Friday, August 15, 2014

SATU HARI LAGI KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK REMAJA 2014 NANJING

Debaran temasya Sukan Olimpik Remaja kian memuncak dengan hanya berbaki sehari lagi sebelum upacara perasmian temasya YOG edisi kedua ini pada 16 Ogos 2014. Para atlet muda negara giat menjalankan latihan menyesuaikan diri sebelum beraksi di padang masing-masing. Termasuklah para pegawai yang mengiringi bertungkus-lumus membantu kontingen dari segi pengurusan dan persiapan. 

Antara atlet lain yang akan beraksi pada 18 Ogos 2014 nanti ialah :

18/8
ISNIN
Badminton
9.00 Pg  - 11.55 Pg
Perseorangan L - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Nanjing Sport Institute Gymnasium
Perseorangan W - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
1.30 Ptg  - 4.25 Ptg
Perseorangan L - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Perseorangan W - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
6.30 Ptg - 9.25 Mlm
Beregu Campuran - Peringkat Kumpulan
Cheam Jun Wei
Beregu Campuran - Peringkat Kumpulan
Lee Ying Ying
Akuatik Renang
10.00 Pg - 11.08 Pg
200m Ind Medley Lelaki - Saringan 1
Lim Ching Hwang
Nanjing Olympic Sport Centre Natatorium
200m Butterfly Wanita - Saringan 1
Yap Siew Hui
200m Freestyle Lelaki - Saringan 1
Lim Ching Hwang
6.04 Ptg - 6.09 Ptg
200m Butterfly Wanita - Akhir
Yap Siew Hui
6.09 Ptg - 6.14 Ptg
200m Freestyle Lelaki - Akhir
Lim Ching Hwang
7.10 Mlm - 7.15 Mlm
200m Ind Medley Lelaki - Akhir
Lim Ching Hwang
Pelayaran
11.00 Pg - 6.00 Ptg
Men's One Person Dinghy - Kelayakan
Asri Azman
Jinniu Lake Sailing Venue
Women  One Person Dinghy - Kelayakan
Nurshazrin Mohamad Latif
Menembak
9.00 Pg - 10.15 Pg
10m Air Pistol ( L ) - Kelayakan
Abd Hadi Abd Malek
Fangshan Shooting Hall
11.15 Pg
10m Air Pistol ( L ) - Akhir
Abd Hadi Abd Malek
Lim Ching Hwang selaku flag bearer kontingen negara layak ke YOG 2014 menerusi world ranking dalam acara 100m dan 200m gaya bebas lelaki apabila mencatatkan 50.87saat ketika di 50th MILO/ PRAM Invitational Age Group KL pada April tahun ini. Beliau yang baru berusia 18 tahun menduduki tempat pertama untuk merebut tiket ke pentas YOG Nanjing.

Sukan pelayaran pula melibatkan dua orang atlet iaitu Asri Azman dan Nurshazrin Mohamad Latif yang layak melalui continental ranking. Kedua atlet ini baru berumur 16 tahun dan cemerlang di BYTE Asian Championship Qualification di Langkawi pada Februari tahun ini. Nurshazrin dan Asri masing-masing mendapat tempat pertama dan ke-4 untuk layak ke YOG 2014 dalam acara Byte II.

Manakala bagi sukan menembak pula, Abdul Hadi Abdul Malek yang kini atlet elit negara mendapat wildcard berdasarkan Minimum Qualification Score (MQS) dengan 540 mata ketika di 7th Asian Airgun Championship di Kuwait Mac tahun ini.

Selamat berjuang dan selamat maju jaya diucapkan kepada atlet-atlet muda negara kita!

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.