Tuesday, June 30, 2015

LAPORAN KESELURUHAN KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON SIRI 2/2015

Tarikh  :  12 – 14 Jun 2015
Tempat  :  Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Borneo

Pengenalan
Laporan ini bertujuan untuk memberikan makluman mengenai Kejohanan Pelapis Peringkat Zon siri 2/15 yang telah diadakan pada 12 hingga 14 Jun 2015. 

Latar Belakang
Kejohanan Pelapis Peringkat Zon ini diadakan untuk memberikan kejohanan pendedahan di peringkat umur bawah 16 tahun bagi atlet yang tidak pernah menyertai kejohanan.  Kejohanan ini  melibatkan 8 jenis sukan iaitu Angkat Berat, Gimnastik, Olahraga Memanah, Menembak, Sepaktakraw, Tinju dan Terjun.  Kejohanan ini juga merupakan salah satu kaedah untuk mencari bakat baru bagi sukan berkenaan.

Kandungan
Kejohanan Pelapis ini  hanya melibatkan 4 Zon sahaja iaitu Utara (Kedah), Tengah (Wilayah Persekutuan), Selatan (Melaka) dan Borneo (Kuching).  Walaubagaimanapun Kejohanan Peringkat  Zon Borneo di Kuching Sarawak diubah tarikh kepada 14 hingga 16 Jun 2015 kerana negeri Sabah terlibat dengan Sukan Sabah. Kejohanan Peringkat Zon Timur yang akan dianjurkan olah Negeri Pahang terpaksa ditangguhkan pada bulan Ogos 2015  disebabkan  pertembungan tarikh dengan Program Sukan Remaja Pahang.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan keseluruhan seramai 1654 orang yang terdiri daripada 1385 orang atlet dan 269 orang pegawai dan jurulatih.  Jumlah ini berkurangan daripada siri 1/2015 iaitu seramai 2342 orang kerana tiada penyertaan daripada Zon Timur.  Sebanyak 8 jenis sukan dipertandingkan melibatkan 5 peringkat  umur  iaitu 10 , 12 , 14 , 15  dan 16 tahun.  Juara keseluruhan mengikut zon adalah seperti berikut:
  1. Zon Utara          - Pulau Pinang
  2. Zon Tengah       - Wilayah Persekutuan
  3. Zon Selatan       - Johor
  4. Zon Borneo        Sarawak

STATISTIK PENYERTAAN DAN PUNGUTAN PINGAT
Laporan Oleh,
Encik Suhaimi Yaakub
Unit Khidmat Sokongan
Bahagian Atlet MSN

Thursday, June 11, 2015

#SG2015. Rangkuman Aksi Atlet Malaysia pada 10.06.2015

10 Jun 2015 – Secara keseluruhannya hari ini Malaysia menambah lagi 6 emas, 5 perak dan 6 gangsa. Pingat emas melalui sukan Ekuestrian, Billiard dan Snuker, Tenpin Boling, Gimnastik Artistik serta Skuasy (2) . Manakala pingat perak dari sukan Gimnastik Artistik, Skuasy (2) dan Renang (2). 6 pingat gangsa terdiri daripada sukan Gimnastik Artistik, Menembak Tenpin Boling (2) dan Renang (2).

Sharmini mencipta kejutan dalam sukan Ekuestrian dengan merangkul pingat emas dalam acara Jumping Individual tanpa sebarang penalti mengalahkan atlet dari Singapura untuk pingat perak. Manakala sukan Billiard & Snuker serta Tenpin Boling menepati sasaran pingat emas untuk terus menambah bilangan pingat emas negara. Bagi sukan Skuasy, dominasi negara tidak dapat dinafikan apabila pingat emas dan perak bagi kategori lelaki dan wanita disapu bersih oleh pemain Malaysia. Emas buat Rachel Mae dan Sanjay Singh, manakala perak untuk Vanessa Raj dan Muhammad Addeen Idrakie.

Farah Ann dari sukan Gimnastik Artistik sebelum menutup tirai menyumbang 1 emas dalam acara Floor Exercise dan juga gangsa untuk acara Beam. Sekali gus secara individu menyumbang keseluruhan 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa pada temasya kali ini.

