PERFORMANCE REPORT 2013

PROGRAM PELAPIS
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA

LAPORAN PRESTASI PROGRAM PELAPIS TAHUN 2013

Pelbagai program telah di laksanakan sepanjang tahun 2013 bagi mempertingkatkan lagi prestasi atlet di bawah program. Lebih banyak peruntukan di salurkan bagi memberi pendedahan pertandingan dan latihan di peringkat kebangsaan, serantau dan negeri. Usaha untuk mencari lebih ramai bakat-bakat baru juga diteruskan melalui penganjuran lebih banyak program mengenal pasti bakat dengan usaha sama pihak ISN. Pembangunan sukan di peringkat negeri diperkukuhkan dengan menambah bilangan pusat latihan After School Program (ASP) yang memberi peluang kepada murid yang baru berjinak-jinak dengan sukan untuk menjalani latihan yang lebih sistematik dan berterusan.

PELAPIS KEBANGSAAN

Seramai 263 orang atlet telah menjalani latihan secara sepenuh masa di dalam program Pelapis Kebangsaan di bawah kendalian seramai 8 JLN, 27 JPM dan 5 JSM. Atlet-atlet di bawah program diberi lebih banyak pendedahan kejohanan di luar negara berbanding tahun-tahun sebelum ini bagi membolehkan mereka menimba pengalaman dan mengukur prestasi sebenar mereka apabila bersaing dengan atlet-atlet negara lain.

PELAPIS SERANTAU

Tumpuan telah diberikan bagi menambah kualiti program latihan yang dijalankan di Akademi Serantau di Pulau Pinang dan pada masa yang sama pusat-pusat latihan serantau juga telah diberi perhatian bagi memastikan lebih ramai atlet muda di peringkat negeri diberi peluang menjalani latihan secara sepenuh masa di pusat-pusat tersebut. Seramai 99 orang atlet telah menjalani latihan secara sepenuh masa di dalam program Pelapis Serantau  di bawah kendalian seramai 2 JLN, 12 JPM dan 4 JSM.

PELAPIS NEGERI

Program kerjasama yang diadakan bersama Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan negeri diteruskan pada tahun 2013. Lebih ramai atlet telah di kenal pasti dan menjalani latihan harian di pusat-pusat latihan negeri di seluruh negara. Seramai 5589 orang atlet sedang menjalani latihan harian secara sambilan di 266 pusat latihan seluruh negara di bawah kendalian seramai 22 JLN, 61 JPM dan 262 JSM. Tumpuan telah diberikan bagi mempertingkatkan program binaan dan pemantauan pelaksanaan program melalui USPTN.

AFTER SCHOOL PROGRAM (ASP)

Lebih banyak pusat ditubuhkan di seluruh negara bagi mengembangkan program ini. Pusat-pusat ASP menjadi “feeder” kepada PLN sedia ada dan lebih ramai atlet ASP telah di pilih untuk menjalani latihan harian di PLN-PLN di peringkat negeri. Sebanyak 38 pusat ASP telah ditubuhkan melibatkan seramai 499 orang atlet dan 42 orang jurulatih di seluruh negara.

Maklumat Program 2013
Program
Pusat
Jurulatih
Atlet
Pelapis Kebangsaan
19
40
263
Pelapis Serantau
5
18
99
Pelapis Negeri
266
345
5589
After School Program
38
42
499
Jumlah
328
445
6450


PENCAPAIAN SEPANJANG TAHUN 2013

Atlet-atlet di bawah program Pelapis diberi pendedahan di pelbagai peringkat bagi memastikan  mereka sentiasa bersedia untuk membawa cabaran negara apabila di perlukan. Sepanjang tahun 2013 ini para atlet pelapis di pelbagai peringkat telah menyertai sebanyak 64 kejohanan luar negara dan 188 kejohanan dalam negara. Berikut adalah maklumat kejohanan yang telah disertai:-

Program
Luar Negara
Dalam Negara
Jumlah
Pelapis Kebangsaan
57
82
139
Pelapis Serantau
7
33
40
Pelapis Negeri

73
73
Jumlah
64
188
252


TEMASYA SUKAN SEA 2013

Seramai 64 orang atlet Pelapis telah terpilih untuk mewakili negara ke Temasya Sukan SEA 2013 di Myanmar. Dari jumlah 64 orang yang terpilih, 41 orang atlet telah layak secara merit melalui kategori A manakala selebihnya adalah dari kategori B.

