Wednesday, October 29, 2014

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SARAWAK : 28 OKT 2014

PEMANTAUAN PLN SARAWAK
28 Okt 2014

Pada hari ini lawatan pemantauan PLN Sarawak diteruskan dengan sesi rumusan hasil audit pengurusan program PN yang telah diadakan pada 27 Okt 2014.  Kesemua SDO telah diingatkan untuk melengkapkan maklumat dan mengambil tindakan teguran yang telah diberikan.  Lawatan pemantauan bermula pada jam 2petang dengan melawat 3 jenis sukan iaitu Menembak, Olahraga dan Berbasikal.  Berikut adalah rumusan lawatan yang telah diadakan :

PLN Menembak - Lapang Sasar Batu Kawa
Masa lawatan :2.30 - 3.30 petang. Jurulatih : Tamara Antsipava Bilangan atlet menjalani latihan : 8 orang ( 2 rifle lelaki, 2 rifle wanita, 2 pistol lelaki & 2 pistol wanita)

Makluman
Pusat ini baru sahaja selesai menjalankan TID pada bulan September yang lalu dan kehadiran agak memuaskan dan kerap menerima atlet baru disebabkan tarikan rakan-rakan.

Bantuan Sains Sukan
JLN sentiasa memohon untuk mendapatkan bantuan sains sukan akan tetapi tidak mendapat maklumbalas dan jawapan dari pihak ISN Satelit.

PLN Berbasikal - SMK Semerah Padi
Masa lawatan :3.50 - 4.40 petang 
Jurulatih : Faizal Dzulkaflee 
Bilangan atlet menjalani latihan : U14 - 3 orang & U15 - 2 orang

Jenis Latihan dijalankan
Mountain bike bagi persiapan untuk kejohanan mountain bike XC challenge pada 1-2 November 2014 di Kuching

Makluman JSM
15 atlet telah terpilih semasa klinik pengenalan di smk semerah padi yang lalu dan pihak ibubapa telah membeli sendiri basikal bagi tujuan latihan anak mereka Prestasi atlet PLN semasa SUKMA 2014 adalah 2 orang layak ke peringkat quarter final

Bantuan ISN
Sebanyak 2x Fitness test telah dijalankan pada tahun ini.

PLN Olahraga - SMK Tabuan Jaya
Masa lawatan : 5.00 - 5.30petang Jurulatih : Rasia ak Lutang

Pencapaian PLN
Penyertaan Sukma 2014 adalah sebanyak 4 orang dengan pencapaian terbaik mendapat no . 4 bagi acara 100m wanita & 100m berpagar iaitu Norris Foo dan Quek Leong mendapat tempat ke - 6 bagi acara  400 m berpagar2 atlet telah masuk ke SSTMI pada tahun 2014.

KEM T20 MENEMBAK 20l4 : HARI KEDUA

Tarikh : 28 Oktober 2014
Tempat : Lapang Sasar Gong Kuin, Kuala Terengganu

Pada hari ini,aktiviti dimulakan seawal pukul 6.30 pagi dengan Perhimpunan Pagi dan warm-up exercise bertempat di kawasan Lapang Sasar sebelum sarapan. Sebelum memulakan sesi berikutnya, para atlet dibahagikan kepada 8 kumpulan (4-5 orang bagi setiap kumpulan) untuk setiap satu jurulatih. Pembahagian kumpulan kecil ini bertujuan untuk memastikan jurulatih menyampaikan maklumat dan berinteraksi dengan atlet dengan lebih dekat.  Kaedah ini juga dapat membantu atlet untuk lebih memahami dengan segala penerangan mengenai teknik dan kesalahan semasa latihan dibuat serta membantu sesi pengajaran jurulatih dengan lebih berkesan.

Pada sesi hari ini, para atlet diberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai Shooting Safety & Rules, latihan Holding dan latihan Trigger & Follow Through. Bagi setiap sesi dijalankan, setiap jurulatih akan memantau dan membetulkan kesalahan bagi para atlet dibawah seliaan masing-masing. 

Pihak Satelit ISN juga telah membantu menjalankan sesi latihan fizikal pada sebelah petang dan sesi ceramah bertajuk Pemakanan Sukan pada sebelah malam.

Esok, aktiviti akan dimulakan dengan Perhimpunan Pagi dan sesi latihan.

