Sunday, February 26, 2012

Pertandingan Olahraga Zon Utara

Salam 1 Malaysia

Pertandingan Olahraga Zon Utara telah dijalankan dengan mencapai objektif pertandingan bagi memberi pendedahan kepada atlet dari Pusat Latihan Negeri menyertai serta dapat menilai prestasi atlet dibawah program.

Jumlah penyertaan pada penganjuran sulung ini adalah seperti berikut :.                

Perlis - 14 Atlet, 
Kedah - 25 Atlet, 
P.Pinang - 26 Atlet, 
ASZU - 12 Atlet, 
Perak - 7 Atlet, 
SMK Mutiara Impian - 81 Atlet, 

Jumlah keseluruhan atlet 165 atlet (L-98) (W-67) dan tambahan penyertaan meningkat kepada 180 semasa mesyuarat pengurus pasukan.

Jumlah penyertaan yang sedikit bagi pasukan PLN Perak adalah disebabkan tarikh pertandingan bertembung dengan tarikh pertandingan MSS Perak.

Sebanyak 8 acara iaitu 100m lelaki dan wanita, 100m berpagar wanita dan 110m bagi kategori lelaki, 400m, 1,500m, lompat tinggi, lompat jauh, melontar peluru dan cakera serta tambahan acara baling tukul besi dan 3,000m kerana ada penyertaan semasa mesyuarat pengurus pasukan dijalankan pada jam 8.00 pagi telah dijalankan dan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Rumusan kejohanan

1. Kebanyakkan PLN hanya menumpukan hanya acara balapan dan dilihat dari penyertaan bagi lompatan hanya kurang dari 8% sahaja.
2. Dapat dilihat penyertaan bagi kategori wanita masih berkurangan hanya 26 atlet wanita bagi umur dibawah 15 dan 21 tahun yang menyertai.
3. Penyertaan atlet dibawah 15 tahun amat berkurangan dengan hanya 11penyertaan dari lelaki dan 13 wanita dengan tidak mengambil kira penyertaan dari SMK Mutiara Impian.
4. Kualiti yang ditunjukkan bagi acara lompat jauh dan lari berpagar teknik larian dan lompatan adalah sangat lemah.

Walaubagaimanapun pertandingan kali ini dapat dijalankan dalam suasana yang meriah dan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pentadbiran, jurulatih dan atlet Akademi Serantau Zon Utara yang bertungkus lumus untuk menganjurkan pertandingan ini. Ucapam terima kasih juga kepada SDO dan jurulatih PLN yang turut memberi sumbangan sepanjang pertandingan berlangsung.

Sekian laporan dari Kompleks MPSP Seberang Perai.

Laporan di sediakan oleh:
Mohd Norizuwan