Thursday, June 26, 2014

LAPORAN PEMANTAUAN DI PUSAT LATIHAN NEGERI KEDAH

Berikut merupakan kesinambungan dari pemantauan PLN negeri Kedah bagi sukan Menembak, Tenis, Gimnastik dan Angkat Berat.

1. Sukan tenis
    Tempat : Kompleks Sukan Belia dan Sukan Alor Setar 

Terdapat 2 gelanggang tenis milik JBS walaubagaimanapun gelanggang ini kurang sesuai digunakan untuk latihan. Ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana keseluruhan atlet terlibat dengan sukan sekolah. JSM di pusat latihan ini ialah En. Alen Tan. Kehadiran atlet adalah agak memberansangkan dan seramai 25 orang atlet berada di dalam program. Beliau juga turut mengadakan latihan di sekolah yang memiliki gelanggang tenis. Atlet didalam program terdiri daripada peringkat umur 12 sehingga 16 tahun.

2. Menembak
    Tempat: Lapang sasar Menembak Pokok Sena

Di dalam program menembak terdapat 10 orang atlet. Program TID telah dilaksanakan pada bulan April dimana 17 orang telah pun dipilih dan akan didaftarkan pada bulan Julai ini. 

Setakat ini stor senjata telah pun siap dalam lingkungan 80% dari kerja-kerja pembinaan dan dijangka boleh digunakan pada ada awal bulai Julai nanti. Kerja-kerja menaik taraf Lapang Sasar untuk 10m, 25m,dan 50 m akan dibuat oleh Perbadanan Stadium Kedah dan senjata yang sedia ada kini disimpan di IPK Alor setar yang antaranya ialah Air Rifle. Para atlet di bawah program menjalankan sebanyak 5 kali seminggu. 

3. Gimnastik
   Tempat: SK Jitra 3

Latihan gimnastik dijalankan di dewan terbuka sekolah ini kerana dewan gim tidak dapat digunakan. Dua orang JSM dilantik untuk menjalankan program latihan dan seramai 25 orang atlet berada dibawah program. Kehadiran ketika pemantauan adalah memuaskan. 

4. Angkat berat
    Tempat: SMK Alor Janggus dan SMK Tungku Anum Jitra

Seramai 24 orang atlet berada di dalam program. Dua orang JSM dilantik untuk menjalankan program latihan. Prestasi atlet PLN ini di SUKMA 2014 ialah memenangi 3 emas,1 perak, 3 gangsa. Latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu dan kehadiran ketika pemantauan juga memuaskan.

5. Sukan Basikal
    Tempat: SMK Alor Janggus

Ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana semua atlet yg tinggal asrama pulang ke kampung halaman masing-masing. Di bawah program berbasikal terdapat seramai 9 orang atlet. Di masa akan datang ini, akan diadakan program, klinik untuk mencari lebih ramai atlet. Latihan dijalankan sebanyak 6 kali seminggu.
Laporan Oleh,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

LAPORAN HARI KETIGA : KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 02/14

Hari ketiga kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 02/2014 (Zon Tengah) diteruskan lagi pada hari ini yang juga merupakan hari terakhir kejohanan. Cuaca adalah baik dengan keadaan angin kuat. Berikut adalah merupakan keputusan rasmi bagi hari terakhir kejohanan.

1) Sukan Memanah

Sukan Memanah diteruskan lagi pada hari terakhir dengan acara Jarak 50 M, 30M dan berpasukan (L) & (W) mengikut kategori umur. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan pada hari ini :

Kategori 16 Tahun Individu (L)

Jarak 50 Meter
1) Mohd Aidil Ahmad Luthfi - PRK (PPS IPOH) - 200 Mata
2) Tariq Abdul Wahab - WP - 186 Mata
3) Fareeq Irfan Ridzuan - WP -  173 Mata

Jarak 30 Meter
1) Tariq Abdul Wahab - WP - 297 Mata
2) Mohd Aidil Ahmad Luthfi - PRK (PPS IPOH) - 274 Mata
3) Mohd Rizal Zulkifli - PRK -  254 Mata

Individu Keseluruhan
1) Tariq Abdul Wahab - WP - 913 Mata
2) Mohd Aidil Ahmad Luthfi - PRK (PPS IPOH) - 856 Mata
3) Mohd Hamizan -PRK (PPS IPOH)  -  822 Mata

