Tuesday, May 31, 2011

3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh

Cabaran negara di Kejohanan 3rd Asian Archery Grand Prix & Asian Youth Archery Championship 2011 Dhaka, Bangladesh berkahir hari ini dengan pungutan 1 Perak (recurve wanita) dalam kategori terbuka dan 1 Emas (recurve wanita) 2 Perak (mix recurve, berpasukan wanita) dan 1 Gangsa (berpasukan lelaki) dalam kategori Remaja. Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana pasukan negara ini diwakili oleh campuran pemanah muda dari Pelapis Kebangsaan, Serantau dan Negeri.

Kejohanan ini telah di adakan di Stadium Angkatan Tentera Bangladesh melibatkan 14 negara dari rantau Asia yang menampilkan 160 peserta bagi kategori terbuka dan remaja.

Di dalam acara Recurve Wanita Akhir yang berlangsung petang tadi pemanah muda negara iaitu Adibah bt Tajuddin telah tewas di tangan kepada pemanah berpengalaman dari India (Birulyn) dengan kutipan mata 4-6. Adibah yang berlatih di bawah Jurulatih Mon Re Dee di pusat latihan negeri UITM Jengka Pahang telah memberi saingan yang sengit kepada pemanah India sebelum tewas untuk memungut pingat perak.

Kem pasukan negara begitu gembira apabila Farah Amalina berjaya merangkul emas bagi acara Recurve Wanita Junior mengalahkan pemanah India Boro .H dengan mata 6-0 sebentar tadi. Farah Amalina yang berlatih di Akademi Serantau Zon Selatan, Kompleks Dato’ Hj. Hasan Yunus di bawah Cik. Lim Geok Poong telah berjaya menewaskan pemanah yang lebih berpengalaman dari India.

Atiq Bazil/Farah Amalina kalah kepada pemanah India bagi acara Recurve Mix Junior Team dengan mata 114/113 berjaya merangkul satu lagi pingat perak kepada Malaysia.

Tahniah kepada semua pemenang...dan selamat pulang pasukan negara

SUKMA 2011 Kuala Lumpur : Venue Pertandingan

SUKAN - SILAMBAM
VENUE - GIMNASIUM 2 MSN
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 28.7 km
ETA - 30 MINIT

SUKAN - LAWAN PEDANG
VENUE - GIMNASIUM 3 MSN
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 28.7 km
ETA - 30 MINIT


SUKAN - KRIKET
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 30.2 km
ETA - 30-35 MINIT



SUKAN - TENIS
VENUE - KOMPLEKS TENIS JALAN DUTA
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 39.3 km
ETA - 45-55 MINIT


SUKAN - KABADDI
VENUE - DEWAN UTAMA, SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 28.7 km
ETA - 30 MINIT

SUKAN -JUDO/PING PONG
VENUE - SPORTS ARENA OCM
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN -30.1 km
ETA - 30-35 MINIT

SUKAN - BOLA BALING
VENUE - DEWAN SRI PUTRA KOMPLEKS SUKAN BUKIT JALIL
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 28.7 km
ETA - 30 MINIT

SUKAN - BOLA JARING
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 39.4 km
ETA -40-45 MINIT

SUKAN - LUMBA BASIKAL (TREK)
VENUE - VELODROM CHERAS
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 24.9 km
ETA - 30 MINIT

SUKAN - FUTSAL
VENUE - KOMPLEKS SUKAN PANASONIC
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 7 km
ETA - 15-20 MINIT


SUKAN - BOLA TAMPAR
VENUE - DEWAN MBSA SEK 19 SHAH ALAM
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 9 km
ETA - 15-20 MINIT

