Monday, October 27, 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI ( MAG ) & WANITA ( WAG ) PELAPIS NEGERI 2014

25 Oktober 2014

Hari ini masuk hari ketiga Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik berlangsung. Seperti hari-hari yang lain, kem bermula dengan perhimpunan pagi dan seterusnya pemanasan badan sebelum memulakan sesi latihan asas.

Selepas sesi pemanasan badan, atlet menjalani latihan asas mengikut kumpulan umur masing-masing. Setiap kumpulan akan berstation disetiap apparatus selama 30 minit dan 'rotate' ke apparatus lain selepas itu. Latihan pagi tamat pada jam 12:00 tengahari dan atlet balik ke hotel untuk makan tengahari.

Sesi petang bersambung pada jam 3:00 petang dengan latihan asas juga. Ketua jurulatih menekan pada latihan asas mengikut peringkat umur memandangan ramai atlet mempunyai asas yang tidak begitu sempurna. Latihan petang tamat pada jam 5:30 petang.

Selama kem ini berlangsung, 4 orang atlet demam dan 2 orang atlet mengalami kecederaan ringan di kaki. Semua telah dirujuk dengan segera ke klinik untuk dapat rawatan.

Satu sesi aktiviti team building telah di adakan pada sebelah malam dimana atlet-atlet berkumpul untuk menjalani permainan untuk membina semangat, kerjasama, disciplin dan kepintaran atlet. Sesi tamat pada jam 10:00 malam.
Aktiviti akan bersambung esok dengan latihan asas di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara mula jam 9:00 pagi.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.