Wednesday, May 11, 2011

Karnival Pelapis Negeri 1/11

Hari ini, pegawai dan anggota Cawangan Pelapis telah sampai di Kota Bharu untuk membantu pihak USPTN Kelantan dalam menganjurkan Karnival Pelapis yang akan diadakan pada 11-15 Mei 2011. Turut bersama rombongan ini adalah atlet-atlet dan jurulatih Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau.

Sebaik tiba di hotel, kesemua pegawai dan anggota diberi taklimat ringkas tentang jadual program pada sebelah malam dan esok pagi. Pengurus Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau juga telah mengadakan perjumpaan ringkas bersama atlet dan jurulatih sebelum pertandingan bermula secara rasminya nanti.

Kontijen-kontijen daripada negeri dijangka akan tiba di Kota Bharu pada esok hari dan mesyuarat pengurus pasukan pula akan dijalankan pada sebelah petang dan malam.










2 comments:

  1. Laporan dan keputusan untuk gimnastik wanita karvinal pelapis 1/2011 di kota baharu ??? Tiada sebarang rujukkan, tolong tunjukkan.
    Sekian, terima kasih.
    Parents

    ReplyDelete
  2. keputusan akan di muat naik tidak lama lagi. kelewatan ini disebabkan oleh kesibukan pegawai dengan SUKMA 2011 yang sedang berlangsung sekarang.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.