dhiaurrahman (Ked)

Laser 4.7 lelaki
1) Mohd Zahimul Hakim (Sbh)
2) Ahmad Khairulhafiz A.Khambali (Pelapis Keb)
3) Putera Aidil Hafiy Mohd Fuad (N.Sem)

Laser 4.7 wanita
1) Nur Naeilah bt Norhassan (Sbh)
2) Nuur Fatin Solehah (Trg)
3) Nurul Safira Mohd Saad (Pelapis Keb)

Sekian terima kasih.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMIE
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.