Berpasukan (L)
1) Muhammad Aidil Luthfi - PERAK (PPS IPOH) - 2,319 Mata
   Muhammad Shahid Farhan Mohd Zaki
   Muhammad Hamizam Zulkifli

2) Mohd Aiman Fakhrullah  - WP 'B' - 1,864 Mata
    Fareeq Irfan Ridzuan
    Tariq Abdul Wahab

3) Azry Asyrani Shamsairi  - WP 'A' - 1,755 Mata
    Faris Imran Yazid
    Mohamad Saidon Mohammad

Kategori 16 Tahun Individu (W)

Jarak 40 Meter
1) Nur Zahirah Zamani - PRK (PPS IPOH) - 245 Mata
2) Sazlin Najwa Sazali - PRK (PPS IPOH) - 217 Mata
3) Nur Afiqah Ahmad Nawir -PRK (PPS IPOH) - 188 Mata

Jarak 30 Meter
1) Nur Afiqah Ahmad Nawir - PRK (PPS IPOH) - 277 Mata
2) Nur Zahirah Zamani - PRK (PPS IPOH) - 264 Mata
3)  Sazlin Najwa Sazali -PRK (PPS IPOH) - 200 Mata

Individu Keseluruhan
1) Nur Zahirah Zamani - PRK (PPS IPOH) - 974 Mata
2) Sazlin Najwa Sazali - PRK (PPS IPOH) - 935 Mata
3) Nur Afiqah Ahmad Nawir - PRK (PPS IPOH) - 893 Mata

Berpasukan (W)
1)  Nur Zahirah Zamani - PRK ( PPS IPOH )' - 2802 Mata
    Sazlin Najwa Sazali
    Nur Afiqah Ahmad Nawir

2) Nur Aisyah Muhamad Imran Yeong - SEL - 1698 Mata
    Nur Putri Ismail
    Puteri Zurainie Juraimi

3) Krithana a/p Thangarajoo - SEL (PPS PANDAMARAN) - 939 Mata
    Darshini a/p Saravanan
    Lathitha a/p Ragunathan

Kategori 12 Tahun  (L)
Individu
1) Ahmad Anaqi Muqri Ahmad Marzuki - WP - 536 Mata
2) Muhammad Daniel Amir Irwan - SEL - 486 Mata
3) Muhamad Irfan Adlan Luqman - WP - 440 Mata

Kategori 12 Tahun  (W)
1) Nur Alia Qisina Mohd Razak - WP -485 Mata
2) Nur Sarah Abd Razak - WP - 422 Mata
3) Jireh Tan Ee Lock - PERAK ( PPS MANJUNG) - 377 Mata

Kejohanan tamat pada jam 2.30 petang.

2 ) Sukan Angkat Berat

Sesi timbang berat badan peserta dimulakan pada jam 8.00 pagi dan kejohanan bermula pada jam 10.00 pagi. Untuk makluman Kategori yang dijalankan pada hari ini ialah Kategori bagi peserta lelaki bawah 15 tahun. Berikut merupakan keputusan penuh kejohanan pada hari ini :

Kat 69KG (L) Bawah 15 tahun

Snatch 
1 ) Geordan Teo - WP
     Snatch : 65 kg

2 ) Muhammad Fadzly - PRK
     Snatch : 32 kg

3 ) Muhd Adib Mohd Zaki - SEL - PPS
     Snatch :  25 kg

C&J
1 )  Geordan Teo - WP
     C&J : 75 kg

2 ) Allecderry Mingkat - WP
     C&J : 45 kg

3 ) Muhammad Fadzly - PRK
     C&J :  35 kg

Kat 77KG ( L ) Bawah 15 tahun

Snatch
1) Benlarsen Ak Lancik - PRK-PPS
Snatch : 40 kg

C&J
1) Benlarsen Ak Lancik - PRK-PPS
    C&J : 55kg

( Hanya seorang peserta bagi kategori ini)

Kat 85KG ( L ) Bawah 15 tahun
Snatch
1) Mohammad Aminudin - PRK - PPS
   Snatch : 45

(Hanya seorang peserta yang mencatatkan angkatan bagi kategori ini)

C&J
1) Mohammad Aminudin - PRK - PPS
    C&J : 56kg

2) Mohammad Syakir - PRK
   C&J : 50kg

3) Syed Mohamad Nudzimi - SEL
   C&J : 45kg

Kat 85+KG ( L ) Bawah 15 tahun
Snatch
1) Muhammad Daniel Hafiz - WP
   Snatch : 60kg

2) Muhammad Alif - PRK- PPS
   Snatch : 30kg

C&J
1) Muhammad Daniel Hafiz - WP
   C&J : 70kg

2) Muhammad Alif - PRK- PPS
   C&J : 50kg

Kejohanan tamat pada jam 12.30 tengahari dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Amatur Negeri Perak iaitu Encik Francis Lim.

