Saturday, July 31, 2010

World Shooting Championship 2010 - Munich

Salam sejahtera, pagi ni keadaan cuaca agak baik berbanding semalam disebabkan hujan.Alhamdulillah kesemua item yang 'missing' telah sampai ke lapangsasar dlm keadaan baik, terima kasih pada En Razib dan semua yang telah membantu untuk mendapatkan semula item tersebut.
Acara pagi ni, Air Rifle Men Junior telah pun bermula 1/2 lps, atlet PK Hassanul ketika ini sedang beraksi manakala Shahril dan Nurrahimin akan menembak pada detail ke 2.
Manakala disebelah petang pula Johnnathan dan Low akan memulakan latihan 50m Free Pistol untuk pertandingan pada hari esok.

Sekian, doakan utk kejayaan kami semua. Wassallam.

Mohd Sabki Mohd Din
Jurulatih







Friday, July 30, 2010

Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun (Hari Terakhir)

Hari terakhir bagi Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun diteruskan pada pukul 9.00 pagi. Aktiviti pada pagi ini adalah riadah iaitu lawatan ke Pengkalan Kubor dan Pantai Genting . Aktiviti berakhir pada pukul 1.00 tghari. Jurulatih dan atlet meneruskan sesi petang dengan latihan ringan pada pukul 4 hingga 6 petang.

Pada waktu malam satu sesi iaitu sesi rumusan oleh jurulatih dan pengurus di diadakan pada pukul 8 hingga 10 malam. Daripada maklumbalas yang diberikan oleh peserta kem, rata-ratanya memberikan maklumbalas yang positif sepanjang kem berlangsung. Prestasi atlet akan dinilai pada Kejohanan Angkat Berat Terbuka Kelantan Bawah 15 tahun pada 31 Julai - 1 Ogos 2010 di Dewan Latihan Angkat Berat, Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.

Jumlah peserta yang telah didaftarkan untuk kejohanan kali ini adalah seramai 61 orang. Untuk peserta kem, selamat berjaya....!




Adam Shazan Amir
Pengurus Sukan

Report via HTC

Thursday, July 29, 2010

WYC 2010 - Cheers for Team Malaysia Girls



Hi Guys,            

Defying the odds, our young Malaysian girls caught the audience attention when our team stormed home in the last game to pip arch-rivals and favorites to take the pole position.           

Bowling the Team of Four (1st block) event, our young Malaysian girls produced a commendable performance. Starting the first game on Lane 28, Team Malaysia cruised towards a clean game path till the 8th frame when lead role, Siti Safiyah encountered a 8 split opened frame. However, Siti managed to steer home with 202 game, Fatin Syazliana strike-out for a 221 game, Jacqueline Sijore responded with 206 game while anchor-lady, Sin Li Jane suffered a last frame split to end on 196 game for a inspiring 825 total to place 6th.           

Our girls team continued their momentum in their second game as each bowler was repeating their shots. A turbulence in the 8th frame resulted in opened frame for all our girls. Siti lost her focus to end her game on 184; Fatin missed a single pin spare to finish on 167; Jacqueline bowled 192 game whilst Li Jane carried the team on her shoulder with 7 consecutive strikes to end on 239 game. Our team's score of 782 and combined total of 1607 managed to hang on 5th position.            

In the 3rd game, Siti Sifiyah was all fired up, reeling 3 consecutive strikes, followed by a spare and another 4 consecutive strikes for a remarkable 246 game. Fatin recovered from her blues to storm home for a 217 game; Jacqueline suffered a hiccup to end on 171 game. Sin Li Jane was instrumental as anchor lady as she blazed the lanes with another creditable game of 227 to escalate our team's total to 861 pinfalls. In this tight race, Jane's last frame strike out propelled Team Malaysia to leap-frog over the favorites and took the pole position in this 1st block of 3 games.          

