Thursday, October 23, 2014

PERKEMBANGAN PROGRAM PELAPIS SERANTAU

Satu lagi program dibawah Program Pelapis MSN ialah Pelapis Serantau dimana penubuhan Akademi Serantau serta Pusat Latihan Serantau di peringkat zon telah banyak memberikan gambaran positif bagi perkembangan prestasi atlet-atlet remaja. Atlet dibawah program ini dipilih berdasarkan ranking di kejohanan kebangsaan dan remaja kebangsaan dimana mereka merupakan kelompok atlet berumur antara 18 hingga 23 tahun. Mereka diberi kemudahan latihan setara dengan kemudahan yang disediakan di Majlis Sukan Negara dan dengan latihan secara sepenuh masa di peringkat zon diharap kumpulan atlet ini akan memberi saingan kepada pelapis kebangsaan di dalam merebut tempat mewakili negara.

Sukan yang diberi tumpuan dalam program ini ialah sukan Angkat berat, Berbasikal, Memanah, Gimnastik, Olahraga, Taekwondo, dan Tinju dimana setakat ini seramai 81 orang atlet sepenuh masa dibawah kendalian 19 orang jurulatih.
Berikut merupakan pusat latihan terkini Program Pelapis Serantau.

SUKAN
PUSAT LATIHAN
Angkat Berat
Akademi Serantau, P.Pinang &
PLS Kota Bharu
Berbasikal
Akademi Serantau, P.Pinang &
PLS Ipoh
Memanah
Akademi Serantau, P.Pinang
Olahraga
Akademi Serantau, P.Pinang & SSTMI
Gimnastik
PLS SSTMI
Tinju
Akademi Serantau, P.Pinang
Taekwondo
Akademi Serantau, P.Pinang

Sejak ditubuhkan sehingga tahun 2014 seramai 53 orang atlet telah dinaiktaraf ke program yang lebih tinggi. Antaranya ialah Zaidatul Husniah Bt. Zulkifli dari sukan Olahraga. Beliau baru-baru ini dinobatkan sebagai ratu pecut Malaysia pada Sukma Perlis 2014 dan telah mewakili negara pada sukan SEA Myanmar 2013 sebaris dengan atlet-atlet berpengalaman negara. Selain itu, atlet berbasikal Mohd Shahfirdaus Shahrom juga turut ke program Elit pada tahun ini apabila cemerlang dalam beberapa kejohanan remaja dan juga terbuka antarabangsa. 

Pada tahun lalu juga dua orang atlet angkat berat Pelapis Serantau masing-masing menyumbangkan satu pingat gangsa dalam sukan angkat berat iaitu Elisha Louis Tan yang kini berada di Pelapis Kebangsaan dan Nur Jannah Batrisyah yang telah dinaik taraf ke program Elit.
Ratu pecut muda negara Zaidatul Husniah yang merupakan bekas atlet Pelapis Serantau kini di program Elit.
Badang wanita negara Nur Jannah Batrisyia menang gangsa kategori wanita  69 kg keatas di Sukan Sea 2011 Indonesia ketika berada di bawah program Pelapis Serantau.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.