SUKAN - BINA BADAN
VENUE - SOUTH CITY PLAZA SRI KEMBANGAN
JARAK DARI PERKAMPUNGAN SUKAN - 17.9km
ETA - 20-30 MINIT

LAPORAN HARI KE-6 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH






Salam,

30/05/2011
Pertandingan telah masuk hari yang ketiga pelbagai cabaran yang ditempuhi oleh pemanah kita walaupun menghadapi kesukaran tetap memberi persembahan yang baik bagi menghadapi pemanah-pemanah yang handal daripada India,Thailand, Taiwan, Singapura dan tuan rumah iaitu Bangladesh. Namun begitu pada awal pagi lagi pemanah Pelapis Negara melangkah ke padang dengan tekad dan keazaman yang tinggi bagi meneruskan cabaran Negara bagi melayakkan diri ke pertandingan akhir.
Pada hari ini pada sebelah pagi dipertnadingkan bagi acara Recurve Lelaki Junior Team, Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Manakala pada sebelah petang pula Recurve Lelaki Team, Recurve Wanita Team dan Recurve Mix Team. Berikut adalah keputusan rasmi pemanah-pemanah Pelapis Negara :

Recurve Lelaki Junior Team
Mohd Ikram/Nazir Omar/Aatiq Bazil (Gangsa)
- Kalah kepada India

- Menang dengan Iraq

Recurve Wanita Junior Team
Farah Amalina/Nur Naseha/Siti Nor Hatika (Akhir)
- Menang dengan Bangladesh

- Akan bertemu India di pertandingan akhir.

Recurve Mix Junior Team
Atiq Bazil/Farah Amalina (Akhir)
- Menang dengan Iraq

- Akan bertemu India di pertandingan akhir

Recurve Lelaki Team
Mohd Firdaus/Syafiq Izzuddin/Mohd Alif (pusingan pertama)
- Kalah kepada Thailand


Recurve Wanita Team
Siti Rashida/Adibah/Sarah Aminah (Tempat ke-4)
- Menang dengan Georgia

- Kalah kepada India

- Kalah kepada Bangladesh


Recurve Mix Team
Mohd Firdaus/Siti Rashida (pusingan pertama)
- Kalah kepada Bangladesh

Pada tarikh 31/05/2011 akan berlangsungnya pertandingan akhir di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh di mana pasukan memenah Pelapis Negara kita berjaya menempatkan diri ke pertandingan akhir bagi acara Recurve Wanita (Olympic Round), Recurve Wanita Junior (Olympic Round), Recurve Wanita Junior Team dan Recurve Mix Junior Team. Semua dari kategori ini pasukan Negara akan menentang pemanah dari Negara India.

Sekian laporan dari Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

SUKMA 2011 Kuala Lumpur



Seperti penyertaan ke Temasya Sukan Malaysia yang lepas-lepas, atlet-atlet dari program Pelapis akan menyertai temasya kali ini melalui kontinjen negeri. walau bagaimanapun hanya sukan berbasikal sahaja yang terlibat secara langsung dalam penganjuran SUKMA 2011 di Kuala Lumpur ini.

Berikut adalah adalah penyertaan pelumba-pelumba dari Pelapis Negeri yang mewakili negeri masing-masing:-



Manakala bagi pelumpa dari program Pelapis Kebangsaan, kesmua 14 orang atlet dibawah program akan mewakili negeri asal mereka di dalam temasya kali ini. Seramai 19 orang pelumba dari Pelapis Serantau juga telah disenaraikan oleh kontinjen negeri bagi mewakili negeri masing-masing.

Jadual pertandingan bagi sukan Berbasikal adalah seperti berikut:-

Hari Sabtu

Hari Ahad

Hari Isnin


Hari Selasa


SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA ATLET PELAPIS DAN TRY YOU BEST TO BE FUTURE CHAMPIONS

Monday, May 30, 2011

ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam,

Sedikit makluman pertandingan akhir esok 31/05/2011 untuk setakat ini adalah seperti berikut :

Recurve Wanita (Olympic Round)
Adebah bt Tajuddin akan menentang pemanah India

Recurve Wanita Junior (Olympic Round)
Farah Amalina bt Azhar akan mementang pemanah India

Recurve Wanita Junior Team
Farah Amalina, Nur Naseha, Siti Nor Hatika akan menentang Team India

Recurve Mix Team Junior
Atiq Bazil dan Farah Aamalina akan menentang Team India


Adebah bt Tajuddin

Farah Amalina bt Azhar

Atiq Bazil dan Farah Aamalina

Farah Amalina, Nur Naseha, Siti Nor Hatika

SELAMAT MAJU JAYA

LAPORAN HARI KE-5 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Salam dan namastee,