Perenang kebangsaan negara Khoo Cai Lin yang dulu pernah mencatat rekod dalam acara 400m Gaya Bebas hari ini tidak dapat mempertahan pingat emas tersebut dengan sekadar perak dengan catatan masa 4:17.79 saat di belakang perenang Singapura. Hari ini, Renang menyumbang keseluruhan 2 perak dan 2 gangsa melalui acara 50m Kuak Dada Wanita dan 400m Gaya Bebas Wanita untuk perak dan acara 50m Kuak Dada Wanita dan 15000 Gaya Bebas Lelaki untuk gangsa.

Sementara di Bukit Jalil wira-wira negara disambut kepulangan mereka iaitu atlet-atlet akuatik terjun dan juga Kenu. Terjun menyapu bersih 8 emas dan 3 perak pada temasya kali ini. Mereka disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah, Ybhg Dato’ Haji Ab. Jalil Abdullah di Lobi Casa 1 MSN yang tiba sekitar jam 7.30 petang hari ini.

Masih berbaki lagi 6 hari untuk atlet-atlet negara meneruskan perjuangan di tanah Kota Singapura. Semoga kemerlangan terus dicipta demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

#SG2015. Rangkuman Aksi Atlet Malaysia pada 09.06.2015

Pada 9 Jun 2015 (Selasa) Malaysia telah menambah pingat sebanyak 6 pingat emas, 7 Perak dan 8 Gangsa. Pingat emas disumbang melalui sukan Akuatik Terjun (2), Tenpin Boling (1) Gimnastik Artistik (1), Pelayaran (1) dan Olahraga (1). Manakala perak dari sukan Menembak (1), Pelayaran (2), Gimnastik Artistik (1), Akuatik Terjun (1), Sepak Takraw (1) dan Akuatik Renang (1). 8 pingat gangsa pula daripada sukan Olahraga (3), Gimnastik Artistik (2), Menembak (1) Tenpin Boling (1) dan Pelayaran (1).

Akuatik Terjun meneruskan penguasaan pada harini dengan penambahan 2 pingat emas sekaligus meyapu bersih 8 pingat emas dan 3 perak di Temasya Sukan Sea kali ke-28 ini. Ratu terjun negara Pandelela Rinong menghadiahkan emas dalam acara kegemaran beliau iaitu 10m Platform, manakala atlet muda Loh Zhia Yi pula merangkul pingat perak. Bagi Ooi Tze Liang bergadingan dengan Amsyar  sekali lagi menang dalam acara 3m Synchronised Springboard untuk menghadiahkan pingat emas keempat buat negara.

Muhammad Rafiq Ismail pula membuktikan bahawa beliau mampu melakukan lebih dari sasaran dengan merangkul pingat emas dalam acara Boling Lelaki Individu. Tidak ketinggalan sukan Gimnastik Artistik yang memberi kejutan apabila Tan Ing Yueh menang emas dalam acara Uneven Bar Wanita serta perak untuk Vault. Manakala Farah Ann pula menang 2 gangsa dalam acara Uneven Bar dan juga Vault.

Perenang negara yang terdiri daripada Alwyn Tan, Daniel Bego, Lim Ching Hwang serta Welson Sim turut melepasi sasaran dalam acara  Lelaki 4x100m Freestyle Relay di belakang tuan rumah Singapura. Sukan Olahraga juga masih ada sinaran apabila Iskandar Alwi mencipta rekod baru temasya dalam acara lompat kijang dengan catatan lompatan sejauh 16.76 meter. Hari ini juga menyaksikan 3 gangsa dari acara Pole Vault dan Hammer Throw daripada Grace dan Jackie Wong.

Monday, June 8, 2015

#SG2015 : RANGKUMAN AKSI ATLET MALAYSIA 08.06.2015

Pasukan Gimnastik Artistik Wanita melakukan kejutan hari ini apabila berjaya memenangi pingat emas dalam acara berpasukan. Isu pendaftaran atlet sebelum ini ditutup dengan kejayaan cemerlang pasukan gimnastik wanita ini. Syabas di ucapkan kepada Farah Ann Abdul Hadi, Siti Nur Bahirah Husniyah Ahmad, Nur Eli Ellina Azmi, Lavinia Michelle Raymund Jayadev, Tang Inn Yueh dan Tracie Ang kerana berjaya menaikan nama negara.


Seperti dijangka, penerjun-penerjun Negara tidak mempunyai sebarang halangan untuk menguasai acara masing-masing di Pusat Akuatik OCBC Singapura. Pengusaan penerjuan Negara sangat ketara meninggalkan penerjun Negara lain dengan jurang yang besar. Tahniah kepada semua pemenang iaitu Ooi Tze Liang, Chew Yi Wei, Leong Mun Yee dan Traisy Vivien Tukiet yang memenangi acara masing-masing. 

