Tuesday, August 5, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN UCI WORLD JUNIOR TRACK CHAMPIONSHIP 2014 GWANGMYEONG KOREA

Tarikh : 4 Ogos 2014
Tempat : Gwangmyeong Korea

Pasukan negara telah selamat tiba di Gwangmyeong Korea pada jam 7.30 pagi waktu Korea. Sejurus tiba di Aiport Incheon pihak penganjur telah membawa pasukan negara bersama pasukan Australia ke hotel penginapan di Novotel Ambassador yang jarak perjalanan mengambil masa 1 jam. Perbezaan masa di Korea dan Malaysia adalah 1 jam lebih awal.

Kebanyakan pasukan telah tiba awal dimana pasukan Germany telah tiba 2 hari lebih awal bagi menjalani latihan disini. Hari ini juga merupakan latihan rasmi bagi setiap negara yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Latihan rasmi di trek bagi setiap pasukan diperuntukkan hanya 2 jam setiap sesi. Pasukan negara berkongsi latihan bersama pasukan Belgium, WCC, France,Armenia yang bermula pada jam 4 hingga 6 petang.

Speedom Velodrome ini terletak didalam daerah Gwangmyeong iaitu di selatan Korea yang mana boleh menempatkan 30 ribu penonton dalam satu masa. Velodrome ini juga merupakan Velodrome Indoor yang terbesar di Korea Selatan yang berkeluasan 333.33 meter lantai permukaan menggunakan simen khas.

Latihan hari ini juga lebih kepada penyesuaian ttek dan juga pengunaan gearing yang sesuai serta disc. Kesemua atlet berada didalam baik cuma terdapat beberapa atlet yang dilaporkan sakit tekak dan selsema ringan mungkin disebabkan perubahan cuaca. Esok latihan akan bermula pada jam 1.00 hingga 3.00 perang ditempat yang sama.

Sekian laporan dari Gwangmyeong Korea.
LAPORAN OLEH,
AZRAIN MOHAMED
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.