Friday, February 10, 2012

Perjumpaan Bersama Jurulatih Berbasikal PLN: Kejohanan ACC 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti didalam perancangan Cawangan Pelapis, hari ini seramai 10 orang jurulatih JPM dan JSM Berbasikal Pelapis Negeri telah melaporkan diri di Majlis Sukan Negara bagi melibatkan diri di Kejohanan Asian Cycling Championships (ACC) 2012 di Veledrom Cheras, Kuala Lumpur. Jurulatih terlibat akan terlibat di kejohanan ini sehingga 12 Februari 2012 yang mana mereka perlu melakukan beberapa tugas pemantauan dan menimba pengalaman sebaik mungkin dengan di kejohanan bertaraf antara bangsa ini.

Satu taklimat ringkas telah diadakan pada jam 2.30 Petang di bilik Dahlia, MSN. Memandangkan Ketua Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu cikgu suod terikat dengan jadual kejohanan yang ketat,  Sesi penerangan ini telah dikendalikan oelh En. Rosli Salleh.

Beberapa pecahan kumpulan telah dibuat seperti berikut:-

KUMPULAN A
1. Ahmad Musa - TRG
2. Firdaus Daud - JHR
3. Jatin Imat      - SBH

KUMPULAN B
1. Khairul Anuar Bahadun   - KED
2. Zulkarnain Mat Zaki        - KEL
3. Hishamuddin Mohd Zaki  - PRK

KUMPULAN C
1. Shahril Abu Bakar                  - NS
2. Mohd Fauzi Hashim               - PAH
3. Rozimi Omar                         - TRG
4. Syed Mohd Faizal Syed Idrus - TRG

Jurulatih terlibat akan membentangkan tugas-tugas yang diberikan ini secara berkumpulan pada malam besok bersama-sama Ketua Jurulatih. 

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.