LAPORAN OLEH,
MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) & WANITA (WAG) PELAPIS NEGERI 2014 : HARI KEDUA

27 Oktober 2014

Hari kelima kem diteruskan dengan perhimpunan pagi selepas sarapan pagi. Selepas perhimpunan atlet terus menaiki bas untuk ke tempat latihan di Gimnasium 3,  Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Hari ini semua atlet akan menjalani satu 'Control Testing'. Control Testing ini merangkumi 2 aspek iaitu "Physical Ability" dan "Element" test.

Pada sesi pagi, semua atlet lelaki perlu menjalani 'Physical Ability' test seperti berikut:
Flexibility

 1. Forward Splits 
 2. Side Splits 
 3. Leg Lift Forward 
 4. Leg Lift Sideward 
 5. Bridge 
 6. Trunk Bend 
 7. Trunk Bend Sit 
 8. Shoulder Strength

1. Long Jump 2. Sprint 3. Circle Mushroom (ALL) 4. Circle on Horse (9 Above) 5. Floor Handstand 6. PB Handstand 7. Leg Lifts 8. L-sit 9. V-sit 10. Planche Tuck 11. Planche Straddle 12. Press Handstand Straddle on Floor 13. Press Handstand Straddle on Bar 14. Press Handstand Leg together on Floor 15. Pull to Support on Bars 16. Rings Pull Up 17. Push-ups on Bars 18. Handstand Push-ups on Bars.

Manakala atlet wanita menjalani ujian 'Element' atas apparatus.

Palang Bertingkat
Umur 7-8 tahun - Techniques on Swing
Umur 9-10 tahun
- Swing + keep up cast and back hip circle.
Umur 11-12 tahun
- Metal bar + giant with strap on reel, keep up plus cast to handstand/clean hip circle.

Melombol
Umur 7-8 tahun - Handspring (80 cm mat) - Handstand laydown
Umur 9-10 tahun
- Handspring (80 cm mat) - Handstand laydown - Salto laydown
Umur 11-12 tahun 
- Handspring on vault
Pada sesi sebelah petang pula dijalani Ujian 'Element' mengikut peringkat umur.
Umur 7-8 tahun

Apparatus Lantai
- Forward Roll - Handstand forward roll - Backward Roll - Cartwheel

Apparatus Kekuda Berpelana
- Single Leg Swing Left and Right x10

Apparatus Melombol
- From Run straight jump on Mat 40cm - Handstand on springboard with straight body and fall to back on sofr mat.

Apparatus Palang Sejajar
- Swing x 10

Apparatus Palang Tunggal
- Swing x 5 - Low Bar - Pull Over cast back to mount.
Umur 9-10 tahun

Apparatus Lantai
- Handstand Forward Roll with straight Leg - Backward Roll handstand - From Run Handspring - From Run Dive Roll - From Run Round Off

Apparatus Kekuda Berpelana
- Single Leg Swing Forward/Backward Left x 3 and Right x 3

Apparatus Gelang
- Swing x 5

Apparatus Melombol
- From Run Jump to Handstand with Straight body & fall to back on Mat 80cm height

Apparatus Palang Sejajar
- Swing x 10 - Upper Arm Hold - Under Bars Swing x 5

Apparatus Palang Tunggal
- Swing x 10 - Low Bar - Pull Over and Backward Hip Circle cast back to mount.
Umur 11-12 tahun

Apparatus Lantai
- Handstand Roll to Straddle Leg Press up - Half Turn and Backward Roll Handstand with half - From Run Handspring and Flyspring - From Run Forward Tuck Salto - From Run Round Off Backward Handspring

Apparatus Kekuda Berpelana
- Single Leg Circle Left x 3 and Right x 3

Apparatus Gelang
- Swing x 10 - Inlocate x 5 - Dislocate x 5

Apparatus Melombol
- Handspring on Table Vault

Apparatus Palang Sejajar
- Swing Handstand x 5 - Upper Arm Swing x 5 - Under Bars Swing x 10

Apparatus Palang Tunggal
- Swing x 2, Swing Forward with 1/2 turn end with both hand over grip, swing  x 2, swing forward with 1/2 turn end with both hand over grip swing x 2 and swing back to mount - Low Bar - Kip up and cast back to mount.

Semua Ujian Element mengikut Program Hardy Fink yang diiktiraf oleh MGF. Sesi petang tamat pada jam 7:30 malam. Pada sebelah malam satu sesi Rumusan kem oleh Ketua Jurulatih, En. Ong Kwong Tung (lelaki) dan Puan Natalie Sinkova (wanita) bersama semua jurulatih-jurulatih pusat latihan negeri.