Program
Jurulatih
Atlet
Jumlah
Pelapis Kebangsaan
11
63
74
Pelapis Serantau
-
-
-
Pelapis Negeri
-
1
1
Jumlah
11
64
75


Atlet Pelapis telah berjaya meraih 9 Emas, 6 Perak dan 15 Gangsa yang mana merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan atlet Pelapis di dalam Temasya Sukan Sea sejak tahun 2007. Pencapaian ini membuktikan bahawa atlet Pelapis mampu membawa cabaran negara sekiranya diberi peluang.


Temasya
Penyertaan
Jumlah Pingat
Emas
Perak
Gangsa
Sukan SEA Korat 2007
42
4
1
8
Sukan SEA Laos 2009
40
2
7
6
Sukan SEA Indonesia 2011
51
4
4
13
Sukan SEA Myanmar 2013
64
9
6
15

Dengan program yang lebih tersusun dan pendedahan pertandingan yang lebih banyak, barisan atlet pelapis berjaya membantu menambah pungutan pingat kontinjen negara. Berikut adalah senarai pemenang pingat di temasya tersebut:

PINGAT EMAS
Sukan
Acara
Nama Atlet

Wushu
Taolu (Women) - Qiangshu (Final)
Phoon Eyin

Menembak
50m Free Pistol Ind.
Eddy Chew

Karate
Kata Berpasukan Lelaki
Emmanuel Leong Theng Kuang
Leong Tze Wai
Lim Chee Wei

Pencak Silat
Seni - Ganda
Nur Syazreen / Nor Hamizah

Karate
Ind. Kumite
-60kg
Sentil Kumaran Selvarajoo

Karate
Ind Kumite
-68kg
Shree Sharmini Segaran

Olahraga
Lontar Cakera
Muhammad Irfan

Karate
( Kumite )
Berpasukan
Nisha
Syakilla
Shree Sharmini
Elena Anis

Olahraga
Lompat Tinggi
Nauraj Singh


  
PINGAT PERAK
Sukan
Acara
Nama Atlet
Karate
Ind. Kumite
-67kg
Sharmendran Ragonathan
Menembak
10m Air Pistol
( Ind )
Eddy Chew
Karate
Kumite
Team
Govinash Raja Kumar
Hatta Mahamut
L Kunasilan
Sharrma Jayaraman
Shaharuddin Jamaludin
Theeban Govindasamy
Olahraga
Tukul Besi
Cassier Renee Kelly Lee
Pelayaran
Int 420
Nuraisyah Jamil
Umi Norwahida
Pelayaran
Optimist
Diahuddin Rozaini

PINGAT GANGSA
Sukan
Acara
Nama Atlet
Wushu
Taolu (Women) - Jianshu (Final)
Phoon Eyin
Menembak
50m Free Pistol Berpasukan
Eddy Chew
Abdul Hadi Abdul Malek
Karate
Kata Berpsaukan Wanita
Celine Lee
Khaw Yee Voon
Joey Wong Jia Rou
Menembak
10m Air Pistol
( Team )
Wong Guanjie Jonathan
Eddy Chew
Choo Wen Yan
Pencak Silat
Tanding
( 55-60kg )
Muhammad Saiful Syazwan Rahmat
Angkat Berat
94KG
Mohd Faiz Musa
Pelayaran
Optimist Pasukan
Uzair Amin Yusof
Dhiauddin Rozaini
Fauzi Kaman Shah
Nor Nabila Natasah
Natasya Nabila Sawal
Judo
55kg
Muhammad Jaafannuar Jamaludin
Ping Pong
Team
Beh Lee Wei
Lee You Rou
Ho Ying
Angelina Tang
Olahraga
100m H
Raja Nursheena
Judo
52KG
Noor Maizura Zainon
Judo
-63kg
Nik Norbaizura
Judo
-100kg
Muhammad Rozaini Razak
Judo
-78kg
Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir
Judo
+78kg
Noor Asnida Abd Razak


