Friday, October 24, 2014

KEM BAKAT SUKAN GIMNASTIK ARTISTIK LELAKI (MAG) & WANITA (WAG) PELAPIS NEGERI 2014 : HARI PERTAMA

Hari ini merupakan hari pertama kem dimana sesi pendaftaran pegawai dan atlet yang disenaraikan untuk menyertai Kem Bakat Sukan Gimnastik Artistik Lelaki (MAG) & Wanita (WAG) diadakan yang akan bermula pada 24hb Oktober 2014 bertempat di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.

Seramai 53 atlet lelaki dan 47 atlet wanita beserta 18 orang jurulatih dan 5 orang SDO telah melaporkan diri pada hari pendaftaran kem tadi. Mereka terdiri dah pecahan berikut:

Pegawai Pembangunan Sukan (PPN)
1. En. Shahdan (Perak)
2. En. Syafiq (Kedah)
3. En. Firman (Johor)
4. Cik Norfadhilah (Kelantan)
5. Cik Nor Faeezah (Melaka)


Jurulatih
1. En. Mohd Faiz Mohd Ameer (JSM Kedah)
2. En. Foong Kok Seng (JSM P. Pinang)
3. En. Liu Shu Nan (JLN P. Pinang)
4. En. Liu Hong Lu (JLN Perak)
5. En. Jia Yong Li (JLN Selangor)
6. En. Wan Mohd Akmal (JSM Selangor)
7. Cik Noor Hasleen (JSM Selangor)
8. En. Mikhail Gutsalyuk (JLN Melaka)
9. En. Muhd Khairudin (JPM Johor)
10. En. Zulkarnain Majid (JPM Pahang)
11. Cik Daria Grinkina (JLN Pahang)
12. Cik Mariia Grinkina (JLN Pahang)
13. Cik Nurul Alia (JSM Terengganu)
14. En. Che Ku Khairul Anuar (JSM Terengganu)
15. En. Mohd Zailani (JPM Kelantan)
16. En. Zamri Din (JSM Sabah)
17. Cik Noraini Jamilan (JSM Sabah)
18. En. Lachezar (Pelapis Serantau)


Pecahan penyertaan mengikut negeri :
1. Kedah (5 lelaki 4 wanita)
2. P. Pinang (7 lelaki 7 wanita)
3. Perak (12 lelaki 4 wanita)
4. Selangor (4 lelaki 4 wanita)
5. Melaka (6 wanita)
6. Johor (6 lelaki)
7. Pahang (7 lelaki 7 wanita)
8. Terengganu (3 lelaki 6 wanita)
9. Kelantan (7 lelaki)
10. Sabah (2 lelaki 9 wanita)


Satu taklimat mengenai perjalanan Kem Bakat ini telah dilaksanakan pada jam pukul 5:00 petang dan pada sebelah malam, aktiviti dipecahkan kepada dua (2) kumpulan seperti berikut:

1. Sesi Taklimat Jurulatih Bersama Teknikal MGF iaitu En. Ong Kwong Tong dimana beliau memberi  maklumat apa jurulatih perlu buat sepanjang perjalanan Kem Bakat ini. Semua jurulatih diarah untuk menyediakan latihan program negeri masing-masing untuk diserahkan pada keesokkan hari.

2. Sesi Ice Breaking dikendalikan oleh En. Rahman. Beberapa aktiviti dan permainan telah dilaksanakan untuk merapatkan silaturahim dan mengenali atlet-atlet dari negeri yang lain.
Sesi hari pertama berakhir pada jam 10:00 malam dan akan bersambung pada jam 8:00 pagi esok dengan Latihan Asas di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.