Laporan Oleh,
Giam Fook Pang 
 Pengurus Sukan Pelapis Negeri Cawangan Pelapis

Monday, October 27, 2014

KEM T20 MENEMBAK 2014 : HARI PERTAMA

Tarikh : 27 Oktober 2014
Tempat : Lapang Sasar Gong Kuin, Kuala Terengganu

Perlaksanaan Kem Menembak Program Khas Jangka Panjang ini adalah merupakan kesinambungan daripada Program Khas Jangka Panjang 2020-2024 (T20) yang telah diadakan pada bulan April 2014 yang lalu.

Pihak Urusetia telah bertolak ke Kuala Terengganu pada pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan Majlis dan selamat tiba di lokasi penginapan pada pukul 5.30 petang. Seramai 32 orang atlet dan 10 orang jurulatih tiba pada jam 9.00 malam. Secara keseluruhannya,  seramai 32 orang atlet dan 10 orang jurulatih dan pegawai telah melaporkan diri di tempat penginapan di Hadami Homestay, Gong Kuin.

Sesi yang diadakan pada hari ini adalah Ice Breaking yang di
jalankan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Satelit ISN Terengganu serta mesyuarat program bersama para jurulatih.

Esok, aktiviti akan dimulakan dengan Perhimpunan Pagi pada pukul 6.30 pagi yang akan diketuai oleh Jurulatih Pelapis Kebangsaan iaitu En. Yusri Jusoh.

LAPORAN OLEH,
MARINA ARSHAD
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI SARAWAK : HARI PERTAMA


27 Oktober 2014 / Isnin

Pemantauan PLN Sarawak telah bermula mulai 27 sehingga 30 Oktober 2014 dimana ianya akan dijalankan oleh Pn Nurehsan Hassan bersama Cik Nency Eve Gasinau.  Bagi hari pertama lawatan, pihak kami telah menjalankan audit pengurusan program PN terlebih dahulu mulai jam 11.30 pagi sehingga 4 petang bertempat di pejabat USPTN Sarawak.  Berikut adalah elemen audit yang telah dijalankan :

1) MAKLUMAT PUSAT LATIHAN

2) MAKLUMAT / DATA JURULATIH

3) LAPORAN BULANAN JURULATIH

4) PERIODISASI MENGIKUT SUKAN

5) MAKLUMAT / DATA PERKHIDMATAN SAINS SUKAN

6) MAKLUMAT / DATA ATLET & PENCAPAIAN

7) TAKWIM TAHUNAN @ PERANCANGAN USPTN

8) TEMASYA SUKAN MALAYSIA

9) INVENTORI PERALATAN


LAPORAN PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN
Masa Lawatan : 4.30pm – 5.30 pm
Sukan : Akuatik Terjun
Tempat : Pusat Kecemerlangan Akuatik Kuching

- Jurulatih - Puan Rosatimah Mohamad
- Kehadiran Atlet : 8 orang
- Masa latihan atlet adalah 6 kali seminggu bermula pada pukul 2.30 petang sehingga 8.00 malam. Hari Sabtu latihan diadakan pada jam 8.30 pagi sehingga 1.00 petang.
- Seramai 5 orang atlet berada di kumpulan A, 6 orang atlet kumpulan B, dan 7 orang atlet kumpulan C.
- Kehadiran adalah memuaskan kerana terdapat bantuan pengangkutan yang disediakan oleh pihak majlis sukan negeri bagi mengambil atlet sukan terjun dari satu tempat ke tempat latihan.

Sukan : Taekwondo
Masa Lawatan : 8.00 pm – 9.05 pm
Tempat : Kuching Taekwondo & Self Defense Club

- Kehadiran atlet adalah seramai 8 orang. Beberapa atlet lain tidak dapat menjalani latihan kerana akan menghadapi peperiksaan.
- Latihan diadakan sebanyak 6 kali seminggu dimana hari Ahad adalah hari cuti.
- Kemudahan dan peralatan yang digunakan untuk latihan adalah sepenuhnya milik persatuan.
- Kebanyakan atlet berumur antara 16 – 20 tahun dan pemilihan atlet ke dalam program adalah melalui pertandingan antara kelab di sekitar Kuching.
 - Pencapaian PLN ini adalah memuaskan dimana pada temasya Sukan Malaysia Perlis 2014, 6 pingat berjaya diperolehi iaitu 4 Emas & 2 Perak.
LAPORAN OLEH,
NUREHSAN HASSAN
NENCY EVE
CAWANGAN PELAPIS