SUKAN REMAJA ASIA NANJING CHINA

Seramai 69 orang atlet muda negara telah terpilih untuk mewakili negara ke temasya Sukan Remaja Asia di Nanjing China pada 16-24.08.2013. Dari jumlah tersebut seramai 47 orang adalah dari program Pelapis.


Sukan
Pegawai
Atlet
Lelaki
Wanita
Jumlah
Angkat Berat
2
5
-
5
Akuatik Renang
2
4
7
11
Akuatik Terjun
1
2
1
3
Badminton
2
2
2
4
Bola Keranjang
1
4
-
4
Golf
2
2
2
4
Lawan Pedang
3
6
3
9
Menembak
3
6
4
10
Olahraga
3
3
3
6
Judo
1
1
1
2
Ping Pong
2
2
2
4
Skuasy
3
3
3
6
Taekwondo
1
1
-
1
JUMLAH
26
41
28
69


Atlet-atlet muda negara telah berjaya memungut 4 Emas, 6 Perak dan 7 Gangsa sekali gus membolehkan kontinjen negara menduduki tangga ke 8 dari 26 negara yang bertanding. Pencapaian ini sangat membanggakan kerana atlet-atlet muda negara telah menunjukkan semangat juang yang tinggi apabila mewakili negara di temasya antarabangsa.

Temasya
Penyertaan
Jumlah Pingat
Emas
Perak
Gangsa
Sukan Remaja Asia Singapore 2009

-
-
1
Sukan Remaja Asia Nanjing 2013

4
6
7


KELAYAKAN KE TEMASYA SUKAN OLIMPIK REMAJA NANJING CHINA 2014

Program latihan bagi penyediaan atlet ke arah Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing pada 2014 telah dimulakan pada awal 2013. Beberapa sukan seperti Memanah, Angkat Berat, Gimrama, Pelayaran dan Menembak telah menjalani latihan sepenuh masa di Pusat Latihan Kebangsaan dan Akademi Serantau.

Atlet muda memanah negara telah berjaya melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik Remaja di Nanjing pada tahun 2014 nanti apabila menduduki tempat ke 8 dalam acara recurve individu lelaki di Kejohanan Memanah Remaja Dunia di Wuzi China pada 10 -21.10.2013 yang lalu.

Praveen Nair dari sukan equestrian juga telah melayakkan diri ke Temasya Sukan Olimpik Remaja Nanjing 2014 semasa Kejohanan Kelayakan YOG di Bukit Kiara pada 11 Mei 2013 yang lalu.

Bagi sukan-sukan lain banyak kejohanan kelayakan akan bermula pada Januari hingga Jun 2014 nanti. Atlet-atlet muda negara masih berpeluang untuk melayakkan diri di kejohanan-kejohanan kelayakan peringkat benua dan dunia.

AUSTRALIA YOUTH OLYMPIC FESTIVAL (AYOF)

Majlis Olimpik Malaysia sekali lagi telah meminta agar Cawangan Pelapis menyiapkan pasukan untuk menyertai Festival Olimpik Remaja Australia yang diadakan setiap 4 tahun sekali yang mana kali terakhir di sertai adalah pada tahun 2009. Seramai 76 atlet muda berumur bawah 18 tahun telah terpilih ke kejohanan kali ini dan berjaya membawa pulang 3 Emas, 1 Perak dan 11 Gangsa. Penganjuran AYOF agak unik berbanding temasya sukan yang lain yang mana hanya sukan-sukan yang mampu memberi saingan kepada pasukan remaja Australia dijemput untuk bertanding sekali gus menyaksikan jenis sukan yang di sertai oleh kontinjen Malaysia berbeza dari satu temasya ke temasya yang lain.