An elated anchor-lady, Li Jane was hugged by team-mates, without realising that our team has took over the lead. "I just stayed focussed and repeat the shots on my game; thanks to the good guidance from my coaches, Foong & Azidi and motivational support provided by our psychologist, Peck Ngor' said Li Jane.           The vocal support from our Embassy staff as well as the presence of our H.E. Ambassador watching from behind and cheering our team paid dividends.          

The Team Boys' event shall commence at 1:00pm later today. 

Regards,
BC Cheah
Tali Bowl,
Helsinki, Finland 

WYC 2010 Results Boys Doubles




Alas, a refreshing day for Team Malaysia. It's heartening to watch our our young Malaysian Harimau rookies bowled their hearts out in the Boys' Doubles event at Tali Bowl yesterday afternoon.

After earning the top spot in Squad 2, Aris Ardilla and perfect game achiever, Syimir Abdul Razak have to endure the agony of waiting for another 3 hours for Squad 3 to complete their event. In Squad 3, 4 competing countries' teams were in contention for a Semi-Finals' berth. Team USA 2, England, Nederlands and Sweden were battling out. In the end, Team USA 2 was the only team to overtake Team Malaysia as 2nd seed, hence joined top seed Korea, 3rd seed Malaysia and 4th seed USA 1 to the Semi-Finals.

In the Semi-Finals, all the four teams' performances were affected by the fresh oiling. The Semi-Finals started less than 15 minutes after oiling dressing was done. All the semi-finalists scorelines were below 200 game. Syimir started off with a 8 split-frame opened and encountered another 2 split frames before reeling a double strikes to end on 169. Aris could not string his strikes and finished on 174 with 1 split frame also. Their opponents, Devin Bidwell and Jacob Peters bowled 194 & 192 respectively to win the match 386-343

His Excellency, Malaysian Ambassador, Mr. Cheah Choong Kit, his wife and staff of our Embassy were present to cheer our bowlers in action. At the medal ceremony, H.E Ambassador was invited to present the medals to the winners.

Team line-up for Girls and Boys are appended. Today, our bowlers shall bowl the 1st 3 games block.

Girls Team:- Siti Safiyah, Fatin Syazliana, Jacqueline & Sin Li Jane

Boys Team:- Aris Ardilla, Yusuf Abd Raof, Khoo Beng Khai & Syimir Abd Razak


Regards,
BC Cheah
Tali Bowl,
Helsinki, Finland

LAWATAN CDM SUKAN KOMANWEL XIX DELHI 2010 KE SESI LATIHAN SUKAN MEMANAH, PING PONG, PARA AKUATIK & PARA OLAHRAGA DI MSN (29 JULAI 2010)



LAWATAN CDM SUKAN KOMANWEL XIX DELHI 2010 KE SESI LATIHAN SUKAN MEMANAH, PING PONG, PARA AKUATIK & PARA OLAHRAGA DI MSN (29 JULAI 2010)

Sesi lawatan oleh Y.Bhg Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalif, Chief De Mission (CDM) Temasya Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 dimulakan dengan lawatan ke sesi latihan pasukan memanah di Lapang Sasar Memanah, MSN pada jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh En Ariffin Abdul Ghani, Pengarah Cawangan Elit MSN, Tn Hj Abdul Hamid Hassan, Team Leader Pasukan Memanah bersama dengan urusetia sekretariat kontinjen yang lain. Y.Bhg Tan Sri CDM telah yang juga merupakan Presiden kepada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah memberikan kata-kata semangat kepada kepada semua atlet-atlet memanah Kebangsaan yang diketuai oleh Cheng Chu Sian & S.Anbarasi. 

Seterusnya, sesi lawatan Y.Bhg Tan Sri CDM diteruskan dengan meninjau latihan atlet-atlet ping pong Kebangsaan di Gimnasium 3 MSN dimana En Chan Foong Keong, Setiausaha Kehormat PTAM bersama En Soong Poh Wah, Team Leader Pasukan Ping Pong turut mengiringi serta memberikan penerangan mengenai persiapan atlet-atlet ping pong ke arah temasya ini. Y.Bhg Tan Sri CDM telah menunjukkan bakat terpendam beliau apabila turut menguji kekuatan 2 atlet ping pong negara dengan bermain bersama Muhd Shakirin Ibrahim dan Beh Lee Wei.