Muhammad Fauzi Kaman Shah, Muhammad Dhiauddin Rozaini, Abdul Latif Mansor, Nur Aisah Rose Ramlee dan Nor Nabila Natasha Mohd Nazri meletakkan pasukan pelayaran Negara mendahului kutipan pingat di National Sailing Centre.  Gandingan atlet-atlet muda ini berjaya memecahkan penguasaan pelayar Singapura yang diramal akan mendominasi sukan perlayaran ini. Tahniah sekali lagi kepada mereka kerana memenangi pingat emas dalam acara optimist berpasukan.


Wong Fu Kang akhirnya berjaya mendapat pingat emas pertamanya di Sukan Sea apabila memenangi acara 100m Breaststroke sekali gus mencatat rekod baru kebangsaan iaitu 1:02.46.

Sorakan padu penyokong tuan rumah memberi impak kepada corak permain pasukan bola jaring Negara dan mereka tewas 43-46 di tangan pasukan bola jaring Singapura yang membalas kekalahan di Kuala Lumpur pada Temasya Sukan Sea 2001.


LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET, MSNM

Sunday, June 7, 2015

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai


KEM PEMILIHAN ACC 2016 & KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)


Latihan pada hari ini dengan jarak kayuhan sejauh 150km dengan laluan lebih kepada kawasan berbukit di sekitar Semenyih dan Broga bertujuan melihat ketahanan setiap atlet meghadapi bentuk muka bumi sebegini dengan jarak yang agak panjang. Semua atlet berjaya menamatkan kayuhan sehingga ke Bukit Jalil sekitar jam 12.30 tengahari walaupun jarak diantara pelumba terputus kepada beberapa kumpulan kecil.

Beberapa atlet dilihat mengalami keletihan dan telah dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut akibat batuk dan demam. Keadaan atlet tidak serius dan doktor menasihati mereka untuk mendapatkan rehat yang cukup untuk kembali meneruskan latihan.

Tiada latihan pada sesi petang dengan hanya taklimat oleh jurulatih dilakukan dan sesi oleh ISN berkenaan pemakanan dan "doping" yang sepatutnya dijalankan pada malam hari akan dibawa ke hari Isnin.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai

KEM PEMILIHAN ACC 2016

Hari ini giliran atlet-atlet "junior" menjalani ujian "Wattbike" pada sesi pagi dengan kesemua atlet diuji dengan ujian yang sama bagi menilai tahap kekuatan dan ketahanan disamping mengambil profil setiap atlet bagi tujuan penyimpanan data.

Sesi petang latihan seperti biasa di trek dengan jurulatih menerapkan latihan kepada cara-cara serta teknik perlumbaan di dalam trek. Terdapat beberapa atlet yang masih kekok kayuh di atas trek memandangkan latihan mereka di negeri hanya di atas jalanraya.

Sesi video pada waktu malam bagi kesemua atlet "junior" dan "senior" menayangkan beberapa video kejohanan-kejohanan lepas yang disertai oleh atlet negara. Tayangan ini bertujuan memeberi sedikit gambaran bagaimana perlumbaan diperingkat lebih tinggi serta ulasan daripada jurulatih tentang teknik, taktik, kesalahan, peraturan dan pelbagai lagi isu-isu yang akan timbul semasa perlumbaan diperingkat tertinggi. Dengan sesi video ini atlet-atlet dilihat lebih bermotivasi untuk capai tahap lebih tinggi dalam karier sebagai atlet berbasikal.

KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)
  
Latihan hari ini atlet-atlet menjalani latihan bersama-sama pasukan senior (NSC Continental) dengan latihan meliputi jarak sejauh 120km. Atlet-atlet dilihat lebih bersemangat walaupun pada awalnya mereka dilihat agak takut dan malu untuk sama-sama menjalani latihan.

Atlet diberi rehat pada waktu petang dengan taklimat ringkas daripada jurulatih bagi menerangkan program latihan yang akan datang bagi memudahkan atlet bersedia dari segi mental dan fizikal.

Sehingga hari ini kesemua atlet "junior" dan "senior" masih di dalam keadaan baik dan bersemangat untuk terus menjalani latihan.

Sekian, terima kasih.