Temasya
Penyertaan
Jumlah Pingat
Emas
Perak
Gangsa
AYOF 2009
66
4
3
4
AYOF 2013
76
3
1
11


TEMASYA SUKAN MALAYSIA

Saban tahun atlet-atlet Pelapis telah mewakili negeri masing-masing di Temasya Sukan Malaysia dan menyumbang pungutan pingat kepada kontinjen negeri. Untuk tahun 2013 hanya sukan gimnastik artistik di pertandingan melibatkan atlet Pelapis di pelbagai peringkat.  Seramai 39 orang atlet telah terpilih mewakili negeri ke temasya kali ini dan menyumbang pingat 2 Emas, 5 Perak dan 3 Gangsa.

Temasya
Penyertaan
Jumlah Pingat
Emas
Perak
Gangsa
SUKMA Terengganu 2008
1770
143
172
207
SUKMA Melaka 2010
1502
87
129
153
SUKMA Kuala Lumpur 2011
237
13
14
14
SUKMA Pahang 2012
1707
105
107
122
SUKMA Kuala Lumpur 2013
39
2
5
3

KEJOHANAN-KEJOHANAN LAIN

Atlet-atlet dari program Pelapis juga diberi peluang untuk bertandingan di kejohanan individu di peringkat antarabangsa. Tumpuan banyak diberikan di kejohanan peringkat SEA dan Asia bagi memastikan atlet remaja negara setanding dengan rakan sebaya mereka di negara-negara tersebut.

Sukan
Kejohanan
Penyertaan
Pencapaian
Karate
Kejohanan Karate SEAKF Manila 2013
16 orang
4 Emas 4 Perak

Kejohanan Karate K1
Indonesia 2013
8 orang
2 Emas 3 Perak 1 Gangsa
Skuasy
Asian Individual Junior Championship Jordan 2013
4 orang
2 Emas 2 Perak

British Squash Junior Open 2013
12 orang
1 Emas
Berbasikal
Kejohanan Berbasikal ACC
New Delhi 2013
16 orang
4 Emas 1 Perak 4 Gangsa






NAIK TARAF KE PROGRAM ELIT
Berdasarkan kepada prestasi semasa, seramai 40 orang atlet telah di naik taraf ke program Elit sepanjang tahun 2013. Kemampuan atlet-atlet Pelapis ini menunjukkan bahawa negara tidak ketandusan bakat-bakat muda yang berpotensi untuk mewakili negara ke temasya-temasya besar dunia.


Tahun
Pelapis Kebangsaan
Pelapis Serantau
Pelapis Negeri
Jumlah
2007
1
0
0
1
2008
8
0
0
8
2009
50
2
8
60
2010
31
3
0
34
2011
35
2
0
37
2012
36
2
1
39
2013
35
1
4
40

REKOD KEBANGSAAN

Irfan Shamsudin (atlet pelapis kebangsaan) telah memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lempar cakera di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan 2013 apabila mencatatkan 49.84 meter mengatasi rekod lama iaitu 49.33 meter. Beliau sekali lagi telah memecahkan rekod kebangsaan semasa bertanding di Temasya Sukan Sea yang lalu dengan catatan 53.16m.


PENUTUP


Kemampuan atlet-atlet pelapis bersaing dengan atlet senior di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sangat membanggakan dan ini menunjukkan mereka boleh membawa cabaran negara untuk bersaing dengan atlet-atlet negara lain di temasya antarabangsa jika diberi peluang. Pendedahan pertandingan dan latihan yang diberikan sememangnya memberi kelebihan kepada mereka di dalam mempertingkatkan lagi prestasi mereka.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.