Y.Bhg Tan Sri CDM seterusnya mengambil kesempatan dengan berjumpa bersama atlet Paralimpik negara bagi sukan Para Akuatik iaitu Fraidden Dawan dan David Wangyu Kulek serta atlet Para Olahraga iaitu Eryanto Bahtiar dan Ahmad Rafee Ariffin. Sesi penerangan bagi persiapan atlet Paralimpik ini telah diberikan oleh En Mohd Safrushahar Yusof, Pengarah Cawangan Paralimpik MSN bersama Dr S. Radha Krishnan, Team Leader Pasukan Paralimpik. Perjumpaan dengan 4 atlet Power Lifting tidak dapat diadakan kerana mereka ketika ini sedang beraksi di Kejohanan '2010 IPC Power Lifting World Championship' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (25-30 Julai 2010).

Secara keseluruhan, pihak Y.Bhg Tan Sri CDM amat berpuas hati dengan persiapan sebelum temasya ini berlangsung bagi pasukan memanah, ping pong dan Paralimpik ini dimana keselesaan atlet telah disediakan dengan amat baik oleh pihak MSN melalui Cawangan Elit bagi keseluruhan pelaksanaan program latihan, kemudahan penginapan, makan dan pengangkutan. Tiada sebarang masalah dibangkitkan oleh para atlet-atlet ini kepada pihak Y.Bhg Tan Sri CDM dan mereka berjanji untuk memberikan prestasi yang terbaik semasa temasya ini berlangsung nanti. Y.Bhg Tan Sri CDM juga mengingatkan kepada semua atlet agar tidak menganggap segalanya terbaik disediakan oleh pihak penganjur (Organizing Comitte) dari segi kemudahan-kemudahan yang disediakan semasa temasya berlangsung nanti serta berharap semua atlet dapat menjaga pemakanan masing-masing terutamanya berhati-hati semasa mengambil air minuman yang disediakan nanti.

Sesi lawatan Y.Bhg Tan Sri CDM tamat pada jam 11.30 pagi selepas sesi sidang akhbar bersama pihak media.
Terima kasih.
Mohd Yazid Hj Shoib
Ketua Unit Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis, MSN

Laporan Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Siri 2/2010



LAPORAN KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 2/2010 (RABU - 28 JULAI 2010)

Hari terakhir merupakan hari pertandingan dimana pertandingan bagi kedua-dua kumpulan diasingkan dengan pertandingan dimulakan bagi kumpulan B dahulu. Rutin yang akan dinilai bagi kumpulan B adalah seperti 'take off A/B' dan 'front entry B' bagi ketinggian 1 meter dan 'take off A/C' dan 'front entry B' bagi ketinggian 3 meter. Jumlah terjunan bagi pertandingan kumpulan B ialah sebanyak 6 terjunan.

Bagi pertandingan kumpulan A, rutin yang akan dinilai adalah seperti terjunan '101B', '201B', '301B', '401B', F-Sit B' dan juga 'B-A' yang melibatkan ketinggian 1, 3 dan 5 meter. Jumlah terjunan bagi pertandingan kumpulan A ialah sebanyak 6 terjunan.

