Friday, October 17, 2014

BENGKEL PENGUKUHAN PROGRAM PELAPIS 2014 : HARI KETIGA

TEMPAT : SUTRA BEACH RESORT, TERENGGANU
TARIKH : 15 OKTOBER 2014 (RABU)

Pada hari ketiga bengkel, aktiviti bermula seawal 8.00 pagi dimana sesi dimulakan dengan ceramah berkenaan Taklimat Pembangunan Majlis Sukan Negeri Terengganu oleh Tuan Haji Ibni Amin bin Busu yang merupakan Timbalan Pengarah MSNT. Setelah itu sesi bersama Encik Mustaza Ahmad selaku Ketua Pusat Sukan UiTM Shah Alam dimana beliau menerangkan berkenaan penglibatan atlet IPTA dan IPTS di dalam sukan yang lebih tinggi.

Sesi yang seterusnya bertajuk Integriti Dalam Pengurusan Sukan bersama dengan Tuan Haji Abdullah Salleh yang merupakan wakil daripada Terengganu Integrity & Strategic Studies Institute (TSSI). Manakala taklimat berkenaan Penajaan pula disampaikan oleh Encik Ng Ping Loong wakil daripada Syarikat Nestle Malaysia. Aktiviti seterusnya diteruskan pada jam 2.30 petang yang merupakan taklimat dari Unit Khidmat Sokongan berkenaan dengan Pentadbiran dan juga Kewangan. Sesi taklimat dan soal jawab berakhir pada pukul 4.30 petang.

Petang hari ketiga bengkel, para peserta diberi peluang untuk beriadah dimana satu mini pertandingan bola tampar pantai telah diadakan. Kumpulan dibahagikan secara rawak antara pihak caangan dan juga USPTN. Manakala pada malam tersebut, aktiviti BBQ telah diadakan bersama Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Dato' Seri Zolkples Embong. Aktiviti berakhir pada jam 10.00 malam dan disambung pada keesokan hari.



















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.