Monday, February 20, 2012

LAPORAN HARI TERAKHIR KEJOHANAN ACC 2012 LEBUHRAYA






Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan yang acara kemuncak iaitu acara lebuhraya lelaki elit yang mana jarak kayuhan sejauh 179.2km dan seramai 69 pelumba mengambil bahagain dan hanya 53 pelumba sahaja yang berjaya menghabiskan pelumbaan.

Acara ini dimulakan pada jam 9.00 pagi yang mana pelumba perlu melakukan kayuhan sebanyak 14 pusingan. Pemenang pingat acara ini di menangi oleh pelumba dari hong kong iaitu wong kam po yang beliau juga pemenang pinagt emas sukan asia 2010 bagi acara yang sama. Pingat perak pula dimenangi oleh seorang pelumba berpengalaman iaitu pelumba dari iran mehdi sohrabi yang mana beliau di nobatkan sebagai pelumba terbaik asia bagi tahun 2011. Pingat gangsa pula diperolehi menerusi pelumba dari japan nishitani taiji.

Pelumba negara muhd zamri salleh hanya menduduki tempat ke 4 apabila pecutan akhir bersama pemenang nampak masih jauh ketinggalan. Adiknya muhd hariff salleh hanya menduduki tempat ke 12, manakala pelumba yang berpengkalan di melbourne amir mustafa menduduki tempat ke 43 dan akmal amrun menduduki temapt ke 53.

Kejohanan ini ditutup secara rasmi sejurus penyampaian hadiah kepada pemenang yang bendera kejohanan diserahkan kepada tuan rumah untuk edisi tahun 2012 iaitu negara india yang mana kejohanan pada tahun hadapan akan diadakan di new delhi iaitu gelanggang sukan komanwel 2010 pada 1-7 march 2013.

Sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh:
Azrain

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.