Wednesday, October 22, 2014

KEM BAKAT SUKAN BERBASIKAL SIRI 1/2014 : HARI KEEMPAT

Seperti kebiasaan hari keempat Kem Bakat Sukan Berbasikal Siri 1/2014 telah dimulakan dengan perhimpunan pagi seawal jam 6.30 pagi. Atlet telah menyanyikan lagu negaraku sebagai menghormati lagu kebangsaan dan diiringi dengan doa yang dibacakan oleh atlet Johor iaitu Mohd Aiman. Perhimpunan yang dikendalikan oleh En.Mohd Labib telah tamat pada jam 7.00 pagi.

Pada pukul 8.30 pagi satu sesi ujian kecergasan telah disediakan kepada atlet berbasikal yang dikendalikan oleh pihak ISN Satelit Perlis dan dibantu oleh Jurulatih Pelapis Negeri dan Jurulatih Pelapis Kebangsaan. Atlet-atlet telah menunjukan komitmen yang amat baik dalam melaksanakan segala ujian yang diberikan dan ada diantara atlet mencapai keputusan yang amat membanggakan. Antara ujian-ujian yang dilaksanakan ialah:

-Standing board jump
-Vertical Jump
-Push Up
-Sit Up
-T Test
-Beep Test

Sebelah petang satu ujian Teknik Mengimbangi Basikal telah dijalankan di Dewan Majlis Sukan Negeri Perlis yang dikendalikan oleh semua jurulatih yang terlibat. Tujuan teknik ini dilaksanakan adalah bagi membantu atlet dalam menghadapi situasi-situasi luar jangka seperti bagaimana untuk mengelak sekiranya berlaku kemalangan ketika perlumbaan dan mengelak jalan yang rosak. Aktiviti sebelah petang telah tamat pada jam 7.00 petang dan aktiviti seterusnya akan disambung pada keesokan harinya.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.