29/05/2011

Pasukan memanah Pelapis Negara pada pagi ini sedikit ceria dengan keputusan-keputusan yang amat menegejutkan di luar jangkaan di mana pada hari ini dipertandingkan acara Olympic Round untuk semua ketegori iaitu Recurve Winita dan Recurve Wanita Junior pada sebelah pagi manakala Recurve Lelaki dan Recurve Lelaki Junior pada sebelah petang. Pemanah Pelapis wanita kita telah melakukan kejutan mengalahkan pemanah dari India, Taiwan, Iraq, Bhutan, Singapura serta Georgia dan Bangladesh untuk melayakkan diri ke pertandingan akhir iaitu Adibah binti Tajudin (Recurve Wanita) dan Farah Amalina binti Azhar (Recurve Wanita Junior). Untuk makluman semua pertandingan akhir akan diadakan di Stadium Angkatan Tentera Dhaka, Bangladesh pada 31/05/2011.

Pada sebelah petang pula pasukan memanah Pelapis Negara sedikit suram kerana pemanah lelaki gagal untuk layak ke pertandingan akhir tetapi tetap memberi tentangan yang hebat kepada pihak lawan dalam erti kata walau pun kita tewas tetapi pemanah kita menang dari segi moral kerana bertanding sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Berikut disertakan keputusan pertandingan pada hari ini :

Recurve Wanita (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Siti Rashida bt Kamar Basah - pusingan kedua
3. Sarah Aminah bt Mahpar - pusingan pertama

Recurve Wanita Junior (Olympic Round)
1. Adibah bt Tajuddin - ke pertandingan akhir (31/05/2011)
2. Nur Naseha bt Rusli - pusingan kedua
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim - pusingan pertama

Recurve Lelaki (Olympic Round)
1. Mohd Firdaus bin Ishak- pusingan pertama
2. Mohd Aliff Adha bin Hassan - suku akhir
3. Syafiq Izzuddin bin Sulaiman - pusingan pertama
4. Mohd Faris Haziq bin Shuhaimi - suku akhir

Recurve Lelaki Junior (Olympic Round)
1. Muhammad Ikram bin Joni - pusingan kedua
2. Nazir bin Omar - pusingan kedua
3. Atiq Bazil bin Bakri - pusingan kedua

Pada keesokan hari 30/05/2011 pada sebelah pagi akan dipertandingkan acara Recurve Berpasuka Wanita Junior dan Recurve Berpasukan Lelaki Junoir serta ' Recurve Mix Team Junior'. Manakala pada sebelah petang pula Recurve Berpasukan Wanita dan Recurve Berpasukan Lelaki serta ' Recurve Mix Team'. Kita mengharapkan sesuatu yang indah akan berlaku kepada pemanah Pelapis Negara kita agar dapat dapat melayakkan diri untuk mengiringi pemanah wanita kita untuk bersama-sama ke pertandingan akhir.

Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan Memanah di kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH doakan kejayaan untuk kami di sini.

Sekian, terima kasih.

Hairul Anuar bin Abu Bakar
Pengurus Pasukan











Sunday, May 29, 2011

LAPORAN HARI KE-4 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIANYOUTHARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH





Salam Bangladeshi,

28/05/2011
Hari ini merupakan hari kemuncak di mana merupakan pertandingan yang sebenar, atlet-atlet dibekalkan dengan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya di tambah pula dengan iringan doa dan harapan daripada kami selaku pegawai dan jurulatih yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan jatuh bangunnya atlet-atlet pelapis di sini. Tepat jam 8.30 pagi bermula acara bagi Recurve Wanita dan Recurve Wanita Junior 70M X 2 sehingga jam 12.00 manakala Recurve Lalaki dan Recurve Lelaki Junior 70M X 2 pada pukul 1.30 petang hingga jam 5.00 petang.

