Thursday, June 11, 2015

#SG2015. Rangkuman Aksi Atlet Malaysia pada 10.06.2015

10 Jun 2015 – Secara keseluruhannya hari ini Malaysia menambah lagi 6 emas, 5 perak dan 6 gangsa. Pingat emas melalui sukan Ekuestrian, Billiard dan Snuker, Tenpin Boling, Gimnastik Artistik serta Skuasy (2) . Manakala pingat perak dari sukan Gimnastik Artistik, Skuasy (2) dan Renang (2). 6 pingat gangsa terdiri daripada sukan Gimnastik Artistik, Menembak Tenpin Boling (2) dan Renang (2).

Sharmini mencipta kejutan dalam sukan Ekuestrian dengan merangkul pingat emas dalam acara Jumping Individual tanpa sebarang penalti mengalahkan atlet dari Singapura untuk pingat perak. Manakala sukan Billiard & Snuker serta Tenpin Boling menepati sasaran pingat emas untuk terus menambah bilangan pingat emas negara. Bagi sukan Skuasy, dominasi negara tidak dapat dinafikan apabila pingat emas dan perak bagi kategori lelaki dan wanita disapu bersih oleh pemain Malaysia. Emas buat Rachel Mae dan Sanjay Singh, manakala perak untuk Vanessa Raj dan Muhammad Addeen Idrakie.

Farah Ann dari sukan Gimnastik Artistik sebelum menutup tirai menyumbang 1 emas dalam acara Floor Exercise dan juga gangsa untuk acara Beam. Sekali gus secara individu menyumbang keseluruhan 2 emas, 1 perak dan 3 gangsa pada temasya kali ini.

Perenang kebangsaan negara Khoo Cai Lin yang dulu pernah mencatat rekod dalam acara 400m Gaya Bebas hari ini tidak dapat mempertahan pingat emas tersebut dengan sekadar perak dengan catatan masa 4:17.79 saat di belakang perenang Singapura. Hari ini, Renang menyumbang keseluruhan 2 perak dan 2 gangsa melalui acara 50m Kuak Dada Wanita dan 400m Gaya Bebas Wanita untuk perak dan acara 50m Kuak Dada Wanita dan 15000 Gaya Bebas Lelaki untuk gangsa.

Sementara di Bukit Jalil wira-wira negara disambut kepulangan mereka iaitu atlet-atlet akuatik terjun dan juga Kenu. Terjun menyapu bersih 8 emas dan 3 perak pada temasya kali ini. Mereka disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah, Ybhg Dato’ Haji Ab. Jalil Abdullah di Lobi Casa 1 MSN yang tiba sekitar jam 7.30 petang hari ini.

Masih berbaki lagi 6 hari untuk atlet-atlet negara meneruskan perjuangan di tanah Kota Singapura. Semoga kemerlangan terus dicipta demi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.