Wednesday, February 15, 2012

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ACC 2012 LEBUHRAYA






Hari ini melibatkan 3 pelumba negara yang menyertai acara individu pursuit bagi kategori waniata junior,lelaki junior dan women elit.

Acara individu pursuit lelaki junior dimulakan pada jam 9 pagi yang mana sejauh 25.6km iaitu pelumba perlu melakukan 2 pusingan. Wakil negara iaitu Mohd Firdaus Abdul Karim hanya menduduki tempat keenam dari 17 peserta dengan catatan masa 35:46.003.

Pingat emas dimenangi oleh peserta dari Hong Kong dengan catatan masa 3:44.846 pingat pingat diperolehi menerusi pelumba Jepun dengan catatan masa 34:23.912. Pingat gangsa pula oleh pelumba Kazakstan dengan catatan masa yang dibuat 35:27.972.

Muhd Firdaus Karim tidak bernasib baik pada perlumbaan ini kerana kesilapan comMisaire yang mengakibatkan pelumba tersebut kehilangan masa sebanyak 16 saat semasa permulaan. Mengikut perkiraan masa pelumba tersebut boleh menduduki tempat ke lima.

Acara individu pursuit wanita elit pelumba negara yang diwakilli oleh Masziyaton Mohd Radzi memperolehi tempat 7 daripada 13 pelumba dengan catatan masa 40:08.759.

Pingat emas dimenangi oleh pelumba korea dengan catatan masa 35:15.944, pingat perak oleh pelumba jepun dengan catatan masa 36:41.153 manakala pingat gangsa diperolehi oleh pelumba dari china dengan catatan masa 37:01.792.

Bagi acara individu pursuit women junior pelumba junior harapan Noor Azian Maslin Sazali tidak bernasib baik kerana hanya dipisahkan hanya 12 saat dari pemenang pingat gangsa dari vietnam dengan catatan masa 19:47.440 manakala pelumba vietnam 19:35.219.pemenang pingat emas oleh pelumba dari hong kong dengan catatan masa 18:37.290 pingat perak oleh pelumba dari korea dengan catatan masa 19:35.219.

Esok perlumbaan yang melibatkan pelumba negara

Individu pursuit men elit 38.4km -3 laps
mohd fauzan mohd lufti

Individu pursuit under 23 38.4 km
nik mohd azwan zulkiflie

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh:
Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.