3 ) Sukan Menembak

Sukan Menembak memulakan pertandingan pada jam 9.00 pagi dengan acara 10M Air Rifle dan 10M Air Pistol (W .).Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak iaitu En. Mazlan Bin Mohamad. Berikut adalah merupakan keputusan penuh kejohanan :

10M Air Rifle (W)
1 ) Nur Izazi Rosli - WP - 402.4
2 ) Delaila Iskandar Richard - SEL - 388.20
3 ) Nur Zatul Miza Mohd Zamri - PRK - 385.50

4 ) Sepaktakraw

Pada hari ini, 24 Jun 2014,peringkat separuh akhir dan akhir telah dijalankan dan keputusan keseluruhannya adalah seperti berikut :-

Regu Bawah 16 Tahun ( Akhir )

1) Johan - PLN Perak A
2) Naib Johan - SMK Gunung Rapat A
3) Ketiga - PLN Perak B
4) Keempat - SMK Gunung Rapat B

Double Bawah 16 Tahun ( Akhir )

1) Johan - SMK Gunung Rapat 
2) Naib Johan - PLN Perak

Regu Bawah 14 Tahun ( Akhir )
1) Johan - SMK Gunung Rapat A
2) Naib Johan - SMK Gunung Rapat B
3) Ketiga - PLN Perak B
4) Keempat - PLN Perak A

Double Bawah 14 Tahun ( Akhir )
1) Johan - SMK Gunung Rapat
2) Naib Johan - PLN Perak

Regu Bawah 12 Tahun ( Akhir )
1) Johan - PLN Perak
2) Naib Johan - PLN Selangor

5 ) Sukan Tinju
Pada hari terakhir sebanyak 5 bout dijalankan dan bermula pada jam 11.00 pagi. Berikutan jumlah penyertaan yang kurang, kejohanan ini telah berakhir pada jam 12.00 tengahariBerikut merupakan keputusan penuh kejohanan pada hari ini :

Umur 13 - 14 tahun
Kat 33KG - 36KG
1 ) Mohd Shukri Othman - PRK
2 ) Mohd Aiman Mohd Saad - SEL

Kat 36KG - 39KG
1 ) Muhamad Syahmi - PRK
2 ) Srinathan A/L Kutappoo - SEL

Kat 39KG - 42KG
1 ) Muhamad Shafiq Amin - PRK
2 ) Mohammad Faris Hilman - PRK

Kat 54KG - 57KG
1 ) Muhamad Amirul Lail- SEL

2 ) Mohammad Yusfizirul - PRK

Umur 15 - 16 tahun

Kat 52KG - 54KG
1 ) Mivegham A/L Mugilvanan - SEL
2 ) Nagenthran A/L Nathan - SEL

Berikut adalah statistik  bagi pungutan pingat setiap kontinjen setelah berakhirnya kejohanan ini:

Tahniah diucapkan kepada USPTN Perak kerana telah berjaya menganjurkan kejohanan ini dan kepada USPTN Selangor dan WIlayah Persekutuan yang berjaya menyertai kejohanan ini

Laporan Oleh,
Fairul Fadzli
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis MSNM

PEMANTAUAN DI PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) NEGERI KEDAH

Selain daripada pemantauan PLN, audit 8 fail juga telah dijalankan dimana secara keseluruhannya pengurusan fail adalah baik kecuali beberapa fail. Walaubagaimanapun teguran dan pembetulan oleh pegawai pemantau telah diberi kepada Pembantu Tadbir di USPTN Kedah.

Setelah itu, pemantauan diteruskan dengan 2 PLN sahaja kerana terdapat program pertandingan bola sepak antara MSN dan USPTN kedah yang mewajibkan semua kakitangan MSN dan USPTN untuk hadir. 

