Monday, October 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI ( MAG ) & WANITA ( WAG ) PELAPIS NEGERI 2014

26 Oktober 2014

Hari keempat kem bakat di terus dengan latihan asas apparatus dan masih mengikut peringkat umur iaitu 7-8 tahun, 9-10 tahun dan 11-12 tahun.

Selepas sarapan pagi, semua atlet berkumpul di depan hotel dan menyanyikan lagu Negara Ku sebelum menaiki bas ke Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil. Seperti biasa pemanasan badan telah dilaksanakan sebelum atlet menjalani latihan asas atas apparatus mengikut kumpulan masing-masing.

Memandangkan semua atlet nampak tidak bermaya sesi latihan pada hari ini dipendekkan untuk memberi ruang kepada semua untuk dapat rehat dan rawat lebih lama. Sesi pagi bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada jam 12:00 tengahari. 

Pada sebelah petang sesi bermula pada jam 3:00 petang dan akhir pada jam 5:30 petang. Latihan disebelah petang adah penyambungan latihan pada sesi pagi tadi. Atlet semua menunjukkan sesungguhan dalam latihan memandangkan keesokkan hari adalah sesi 'Control Testing'.

Aktiviti pada sebelah malam telah dibatalkan atas permintaan daripada ketua jurulatih kem memandangkan semua atlet nampak tidak bermaya dan penat.

Pada hari ini, 3 orang atlet demam dan 3 orang atlet mengalami hidung berdarah dan semua telah dirujuk ke klinik yang berdekatkan di hotel penginapan.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.