Pada kejohanan pada kali seperti mana semua sedia maklum atlet daripada Pelapis Kebangsaan, Akademi Serantau Zon Selatan, Akademi Serantau Zon Utara dan atlet Pelapis Negeri berpusat di UiTM Jengka, Pahang dibentuk untuk menjadi satu pasukan hanya mengambil masa lebih kurang (5) hari untuk datang ke sini. Berikut disertakan keputusan kejohanan pada hari ini:

Recurve Wanita 70M X 2
1. Siti Rashida bt Kamar Basah - 612 mata/ kedudukan - 11/28
2. Adibah bt Tajudin                     - 582 mata/ kedudukan - 18/28
3. Sarah Aminah bt Mahpar        - 526 mata/ kedudukan - 25/28

Recurve Wanita Junior 70M X 2
1. Farah Amalina bt Azhar           - 584 mata/ kedudukan - 5/15
2. Nur Naseha bt Rusli                 - 503 mata/ kedudukan - 10/15 (pecah rekod peribadi)
3. Siti Nor Hatika bt Ibrahim        - 497 mata/ kedudukan - 11/15

Recurve Lelaki 70M X 2
1. Mohd Firdaus bin Ishak           - 630 mata/ kedudukan - 13/38 (pecah rekod peribadi)
2. Shafiq Izzuddin bin Sulaiman  - 622 mata/ kedudukan - 17/38
3. Mohd Alif Adha bin Hassan    - 620 mata/ kedudukan - 18/38 (pecah rekod peribadi)
4. Mohd Faris Haziq Shuhaimi   - 609 mata/ kedudukan - 21/38

Recurve Lelaki Junior 70M X 2
1. Muhammad Ikram bin Joni      - 626 mata/ kedudukan - 8/18 (pecah rekod peribadi)
2. Nazir bin Omar                         - 621 mata/ kedudukan - 10/18 (pecah rekod peribadi)
3. Atiq Bazil bin Bakri                  - 612 mata/ kedudukan - 12/18

Sesungguhnya kami mengharapkan sesuatu yang baik kepada pasukan memanah di sini untuk acara pada esok agar memberi sedikit keceriaan serta doakan kejayaan kami disini. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Sekian, terima kasih.
--
Hairul Anuar bin Abu Bakar

LAPORAN HARI KETIGA 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTHARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH





Salam,

27/05/2011
Persiapan pasukan memanah sudah sampai ke kemuncaknya iaitu pada hari ini merupakan merupakan hari terakhir sebelum kejohanan bermula pada esok diadakan sighters bagi atlet wanita terbuka dan wanita junior pada sebelah pagi manakala atlet lelaki terbuka dan lelaki junior pada sebelah petang. Setakat ini tahap kesihatan atlet masih berada di dalam keadaan baik di mana segala pemakan atlet dijaga dan dipantau sepanjang masa bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan. Seperti sedia maklum keadaan persekitaran di Bangladesh sangat kotor dengan keadaan jalan yang becak dan bau hancing di sana sini serta keadaan cuaca yang tidak menentu dan sukar diramal. 

Pada tepat jam 12 tengah hari mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh Mejar (B) Baharudin bin Jamil selaku Technical Deligate (TD) dan juga merupakan Vice Presiden Asian Archery Federation (AAF) telah mengesahkan sebanyak 14 negara yang akan bertanding pada kejohanan kali ini di mana ada penambahan bilangan negara yang menyertai kejohanan ini iaitu terdiri daripada:
1. Bangladesh -27
2. Bhutan - 8
3. Georgia - 5
4. Hong Kong - 4
5. India - 29
6. Iraq - 24
7. Kazakhstan - 9
8. Malaysia - 16
9. Nepal - 4
10. Pakistan - 4
11. Singapura - 13
12. Taiwan - 11
13. Tajikistan - 1
14. Thailand - 5

Tepat jam 4.30 petang waktu Bangladesh majlis perasmian telah diadakan di lapang sasar memanah BKSP yang dirasmikan oleh Menteri Sukan Bangladesh, majlis berjalan dengan lancar walaupun atucara yang sangat singkat dan padat amat memberi makna kepada atlet pelapis Negara kita yang amat bersemangat dan berkobar-kobar untuk bertanding. Rutin harian tepat jam 8.30 perjumpaan atlet bersama jurulatih dan pengurus pasukan diadakan sebagai amanat terakhir dan persiapan atlet untuk bertanding pada esok hari. 

