Thursday, October 9, 2014

LAPORAN HARIAN 7th EGAT PRINCE'S CUP JUNIOR INTERNATIONAL WEIGHTLIFTING CHAMPIONSHIPS 2014

Tarikh     : 08 Oktober 2014
Masa       : 3:00 pm - 7:00 pm
Tempat   : Kanchanaburi, Thailand

Hari ketiga kejohanan menyaksikan hanya seorang atlet negara yang bertanding iaitu Francis Alexender bagi kategori 69 kg (L). Atlet ini merupakan atlet remaja yang pertama kali didedahkan dengan kejohanan luar dan juga merupakan atlet bagi persiapan program ke Temasya Sukan Remaja Komanwel 2015 di Samoa. Pada penampilan sulung ini, beliau berjaya memecahkan rekod peribadi angkatan iaitu 93 kg (Snatch), 117 kg (clean & jerk) yang mana angkatan sebelum ini, 92 kg (snatch), 113 kg (clean n jerk). Berikut merupakan keputusan kejohanan bagi hari ketiga kejohanan :

Keputusan Kategori 69 kg (L) : Penyertaan 16 orang atlet

Snatch

1. Thailand - 129 kg (emas)
2. Thailand - 118 kg (perak)
3. Thailand - 117 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 93 kg

Clean  n Jerk

1. Thailand - 153 kg (emas)
2. Thailand - 150 kg (perak)
3. Thailand - 148 kg (gangsa)
12. Francis Alexender (MAS) - 117 KG

Keseluruhan

1. Thailand - 277 kg (emas)
2. Thailand - 271 kg (perak)
3. Thailand - 267 kg (gangsa)
10. Francis Alexender (MAS) - 210 KG

LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS SERANTAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.