Berikut merupakan pemenang bagi 'mini pertandingan' yang telah diadakan:

Kumpulan A

1. Muhammad Nazreen - WPKL (120.5 markah)
1. Muhammad Danial Sabri - WPKL (120.5 markah)
3. Adeline Chin - Selangor (120.0 markah)

Kumpulan B

1. Megan Elizabeth - Selangor (103.5 markah)
2. Ikhlas Ahmad - Selangor (98.0 markah)
3. Azie Shamimi - Johor (94.5 markah)

--
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz

Wednesday, July 28, 2010

WYC 2010 Results Boys Doubles Sqd 1



Hi Guys,           

It was a roaring phenomenon as our young Malaysian Harimau made their presence felt at Tali Bowl this afternoon.Bowling in Squad 2, Aris Ardilla and perfect game achiever, Syimir Abdul Razak caught the attention of the capacity crowd with their scintillating performances.Back by an equally ferocious supporters from team members and staff of our Malaysian Embassy, Aris & Syimir rose to the occasion with their immaculate shots.            

Syimir started off with a sub-par 183 game but rebounded with lines of 213, 212, 230, 266 & 220 for a 1324 total.Equally impressive was Aris Ardilla as he reeled 206, 204, 212, 208, 214 and stormed home with a magnificient 270 game for a 1314 6-game series. Their combined total of 2638 earned them the pole position in this squad and emerged 2nd place after 2 squads combined. The 3rd squad shall bowled at 5:00pm later.           

Barring any upset, our pair of Aris & Syimir shall make it to the Semi-Finals tonight, schedule to bowl at 8:30pm local time.   

Earlier in the morning, it was a "Ying-Yang" performance by our 1st pair in the Boys' Doubles event this morning. Khoo Beng Khai and Yusuf Abdul Raof started off cautiously with 203 and 201 games respectively. Beng Khai picked up his momentum to reel subsequent lines of 212, 226, 212, 227 & 224 for an commendable 1304 total, averaged 218. However, Yusuf could not lift up his game and bowled 174, 201, 175, 150 & 165 for a poor 1066 total. The duo's combined total of 2370 earned them a 13th placing in the squad.            

Regards,
BC Cheah
Tali Bowl,
Helsinki, Finland

WYC 2010 Results Boys Doubles Sqd 1



Hi Guys,           

It was a "Ying-Yang" performance by our 1st pair in the Boys' Doubles event this morning. Khoo Beng Khai and Yusuf Abdul Raof started off cautiously with 203 and 201 games respectively. Beng Khai picked up his momentum to reel subsequent lines of 212, 226, 212, 227 & 224 for an commendable 1304 total, averaged 218.

However, Yusuf could not lift up his game and bowled 174, 201, 175, 150 & 165 for a poor 1066 total. The duo's combined total of 2370 earned them a 13th placing in the squad.           

At the time of writing, our second pair of Aris Ardilla and Syimir Abdul Razak just commenced the event. 

Regards,
BC Cheah
Tali Bowl,
Helsinki, Finland

Tuesday, July 27, 2010

WYC 2010 - Results Doubles Girls

Hi Guys,              

It was a disappointing day for Team Malaysia. Our young Malaysian girls failed to rise to the occasion and produced an insipid performance.

Siti Safiyah produced an inspiring 3 games' series reeling lines of 215, 245 & 244 but her partner, Fatin Syazliana was a bundle of nerves as she struggled to bowl 165, 178 & 179 in her 3 games series. A demoralised Siti then bowled 177, 201 & 184 to end o 1266 total while Fatin came back with 236, 170 & 181 for a 1109 total. The duo's combined score of 2375 resulted in a 6th placing on Squad 1.

Malaysia's second pair of Sin Li Jane & Jacqueline Sijore made a promising start with an identical score of 211; then Li Jane followed up with 222 & 194. Jacqueline continued with lines of 182 & 211. At the half way mark, our duo was well paced among the fore-runners.

However,nothing seems right from the 4th game onwards as both bowlers were apparently off colors. Li Jane continued with lines of 189, 165 & 195 for a 1176 total whilst Jacqueline bowled 178, 200 & 182 for a 1164 total. Their combined total of 2340 earned them a 15th placing in Squad 2.

The Boys' Doubles line up for tomorrow is appended. 09:00am - Khoo Beng Khai & Yusuf Abdul Raof;  1:00pm - Aris Ardilla & Syimir Abdul Razak. 