Friday, June 5, 2015

LAPORAN HARIAN KEM PEMILIHAN ACC 2016 & FAST TRACK (TRACK ENDURANCE) SUKAN BERBASIKAL

Tempat : MSN, Bukit Jalil
Tarikh : 2 - 12 Jun 2015
Penyertaan : 30 orang atlet & 7 orang jurulatih/pegawai

KEM PEMILIHAN ACC 2016

Hari kedua kem, sesi pagi atlet dibawa menjalani kayuhan dijalanraya sejauh lebih kurang 100km dari Bukit Jalil sehingga ke Mantin bagi melihat teknik dan skil kayuhan secara berpasukan serta ketahanan setiap atlet.

Sesi petang latihan di trek dimana atlet diberi tunjuk ajar mengenai peraturan-peraturan di trek dari segi semasa perlumbaan dan juga peraturan-peraturan am di trek. Disamping itu atlet telah diajar mengenai teknik-teknik serta skil bagi perlumbaan di trek.

Atlet telah diberi rehat pada waktu malam kerana keesokan harinya kesemua atlet akan diuji di makmal ISN menggunakan "Wattbike" Ujian ini bertujuan mendapatkan data-data setiap atlet serta menguji tahap ketahanan setiap atlet dari segi "endurance" serta "power

KEM FAST TRACK (TRACK ENDURANCE)

Sesi pada hari ini kesemua atlet telah dibawa ke makmal ISN bagi ujian "Wattbike" bagi mendapatkan data-data dan profil setiap atlet. Atlet dibahagikan kepada tiga kumpulan kerana peralatan yang tidak mencukupi.

Sesi "Wattbike" pada waktu petang dilihat lebih mencabar kerana setiap atlet diuji bagi melihat ketahanan "enjin" masing-masing dengan kuantiti kayuhan lebih panjang berbanding sesi pagi. Terdapat beberapa atlet yang muntah tetapi keadaan mereka tidak membimbangkan. 

Hasil ujian dilihat memberangsangkan dimana atlet-atlet tersebut dapat memenuhi tahap yang diperlukan.

LAPORAN OLEH,
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
Pengurus Sukan Berbasikal
Bahagian Atlet, MSNM

#SG2015 : RANGKUMAN AKSI ATLET MALAYSIA 04.06.2015

Kejayaan pasangan renang irama Negara iaitu Kartina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey memenangi pingat emas pertama negara bagaikan pembakar semangat kepada Kontinjen Negara untuk memburu lebih banyak pingat didalam sukan masing-masing. Pasangan emas ini telah berjaya mengekalkan pingat emas Negara dalam acara yang sama di Temasya Sukan Sea Palembang pada tahun 2011.

Sekali lagi Kartina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey bersama perenang yang lain telah menyumbang pingat perak kepada Negara melalui acara Team Free Combination Routine apabila menduduki ranking kedua dari pasukan renang irama tuan rumah yang menggunakan sepenuhnya sokongan padu penyokong tempatan untuk menguasai kolam renang di Pusat Akuatik OCBC Singapura.
Ng Sock Khim dari sukan ping pong nyaris mencipta sejarah apabil tewas kepada pemain muda dari Thailand iaitu Sawettabut Suthasini dalam perlawanan akhir yang penuh dengan debaran dan drama tersendiri. Ng Sock Khim yang berumur 31 tahun gagal mengawal perasaan di saat akhir perlawanan apabila melakukan beberapa kesilapan mudah yang di manfaatkan oleh pemain Thailand untuk menewaskan beliau dengan 4-3. Ng Sock Khim yang di sasarkan untuk membawa pulang pingat gangsa telah membuktikan bahawa umur beliau tidak boleh dijadikan sandaran untuk tidak mencuba nasib untuk memenangi pingat emas. Tahniah kepada beliau dan pasukan ping pong Negara.

Pasukan lawan pedang Negara masih mencari formula yang mampu menjelmakan pingat emas untuk mereka pada hari ke 2 pertandingan lawan pedang di Dewan 2 Arena OCBC. Nurul Affiq Nazril Bin Ismail hanya mampu layak ke peringkat suku akhir apabila tewas kepada Vietnam 8-15.
Pasukan bola jaring Negara masih meneruskan kemenangan di peringkat kumpulan apabila menewaskan Thailand 71-32. Kem pasukan bola jaring di ceriakan dengan kedatangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara yang sudi memberi kata-kata semangat kepada mereka sebelum perlawanan.




LAPORAN OLEH,
JEFRI NGADIRIN
PEMANGKU PENGARAH
BAHAGIAN ATLET MSN