Friday, September 11, 2015

LAPORAN SUKAN REMAJA KOMANWEL 2015 APIA, SAMOA : HARI KEEMPAT

10 September 2015
Apia, Samoa

Hari terakhir penglibatan kontinjen Malaysia di Sukan Remaja Komanwel 2015 menyaksikan kontinjen Malaysia beraksi cemerlang dengan menambah pungutan pingat iaitu 4 Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Pencapaian kontinjen negara bermula dengan pasukan Skuasy negara apabila memenangi 3 pingat Emas bagi acara bergu lelaki, wanita dan campuran. Dengan pungutan pingat tersebut menjadikan sukan Skuasy membolot ke lima-lima pingat Emas bagi acara yang dipertandingkan.

Dari venue Angkat Berat menyaksikan atlet terakhir bagi sukan Angkat Berat iaitu Jabriella Teo Samuel beraksi cemerlang dengan memperoleh pingat Emas bagi acara + 69 kg wanita. Jabriella diberi tentangan sengit daripada atlet tuan rumah, namun angkatan terakhir bagi Clean n Jerk sebanyak 103 kg memusnahkan harapan atlet tuan rumah untuk memperolehi pingat Emas. Sukan Lawn Bowls juga mempamerkan aksi cemerlang pada hari ini, dengan memberi tentangan kepada lawan dari New Zealand untuk meraih pingat Gangsa dalam acara bergu campuran. Pada sesi petang acara terakhir dari venue renang menambah lagi pungutan pingat iaitu 1 pingat Perak daripada atlet Wong Fu Kang melalui acara 200m Breastroke.

Telah tamat cabaran kontinjen Malaysia dengan pungutan pingat keseluruhan iaitu 11 Emas, 3 Perak dan 3 Gangsa dan menduduki tempat ke 4 keseluruhan daripada 63 negara sehingga hari ini. Esok akan diadakan upacara penutupan Sukan Remaja Komanwel 2015 bertempat di Apia Park. Kontinjen negara akan bertolak pulang ke Malaysia pada 13 September 2015 dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada jam 8:40 malam (waktu tempatan).

Sekian

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN MOHD NOR
PENGURUS SUKAN
BAHAGIAN ATLET

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.