Berikut adalah jadual untuk 28/05/2011 jam 9.30 pagi hingga jam 12.00 tengah hari merupakan kelayakan Recurve Wanita dan Recurve Junior Wanita 70M X 2 dan di sebelah petang pada 1.30 hingga jam 5.00 petang Recurve Lelaki dan Recurve Junior Lelaki. Sekian laporan daripada Pengurus Pasukan kejohanan 3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTH ARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH.

Sekian.

Laporan disediakan oleh:
Hairul Anuar bin Abu Bakar

Saturday, May 28, 2011

34th Malaysian Open Bowling Championship 2011



Pelapis Kebangsaan bowler, Khoo Beng Khai, is fast becoming a popular name among the youth bowlers. Today, the 20-year-old Penangite bagged his second career individual title when he bagged the Milo International Youth Boy’s Open Masters title at the 34th Canon Malaysian International Open Bowling Championship at Sunway Mega Lanes. Last December at the same bowling centre, Beng Khai won the Milo Junior All-Stars title. While Johnathan Chan from Pahang who is also a Pelapis Kebangsaan bowler finish third 3 pins behind after David Tsang from Hong Kong.

In the Youth Girl’s Open Masters, Pelapis Kebangsaan from Perak, Fatin Azmira, won the title with her total of 2011 ahead of fellow Pelapis Kebangsaan bowler Radin Nur Najwa Arifah from Kuala Lumpur by 50 pins. Puteri Nadia, another Pelapis Kebangsaan bowler from Negri Sembilan, finished third with her score of 1950. Fatin and Nadia were the Asian Schools doubles gold medallist last year in Kuala Lumpur

Laporan disediakan oleh:
Mohd Razib

Friday, May 27, 2011

NSAM President Ally T. H. Ong Trophy & Sport Excel/NSC/MILO/NSAM 2nd Malaysian Junior Shooting Championships 2011

Hari Kedua

Tarikh : 27 Mei 2011
Masa : 9.00am - 12.00pm
Kejohanan NSAM President ALLY T. H. Ong Trophy 2011 & Sport Excel 2011
Acara : 10m Air Pistol (W), 25m Rapid Fire Pistol (M), 50m Rifle Prone (M) & 50m Rifle Prone (W)
Jumlah Atlet : 11 orang
Jumlah Jurulatih : 4 orang

Semua acara pagi telah dimulakan dengan serentak dan 4 acara hari ini yang melibatkan atlet Pelapis Kebangsaan seramai 11 orang. Zul Fadzli & Liew Tack Fai mengambil bahagian dalam acara 25m rapid fire pistol (M), Aina, Siti Nur Izati, Farah Afiqah & Norizahamalina dalam acara 50m rifle prone (W), Nabilah & Noor Izzati dalam acara 10m air pistol (W) dan Shahril, Hassanul & Ezuan dalam acara 50m rifle prone (M).

Keputusan 26 Mei 2011:
Acara 10m Air Rifle (M)
1. Mohd. Ezuan Nasir Khan - PK
2. Mohd. Zubair Muhd. - Elit
3. Mohd. Nurahimin Abd. Halim - Elit

Acara 50m Rifle 3 Position (W) - Senior
1. Nur Farah Afiqah Mohd. Taufekh - PK
2. Nur Suryani Mohd. Taibi - Elit
3. Noraishah Md. Jamil - Melaka

Acara 10m Air Rifle (M)
1. Muhd. Zubair Muhd. - Elit
2. Mohd. Nurahimin Abd. Halim - Elit
3. Mohd. Hassanul Adzhar Bahrin - PK

Acara 50m Rifle 3 Position (W) - Junior
1. Nur Farah Afiqah Mohd. Taufekh - PK
2. Athirah Hamzah - Terengganu
3. Nurul Izatie Roslan - Pahang

Untuk acara hari ini keputusan pada esok (28 Mei 2011)