1. Skuasy
    Tempat : ‎Kompleks Sukan Muadsam shah, Alor Setar

Program latihan skuasy berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan jurulatih En. Cheong Pak Kau turut hadir bersama untuk menjalankan latihan. Seramai 80 orang atlet berada di bawah program dan latihan ditetapkan sebanyak 3 sesi bagi mengimbangi jumlah atlet yang ramai.

2. Badminton
   Tempat : Dewan badminton Persatuan Badminton Kedah

Ketika pemantauan kehadiran atlet adalah kurang kerana terlibat dengan sukan sekolah. Setiausaha Persatuan hadir bersama ketika pemantauan bagi memberi sokongan terhadap program ini. Jumlah atlet di bawah program sukan badminton ialah 80 orang atlet dan latihan diadakan sebanyak 6 kali seminggu.

Laporan oleh,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

Wednesday, June 25, 2014

PEMANTAUAN DI PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) KEDAH


Seperti amalan-amalan sebelum ini para pengurus sukan akan mengadakan pemantauan di setiap pusat latihan negeri. Kali ini, pemantauan di PLN Kedah akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 24 Jun sehingga 26 Jun 2014. Berikut adalah beberapa PLN yang telah dipantau untuk hari pertama:

1. Tinju

Pusat latihan tinju terletak di SMK Tengku Putra Baling. Terdapat seramai 28 orang atlet berada di bawah program ini. Dua orang JSM iaitu En Ganesan dan En Muhamad Azril telah dilantik untuk mengendalikan program latihan. Pihak sekolah bersama dengan pihak Majlis Sukan Negara Malaysia telah berganding bahu untuk menyediakan tapak serta dewan bagi  membangunkan sukan tinju di peringkat negeri khususnya.

2. Berbasikal

Sukan berbasikal juga turut berpusat di SMK Tengku Putra Baling dimana En Mohd Ghaffuan menggalas tugas sebagai pengendali program latihan di kawasan SMK Tengku Putra Baling. Seramai 12 orang berada di dalam program ini. Program di sekolah tersebut baru bermula tahun ini. Kehadiran atlet semasa pemantauan adalah memuaskan dan semasa perbincangan, JSM memaklumkan bahawa program latihan untuk atlet beliau disediakan dengan nasihat Cikgu Suod Hussain iaitu jurulatih berbasikal Pelapis Kebangsaan.

3. Memanah

Sukan memanah pula berpusat di SMK Jelai, Baling. Sama seperti beberapa sukan yang lain, ketika pemantauan tiada latihan dijalankan kerana berlangsungnya sukan sekolah. Seramai 20 orang atlet berada di dalam program. En Nadzy Hasshim sebagai JSM hadir bersama ketika pemantauan. Latihan dijalankan 5 kali seminggu dan kehadiran atlet adalah memuaskan.

4. Sukan Takraw

Manakala bagi sukan sepak takraw pula bertempat di SMK Dato Syed Omar. PLN berada di dalam keadaan yang baik dan pengganti jurulatih telah pun dinamakan. Program latihan dijangka akan bermula pada bulan Julai tahun ini.

5. Olahraga

Sukan olahraga yang berada di SMK Kuala Ketil, Baling dikendalikan oleh En Mahalinggam, JSM Olahraga untuk mengadakan program latihan. Seramai 17 orang atlet berada dibawah program latihan yang dijalankan sebanyak 5 kali seminggu. Kehadiran adalah memuaskan dan tempat latihan yang digunakan kini adalah padang sekolah.

6. Tenpin Boling

Pusat tenpin boling U-Bowl di Amanjaya Sungai Petani merupakan PLN bagi sukan ini. Seorang JPM dan seorang JSM telah dilantik untuk mengendalikan program latihan‎ dimana terdapat seramai 37 org atlet di dalam program. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. Ibu bapa juga turut memberi sokongan yang sangat baik kepada pihak MSN di dalam menjayakan program.

7. Taekwondo

Sukan taekwondo di Taman seri Bandong mempunyai dua orang JSM yang dilantik untuk mengendalikan program latihan. Semasa pemantauan kedua JSM turut hadir bersama. Peralatan di PLN adalah mencukupi untuk latihan dan kehadiran atlet adalah memuaskan.



Laporan disediakan oleh,
Vimalan A/L Palaniappan
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis MSNM