Tuesday, May 17, 2011

KEM KETAHANAN MENTAL & BINA PASUKAN PELAPIS KEBANGSAAN 01/2011



Hari Kedua
Tarikh : 17 Mei 2011
Masa : 6.10am - 12.00am
Tempat : Kem NADI - Sungkai, Perak
Sukan : Pelayaran, Menembak, Lawan Pedang (Sabre) & Akuatik (Terjun)
Jumlah Atlet : 35 orang (7 Elit)
Jumlah Jurulatih : 4 orang
Jumlah Urusetia : 5 orang (1 ISN)

Laporan :
Hari ke-2 dimulakan dengan solat subuh di surau NADI & pada jam 7am aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi yang diseliakan oleh Pak Din. Selapas perbarisan mereka menjalani aktiviti warm-up, persediaan untuk larian kampung iaitu mengelilingi kampung lebih kurang 4 kilometer.

Selepas sarapan, program seterusnya dimulakan pada jam 9.15am mengikut kumpulan sukan masing-masing, mereka diminta utk menamakan kumpulan beserta dengan sorakan. Program seterusnya adalah tayangan video (kartun) yang berkisarkan 'kebijaksanaan dalam menangani masalah'. Minum pagi turut disediakan dan program bersambung pada jam 10.45am sehingga jam 1.15pm.

Pada jam 2.45pm bermula pula aktiviti 'Kemahiran Perhubungan Manusia' yang lebih kepada permainan kreatif dan ketahanan melibatkan 1 kumpulan 6 orang. Pada jam 5.45pm semua atlet berkumpul di dewan NADI Lestari untuk mengadakan sesi perbincangan bagi persembahan malam ini dan persembahan akan dimulakan pada jam 9.30pm sehingga 10.45pm. Pelbagai persembahan telah dipertontonkan oleh atlet, jurulatih, urusetia dari Majlis Sukan Negara (MSN) & jurulatih NADI serta akhir sekali taklimat ringkas oleh Pakya.

Laporan disediakan oleh:
Norjihan Bashah

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.