Wednesday, June 3, 2015

#SG2015: Rangkuman Pencapaian Kontinjen Negara pada 02.06.2015

Misi memburu pingat kontinjen negara bermula hari ini dengan langkah kanan apabila ‎pasangan acara bergu wanita negara iaitu Lee Rou You dan Ho Ying dalam sukan ping pong membuktikan bahawa pengalaman sahaja tidak boleh dijadikan sandaran jika tidak di sulami dengan semangat juang yang tinggi. Mereka telah berjaya melakar sejarah apabila memunggut pingat gangsa setelah menewaskan pasangan dari Thailand dalam saingan suku akhir sebelum tewas dengan pasangan dari negara tuan rumah di peringkat separuh akhir. Melayakkan diri ke separuh akhir sudah menjanjikan sebutir pingat di kutip oleh pasukan ping pong.

Pasukan bola jaring menterjemahkan hasrat untuk pulang sebagai juara Sukan Sea 2015 apabila mengikat tuan rumah Singapura 35-35 dalam satu perlawanan kumpulan yang penuh aksi mendebarkan. Ini sekaligus meletakkan mereka sebagai pasukan yang di lihat berkemampuan untuk mengekang penguasaan Singapura di peringkat akhir nanti.

Pasangan renang irama Katrina Abd Hadi dan Lee Yhing Huey berjaya menguasai arena kolam renang dengan mengungguli tempat teratas acara duet technical routine dihadapan pencabar terdekat mereka iaitu Singapura. Mereka akan meneruskan saingan esok (03.06.2015) dalam acara duet technical routine yang bermula jam 1 untuk penentuan pingat emas. Semoga kesungguhan dan prestasi yang cemerlang di hari pertama akan di teruskan pada hari kedua.


Pasukan bola sepak negara tidak bernasib baik apabila ditewaskan oleh Vietnam 5-1 ‎di Bishan Stadium. Kegagalan pasukan muda negara mengekang aksi pantas pemain Vietnam menyebabkan beberapa gol dijaringkan dengan mudah di tambah pula dengan kesilapan pemain pertahanan yang gagal menghantar kemas ke belakang yang di akhiri dengan gol ke 4 Vietnam. 


Esok pasukan negara akan meneruskan cabaran dalam beberapa sukan seperti bola jaring, ping pong, ‎renang irama dan lawan pedang. Diharap permulaan yang baik pada 2hb diteruskan esok. Selamat maju jaya.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.