Tuesday, May 24, 2011

Laporan Ringkas MSSM Olahraga ke-53 Tahun 2011, Ipoh, Perak

Laporan ringkas

Kejohanan Balapan & Padang MSSM ke-53, Tahun 2011

Ipoh, Perak

20-24 Mei 2011


Dari pemerhatian selama 2 hari, secara keseluruhan kejohanan berlansung dengan baik dan ceria serta semangat kesukanan yang ditunjukkan dari sokongan pelajar-pelajar dari setiap negeri serta sokongan dari orang ramai termasuk ibubapa kelihatan di dalam stadium dan keberkesanan penganjur dengan keputusan yang menggunakan scoreboard serta screen besar untuk melihat secara live dengan jelas pada setiap acara berlangsung.


Sehingga hari ini (ke-4) negeri Sarawak mendahului dengan 21 emas, 11 perak dan 9 gangsa diikuti oleh negari Terengganu (7E 6P 2G) dan Kedah ( 6E 9P 9G) manakala tuan rumah Perak ditempat ke-4 dengan6 emas, 6 perak dan 15 gangsa.

Dua orang atlet olahraga Pelapis Kebangsaan turut serta iaitu M. Shandyani (Selangor) yang memenangi pingat emas dalam acara lompat tinggi perempuan 18 tahun dengan lompatan 1.63m manakala Noor Shahidatun Nadia Mohd Zuki (Kedah) dalam acara lompat kijang juga memenangi pingat emas dengan jarak 12.15m.


Satu mesyuarat telah diadakan petang tadi untuk pemilihan dan mengenalpasti atlet yang akan sertai Kejohanan Sekolah-Sekolah Asean 2011 dimana beberapa jurulatih Pelapis Kebangsaan turut terlibat dalam mesyuarat tersebut.

Esok adalah hari terakhir kejohanan dengan beberapa acara akhir termasuk Noor Shahidatun Nadia akan sertai acara akhir lompat jauh perempuan 15 tahun. Pada sebelah petang akan diadakan acara penyampaian hadiah dan uapacara penutupan kejohanan.


Layari laman web : www.mssmipoh2011.com/












No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.