Regards,
BC Cheah
Tali Bowl
Helsinki, Finland

Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun - 27 Julai 2010




Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun - 27 Julai 2010

Sesi pada hari ini (Selasa-27 Julai 2010) dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan latihan yang menumpukan pada teknik 'high pull standing snatch dan front squat. Setiap atlet dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut kategori berat badan iaitu A,B,C dan D.

Jurulatih Faizulzalham melatih kumpulan A, Norshah Rizal di kumpulan B, Mohd Aizat di kumpulan C dan Zamzuri di melatih kumpulan D, manakala Nordin Jusoh bertindak sebagai pemantau program latihan untuk setiap kumpulan. Sesi terakhir untuk hari ini diakhiri dengan sesi Psikologi Sukan yang bermula pada pukl 8.30 mlm dan berakhir pada pukul 10.00mlm. 

--
ADAM BIN SHAZAN AMIR

Bengkel Sukan Menembak 2010



Hari kedua bengkel sukan menembak diteruskan dengan sesi pembentangan program latihan oleh jurulatih dan pegawai pembangunan negeri. Kedua-dua kumpulan jurulatih dan pegawai pembangunan negeri ini dipecahkan kepada dua supaya skop pembentangan lebih menjurus kepada kepakaran masing-masing.

Sesi pembentangan akan berehat pada jam 12.00 tengahari dan disambung pada jam 2.00 hingga 5.30 petang.


Azrul Hisyam

Laporan Kem Bakat Sukan Terjun Program Pelapis Siri 2/2010 (Isnin - 26 Julai 2010)



LAPORAN KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 2/2010 (ISNIN - 26 JULAI 2010)

Latihan seperti biasa dijalankan dengan sesi pemanas badan/regangan dijalankan serentak bagi atlet daripada kumpulan A dan B yang diterajui oleh JPM Aznizal Najib kira-kira selama 30 minit. Sesi ini perlu dilakukan dengan betul supaya atlet-atlet tidak mengalami kecederaan semasa menjalani latihan yang melibatkan keseluruhan anggota badan. Atlet telah menjalani latihan mengikut kumpulan masing-masing dan setiap jurulatih telah dibahagikan kepada sekumpulan atlet yang lebih kecil dimana penumpuan yang lebih dapat diberikan kepada setiap atlet. Kedua-dua kumpulan dipantau oleh JLN Zhao Xi Yang dan Qhi Jian Hua. Perubahan yang ketara dapat dilihat dari segi komitmen kedua-dua jurulatih ini dengan penumpuan mereka tidak lagi kepada atlet sendiri tetapi telah memberi penumpuan yang sama kepada semua atlet. Sekiranya kedua-dua kumpulan atlet ini akan dikecilkan, tidak menjadi masalah untuk menentukan siapa yang akan kekal kerana panel yang telah dilantik telahpun menilai setiap atlet dari semua sudut.

Latihan hanya dijalankan pada sesi pagi sahaja kerana jurulatih berpendapat ramai atlet yang mengalami keletihan kerana latihan yang telah dijalankan. Pada sebelah petang, aktiviti berbentuk 'fun games' telah dijalankan oleh jurulatih dan SDO dimana beberapa buah permainan yang khususnya menguji minda, kerjasama dan semangat sepasukan dikalangan atlet. Tayangan video berkisarkan teknik-teknik didalam sukan terjun di beberapa kejohanan antarabangsa telah ditayangkan selama lebih kurang 20 minit bertujuan memupuk minat yang lebih mendalam kepada setiap atlet dimana didalam tayangan berkenaan menunjukkan kejohanan-kejohanan yang telah dihadiri oleh ramai penonton. Tayangan video telah diakhiri dengan cerita-cerita yang sesuai ditonton oleh setiap atlet bagi memberi sedikit hiburan kepada mereka.

Laporan harian disediakan oleh:-
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz